Kepada warga felda, kami menyeru kepada anda semua untuk turun beramai-ramai ke Stadium Merdeka, KL pada 12 Januari 2013 (Sabtu) ini bagi menunjukkan perpaduan sesama kita untuk memberitahu rejim Umno/Bn bahawasanya rakyat kini sudah muak dan jemu dengan dasar dan pemerintahan Umno/Bn.
Warga Felda diumpan dengan wang ringgit namun taraf kehidupan warga felda masih ketinggalan. Mereka seolah-olah cuba di`buli' sesuka hati dengan umpanan wang saham dan sebagainya tetapi warga felda yang bijak sahaja yang tahu samada pemberian wang ringgit secara bermusim itu boleh menjamin kesejahteraan mereka.
Oleh itu, marilah kita beramai-ramai ke Stadium Merdeka pada tarikh tersebut. Isu saham FGVH yang tidak menunjukkan apa-apa kesan kepada peningkatan taraf hidup warga felda sepatutnya ditolak. Penolakan terhadap saham yang mendatangkan hutang ini boleh kita terjemahkan pada 12 Januari ini nanti.
Ayuh semua....KL112# menanti kita....
No comments:
Post a Comment