Di mana-mana ramai orang masih memperkatakan tentang HKR# KL112 yang telah berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013 baru-baru ini. Media-media di bawah kawalan Umno juga turut memainkan isu yang sama tetapi cuba untuk menunjukkan betapa kesalahan tetap terletak di tangan pihak Penganjur.
Kiri, Sdr Ahmad Nizam (Timb Pengerusi PKR Pahang), Tn Hj Musa (Setiausaha PKR Pahang), Sdr Kamarzaman (Pen SU PKR Pahang/Penyelaras Dun Lepar dan Sdr Fazil bergambar sewaktu menuju ke Stadium Merdeka |
Najib sendiri memuji perhimpunan tersebut, kononnya Akta Perhimpunan Aman adalah penyebab utama himpunan tersebut aman. Betulkah begitu? Jawapannya bukan kerana akta itu atau akta ini, tetapi himpunan tersebut aman adalah kerana tiada campurtangan kumpulan jahat yang berhati busuk untuk mengadakan provokasi. Itu sahaja faktor utama himpunan ini aman dan tersusun.
Letaklah berapa banyak akta sekalipun, tetapi selagi ada kumpulan yang busuk hati termasuk dari mereka yang beruniform sendiri, tiada jaminan himpunan akan menjadi aman. Sejarah lalu boleh dijadikan kayu pengukur dan bukti bahawa provokasi jahat oleh kumpulan yang didalangi oleh orang-orang politik yang jahat seringkali menjadikan himpunan tidak aman dan huru-hara.
Kebangkitan Rakyat |
Kali ini, kita berhimpun secara aman. Bukan kerana akta baru itu tetapi kita sejak dari awal lagi memasang niat untuk berhimpun secara aman. Apabila tiada provokasi, maka niat kita pun tercapai. Modal yang ada pada mereka kini hanya mencari beberapa kesalahan kecil yang kononnya melanggar akta Perhimpunan Aman. Isu membawa budak kecil, isu banner, isu kehadiran melebihi had sehingga kepada isu sampah yang tidak dikutip juga menjadi modal media haprak ini.
Syabas kepada rakyat Malaysia. Syabas kepada para peneroka felda yang dilihat begitu ramai turun pada hari tersebut. Jelas sekali, Umno/Bn akan tumbang kali ini, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment