NOTIS

RADIO KOBAT FM

Sunday 30 December 2012

KEKUATAN RAKYAT, KABIN KUMPULAN HIJAU DI CAMP BALOK GAGAL DIROBOHKAN

Semalam, 29 Disember 2012 (Sabtu) mendapat berita bahawa penempatan sementara Kumpulan Hijau yang telah mendirikan 'Camp' mereka di Balok, Kuantan bakal dirobohkan oleh Pihak Berkuasa.  Kumpulan ini telah beberapa hari mendirikan kabin mereka di situ untuk memantau operasi Kilang Lynas yang ditentang oleh rakyat selama ini.

Penyelaras Dun Lepar yang juga Pen SU KEADILAN Pahang, Sdr Kamarzaman turut hadir memberikan sokongan.  Turut kelihatan adalah Penyelaras KOBAT, Wfauzdin NS dan rakan KOBAT, Sdr Asri

Lebih kurang jam 02.00 petang semalam, orang ramai telah mula memenuhi kawasan camp tersebut bagi menghalang usaha Pihak Berkuasa untuk merobohkan kabin berkenaan.  Kehadiran beberapa pimpinan kawasan termasuk Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh menaikkan semangat kami.

Lebih kurang jam 03.00 petang, pihak Polis telah mula bersedia di kawasan berkenaan.  Tidak lama kemudian, Pihak Berkuasa yang terdiri daripada Jabatan Tanah dan Galian dan PBT hadir untuk menjalankan arahan dari pihak atasan.  Kehadiran mereka disambut oleh laungan semangat "Stop Lynas" dari orang ramai.

YB Fuziah Salleh sedang mengadakan rundingan
YB Fuziah Salleh bersama Ketua Kumpulan Hijau yang mendiami kawasan tersebut telah mengadakan rundingan dengan Pihak Berkuasa.  Akhirnya, kabin berkenaan tidak jadi untuk dirobohkan tetapi mereka mahu menyita kabin tersebut kononnya telah melanggar peraturan.  Apabila ditanya dari manakah datangnya arahan untuk menyita kabin tersebut, Pihak Berkuasa gagal untuk memberikan jawapan.

Sdr Rafar, bekas tentera sedang berucap
Orang ramai menyaksikan kerja-kerja menyita oleh Pihak Berkuasa

Tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, akhirnya kabin tersebut disita.  Namun demikian, orang ramai yang hadir terutamanya peserta Kumpulan Hijau yang setia mendiami kabin tersebut selama ini berikrar tidak akan mengalah untuk meneruskan perjuangan menentang operasi Kilang Lynas di Gebeng itu. 

YB Fuziah Salleh berucap sebelum orang ramai bersurai

Saturday 29 December 2012

HIMPUNAN OREN VS BUDAK UPAHAN RM20

KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Sekumpulan pelajar sekolah menengah termasuk tingkatan satu di ‘diangkut’ Umno BN kononnya untuk mempertahan Felda dengan upah RM20 setiap orang berikutan penganjuran Himpunan Oren Selamatkan Felda di Wisma Felda di sini, hari ini .

Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki sebuah bas dari Rawang.

 
 
Mengikut pelajar yang dikenali sebagai Ika, mereka diberi RM20 ketika menaiki bas tetapi tidak tahu ke mana mereka mahu dibawa.

“Kami dari Rawang, satu kumpulan. Naik bas pagi tadi. Kita orang dapat RM20. Tadi mereka ada bagi,” katanya ditemani rakan-rakan sebaya.

Kumpulan pelajar lain yang memakai t-shirt Penggerak Belia Felda Tenggi, Hulu Selangor pula mengakui remaja yang dipilih semuanya berusia antara 15 hingga 17 tahun.

“Kami semua naik bas. Dalam bas, ada lebih kurang 20 orang. Kami tidak tahu kena pegang ini,” katanya sambil menunjukkan sepanduk yang terpaksa dijulang mereka.

Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ikmal turut mengakui menerima upah tapi mengelak untuk memberitahu nilainya.

Selain pelajar ‘dipaksa’ menjerit memaki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman, kumpulan remaja itu turut diberi rokok.

Ironinya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal kumpulan pro-Felda itu hanya membiarkan kumpulan pelajar itu menjerit tak tentu arah./KD

Wednesday 26 December 2012

PARA PENEROKA PERLU BERFIKIR MENGAPA UMNO BEGITU BIMBANG DENGAN KEMPEN PENERANGAN PAKATAN RAKYAT

Pepatah "Berani Kerana Benar" dan "Takut Kerana Salah" adalah pepatah yang popular di kalangan masyarakat Melayu.  Ertinya, jika kita tidak melakukan sebarang kesalahan kita tidak perlu takut untuk berdepan dengan sesiapa sahaja, begitulah sebaliknya jika kita telah melakukan kesalahan sudah pasti kita sendiri merasa takut untuk berdepan dengan orang lain bahkan takut kepada bayang-bayang sendiri.

Di Tanah Rancangan Felda, pepatah ini mungkin difahami oleh majoriti para peneroka Melayu.  Jika mereka memahaminya, tidaklah sukar sebenarnya untuk mereka faham mengapa pihak pengurusan Felda dengan arahan pimpinan Umno seboleh-bolehnya ingin menyekat program penerangan yang ingin dibuat oleh Pakatan Rakyat di kawasan felda.  Mengapa begitu takut sekali?

Diberitakan terdapat arahan melarang keras kehadiran Pengerusi ANAK, Sdr Mazlan Aliman untuk menjejakkan kaki ke Tanah Rancangan Felda bagi menyampaikan penerangan.  Kita tahu, Sdr Mazlan Aliman di dalam setiap ceramahnya akan membawakan hujah dan fakta untuk membuktikan bahawa sebenarnya para Peneroka telah tertipu dengan beberapa langkah Kerajaan terutamanya oleh Pengerusi Felda, Isa Samad yang kononnya untuk memperbaiki nasib para peneroka.

Sehingga kini apakah dasar atau perkara yang telah dilakukan oleh Isa Samad untuk meningkatkan taraf hidup para Peneroka?  Apakah dengan pemberian wang tunai samada di dalam bentuk saham atau bonus itu menandakan bahawa para Peneroka telah berjaya meningkatkan taraf hidup mereka?  Semenjak wang tunai ini diagih-agihkan, adakah nasib para Peneroka kini telah berubah?  Di mana jaminan untuk masa hadapan generasi-generasi mereka akan datang?

Sayang kepada anak bukan bererti kita sentiasa memberikan wang kepada anak-anak kita apatah lagi wang yang kita berikan itu memaksa anak-anak kita berhutang untuk bertahun-tahun akan datang. Kini, saham di dalam FGVH jelas tidak memberi apa-apa erti kepada para peneroka kecuali menambahkan beban hutang mereka.  Wang saham atau bonus yang diberikan pula banyak menimbulkan masalah kekeluargaan dan perebutan sesama ahli keluarga.

Sehubungan itu, marilah kita berfikir dengan hati yang jujur dan ikhlas.  Mengapa Umno begitu bimbang dengan kempen atau penerangan yang Pakatan Rakyat lakukan?  Mengapa pihak mereka tidak pernah berani untuk berdepan atau berdebat dengan ANAK mahu pun Biro Masyarakat Felda berkaitan isu felda ini?  Jawapannya mudah, mereka takut para peneroka tahu perkara yang sebenarnya dan jika maklumat yang disampaikan ini difahami oleh para peneroka, sudah pasti Umno akan dibenci oleh para Peneroka.

Mudah-mudahan para Peneroka akan berubah sikap dan lebih bertanggungjawab untuk menyelamatkan felda dari orang-orang yang ingin menjadikan Felda sebagai 'lubuk duit' mereka.

Tuesday 25 December 2012

AHLI UMNO DENGAR CERAMAH MAZLAN ALIMAN?

  


CERAMAH UMUM "ISTIMEWA" DI JENGKA 23.

Selepas perundingan antara wakil penghadang jalan dan pimpinan ANAK, Kembara Oren berjaya mengadakan "ceramah umum" di atas jalan raya dengan kehadiran ramai ahli-ahli Umno di situ.

Dalam situasi normal, adalah dirasakan amat mustahil penyokong-penyokong Umno setegar itu akan hadir ke markas PAS untuk mendengar ceramah Presiden ANAK, Mazlan Aliman.

Ajaibnya di bawah terik matahari pada hari itu, Mazlan Aliman dapat menyampaikan penerangan kepada mereka dan mereka pula tidak berganjak dan menadah telinga sehingga habis ucapan tersebut. /pkrl.blog


Saturday 22 December 2012

Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 pada 28 Disember (Jumaat)

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), akan mengadakan perhimpunan aman pada 28 Disember ini bagi menyatakan protes kepada Felda.

 
 
Menggalakkan peserta memakai pakaian oren, Pengerusinya, Mazlan Aliman memberitahu, keputusan itu dipersetujui Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 9 Disember lalu.

“Kita akan berarak dari masjid berdekatan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke ibu pejabat Felda Jalan Semarak selepas solat Jumaat untuk menyatakan empat tuntutan dan menyerahkan memorandum kepada pengurusan Felda,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS.

Mazlan berkata, antara tuntutan ialah mendesak kerajaan memecat Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, menghentikan urus niaga dengan Israel dan menghentikan campur tangan politik dalam KPF dan Felda.

“Kita mahu tanah Felda Plantation dikembalikan kepada rakyat yang dipajaknya selama 99 tahun yang merupakan hak generasi anak-anak peneroka,” katanya./KD

Friday 21 December 2012

PROGRAM DI DUN LEPAR DAN GAMBANG SEMAKIN RANCAK

Dun Lepar bukanlah merupakan kawasan yang popular di dalam ramalan untuk PR tawan di dalam PRU nanti.  Tapi tidak mustahil kawasan seperti ini boleh kita rampas kerana terdapat sejarah kawasan yang dikatakan amat kuat Umno/Bn boleh kita rampas asalkan kita bersedia untuk bekerja keras dan jujur di dalam membela nasib rakyat di kawasan tersebut.

Selain dari program ceramah untuk memberikan penerangan berkenaan isu-isu semasa, program turun padang menemui masyarakat di akar umbi juga penting kerana tanpa turun padang kita tidak boleh menyelami perasaan dan masalah mereka.  

Semalam, 20hb Disember 2012 sekali lagi Penyelaras Dun Lepar, Sdr Kamarzaman bersama Ketua Cabang Paya Besar, Tuan Hj Zahari telah turun menemui penduduk setempat di Felda Lepar Hilir 2 dan di kawasan Gambang.  Turut bersama mengiringi adalah Ketua AMK Paya Besar, Sdr Fauzi.

Di kawasan-kawasan yang tersebut, satu perjumpaan telah diadakan bersama AJK Ranting Lepar Hilir 2 dan Gambang.  Perbincangannya tertumpu kepada permasalahan penduduk di samping persediaan bagi menghadapi PRU tidak beberapa lama lagi.

Kami yakin Dun Lepar khususnya akan melakukan perubahan besar di dalam PRU akan datang.  Kami akan terus mempergiatkan aktiviti turun padang untuk menemui rakyat agar mereka memahami tentang hala tuju perjuangan kita di dalam PR.

Menikmati buah-buahan selepas berbincang dengan AJK Ranting Lepar Hilir 2.  Turut Kelihatan Tn Hj Zahari (berdiri), Ketua Cabang Paya Besar
Bersama Ketua AMK Paya Besar, Sdr Fauzi
Di antara gambar yang sempat dirakam dalam pertemuan dengan penduduk

Di Gambang, bertemu Sdr Mohan, AJK Ranting Gambang


Wednesday 19 December 2012

IBRAHIM ALI MULA GELABAH

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengatakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali (gambar) dalam keadaan “cemas” hingga terpaksa mengarahkan ahlinya menyokong MCA dalam pilihan raya nanti walaupun parti tersebut sering mengguris hati orang Islam dan kaum Melayu. 
 

Walaupun menyedari MCA sebagai lantang mengkritik orang Melayu dan Islam, Ibrahim menyeru ahlinya mengenepikan perkara tersebut demi kemenangan Umno dan BN pada persidangan Perkasa hujung minggu lalu.

“Dia (Ibrahim) sudah cemas.

“Pilihan raya kali ini mungkin yang terakhir buatnya sebab itu dia berkata demikian, kariernya politiknya akan terkubur,” kata Senator Dr Ariffin SM Omar kepada The Malaysian Insider.

Ariffin juga mengecam Ibrahim yang sering menuduh DAP sebagai anti Melayu dan Islam, tetapi demi kepentingan diri sendiri sanggup mempertahankan MCA hanya kerana mahu menang pilihan raya nanti.

“Ibrahim Ali perlu beri sebab kenapa orang Melayu perlu sokong MCA. Atau adakah ini kerana kepentingan politik?” kata Ariffin yang baru dilantik ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP.

Ahli parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Samad pula memberitahu The Malaysian Insider kenyataan Ibrahim bukan sesuatu diluar jangkaan memandangkan kesetiaan ahli parlimen Pasir Mas itu kepada Umno dan BN.

Khalid mendakwa presiden Perkasa tersebut tidak mempunyai “wawasan politik” dan masih lagi mengamalkan sikap politik “lapuk” untuk meraih sokongan.

“Ini membuktikan Ibrahim Ali tidak mempunyai wawasan politik, kaedah yang digunakannya sudah lapuk dan lama,” kata Khalid.

“Ia bukan sesuatu yang menghairankan, ini membuktikan beliau menyokong kezaliman sekalipun melanggar prinsip Islam dan menghina orang Melayu.”

Menurut Khalid, perkara tersebut adalah formula Umno dalam BN yakni penguasaan ke atas MCA dan MIC membolehkan mereka menjadi tuan kepada kedua-dua parti tersebut.

“Inilah formula Ketuanan oleh Umno dalam BN, mereka menguasai MCA dan MIC supaya dapat menjadi tuan kepada mereka.

“Ia bukti beliau sanggup mengadai apa sahaja demi Umno,” tegas Khalid.

Pada Oktober lalu, media melaporkan Naib Pengerusi Wanita MCA Senator Heng Seai Kie berkata bahawa PAS menggalakkan rogol kepada wanita yang tidak menutup aurat dalam ucapannya pada perhimpunan agung MCA.

Kenyataan tersebut juga mendapat sokongan oleh presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek hingga menyebabkan tercetus kecaman hebat daripada parti Islam tersebut dan penyokongnya.

Walaubagaimanapun, tiada satu pun badan bukan kerajaan Melayu yang pro-Umno seperti Perkasa, Pekida, Jati dan lain-lain tampil mengulas mengenai isu tersebut.

“Tuan-tuan jangan terasa atau terguris hati, saya lagi terguris bila pemimpin-pemimpin MCA buat macam-macam kenyataan.

“Tapi saya tahu, kenyataan-kenyataan oleh MCA itu demi menangkis sikap Chauvinis daripada DAP,” kata Ibrahim pada persidangan NGO tersebut hujung minggu lalu.

“Justeru saya akan pastikan dan menyeru anggota Perkasa di peringkat akar umbi supaya memberi sokongan kepada calon BN termasuk calon MCA.”

Walaupun menggesa supaya memberi sokongan kepada MCA, Ibrahim pada masa sama mengatakan komuniti Cina akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara sekiranya mereka berkuasa dalam politik dan ekonomi dan akan mengulangi insiden 13 Mei 1969.

Beliau turut menafikan dirinya dan Perkasa sebagai rasis kerana mendakwa mereka hanya mempertahankan apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, ketua penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty berkata presiden Perkasa itu berhak untuk berkata apa sahaja tetapi yakin pengundi sudah matang untuk memilih.

“Itu adalah hak Ibrahim Ali tapi rakyat Malaysia juga mempunyai hak untuk memilih. Jadi rakyat juga berhak memilih,” ujar beliau./MI

Tuesday 18 December 2012

SISA LYNAS - BUANG KE PEKAN ATAU BENTONG?

Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Begitulah ibaratnya dalam isu Lynas. Sedikit demi sedikit kebobrokannya terbongkar. Segala yang ditakuti oleh rakyat kini mula terserlah.

Terkini, sudah mula timbul pertikaian tentang ke manakah sisa radioaktif nadir bumi Lynas hendak dibuang. Empat orang menteri menimbulkan isu ini kerana berdasarkan syarat lesen mengendali sementara (TOL) yang diberikan, syarikat terbabit mestilah menjelaskan menjelaskan lokasi eksport untuk sisa loji nadir bumi tersebut.

Sehingga kini, tidak dinyatakan ke negara manakah sisa tersebut akan dieksport. Setelah terkapai-kapai mencari negara yang sudi menerima sisa radioaktif ini maka kerajaan mula menjaja alasan lain.

Menteri sains teknologi dan inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili memberitahu bahawa sisa daripada operasi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) boleh dipasarkan di Malaysia sekiranya ditukar kepada produk sintetik yang hanya mengeluarkan radiasi rendah.

Sisa itu juga boleh dipasarkan sekiranya syarikat berkenaan berjaya mendapatkan pembeli. Sekiranya tiada pembeli, sisa itu perlu dieksport.

Sebagai rakyat Malaysia yang sedar tentang kesan buruk jangka panjang bahan buangan ini, tentunya memerhati dengan dekat permasalahan ini.

Walaupun Perdana Menteri mengumumkan bahawa sisa ini akan dipindahkan ke lokasi lain yang selamat dan jauh daripada penempatan manusia, namun jaminan itu tidak memberi apa-apa makna sebenarnya.

Hal ini kerana, di manakah kawasan yang dikatakan jauh itu? Masih di Malaysia atau di negara lain. Jika masih di Malaysia, maknanya tidaklah selamat. Hal ini kerana bahan buangan ini bukan boleh lupus dalam tempoh yang singkat malah mungkin mengambil masa ratusan tahun. Sudah tentu, nasib generasi anak cucu kita akan menerima bahananya.

Jika ingin dibuang ke luar negara, adakah negara yang sanggup menerima sisa yang merbahaya ini?

Oleh itu, saya mencadangkan agar sisa ini dihantar sahaja ke tempat Dato' Seri Najib di Pekan atau ke kawasan Datuk Seri Adnan Yaakob di Bentong, jika tiada negara yang sudi menerimanya./HD

Saturday 15 December 2012

KUNJUNGAN KE LEPAR UTARA DAN KOTA GELANGI

Semalam, 14 Disember 2012 (Jumaat), saya selaku Penyelaras Dun Lepar telah berkunjung ke kawasan tersebut dan sempat bersolat Jumaat di Masjid Felda Lepar Utara 1.  Di kesempatan itu, sempat juga berjumpa dengan penduduk-penduduk setempat sambil bertukar-tukar pandangan dan mengeratkan lagi silaturrahim.

Kunjungan ke Lepar kali ini adalah untuk beberapa siri perbincangan dengan Jawatankuasa PKR di sana termasuk dari AMK dari Lepar Utara 2.  Turut bersama ada Penyelaras Parlimen Paya Besar, Tuan Hj Zahari Mamat.

Saya juga sempat berkunjung ke Felda Kota Gelangi 2 dan mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama Ketua Cabang Jerantut, Sdr Rosli Ahmad.

Masjid Lepar Utara 1 untuk Solat Jumaat
Kiri, Sdr Rosli (KC Jerantut), saya (Pen SU PKR Pahang/Penyelaras Dun Lepar) dan Tn Hj Zahari (KC Paya Besar/Penyelaras Parlimen Paya Besar)
Perbincangan bersama Ketua AMK Lepar Utara 2
Sempat berkunjung ke Felda Kota Gelangi 2 bersama KC Jerantut, Sdr Rosli Ahmad



Friday 14 December 2012

1 TAN KELAPA SAWIT BAKAL DILONGGOKKAN DI HADAPAN BANGUNAN FELDA

1 tan buah kelapa sawit akan dilonggokkan di hadapan Bangunan Felda beserta ratusan khemah akan didirikan pada 28 Disember ini nanti sekiranya Isa Samad, Pengerusi Felda meneruskan usaha untuk meletakkan dirinya sebagai Pengerusi KPF yang baru melalui AGM yang sedang dirancang.

Tindakan simbolik itu perlu untuk menyelamatkan KPF daripada diserap ke dalam FGVH yang pastinya boleh mengakibatkan pelupusan ekuiti milik KPF dalam Felda Holding Bhd dan 10 anak syarikat milik Felda Holding Bhd terlepas kepada FGVH.  Ini bererti KPF yang menguasai 51% kepentingan di dalam Felda Holding hanya tinggal 29% dan Felda akan memindahkan syer 22% kepada FGVH, menjadikan FGVH sebagai pemegang saham terbanyak.

Kepada seluruh warga Felda diperingatkan tentang hak masing-masing untuk dipertahankan dan jangan terpedaya dengan propaganda yang dimainkan yang kelihatannya amat manis sekali.  Sebagaimana yang diperkatakan oleh Pengerusi ANAK yang dipetik dari Suara Keadilan, kita telah dapat menghidu mengapa Isa Samad begitu ingin sekali mengadakan AGM yang baru hanya atas alasan yang tidak munasabah dan remeh.

Jika Isa Samad masih berdegil dan tetap ingin memperdaya warga Felda, kita tiada pilihan lain selain dari turun beramai-ramai dan berkhemah di hadapan Bangunan Felda pada tarikh yang dinyatakan.

Tuesday 11 December 2012

Sampai bila Isa Idamkan KPF



“Ada komplot untuk memastikan Isa Samad jadi pengerusi KPF, kalau Isa Samad jadi pengerusi KPF, dia merancang nak pinda KPF, antaranya mengecilkan pegangan saham KPF dalam Felda Holdings dari 51 peratus, kepada hanya 29 peratus sahaja,” kata Mazlan apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini.

Berkemungkinan angka-angka dalam kenyataan KPF ini membuatkan Isa Samad sentiasa “Ayam tidur senang dalam reban,musang yang sudah beredar keliling”.

a).Ahli 231902 orang                                                     e) Dividen:-398.16 Juta(18%)-2011

b).SyerAhli:-1.95billion

c).Pelaburan :-2.95 billion

d).Pendapatan 691.02 juta.(2011)

Isa Samad tidak mempunyai satu sen pun wangnya dalam Koperasi Permodalan Felda Bhd dan tidak ada dalam senarai ahli koperasi tersebut.Dia umpama datang tidak dijemput,pulang tidak berhantar dalam KPF. Dalam FELDA mungkin Najib sebagai Perdana Menteri telah melantiknya, tetapi sekarang berusaha mengambil kesempatan dari jawatannya untuk mengetuai KPF.

Terus berusaha,Tak boleh jadi ahli, cari jalan membolehkan untuk menjadi ahli, dan seterusnya untuk menyokong cita-cita menjawat pengerusi koperasi. Baginilah perangai Isa Samad yang masih berterusan berusaha dan berusaha, bagi mendapatkan kuasa untuk membolehkan dia menggunakan kewangan koperasi mengikut telunjuknya.

Ketika ini undang-undang KPF tidak membolehkan Isa Menjadi ahli, lebih-lebih lagi berangan menjadi pengerusinya.Tetapi “devil we know” di waktu terdekad ini berusaha memporak -perandakan KPF dengan mengungkit kembali apa yang diputuskan pada mesyuarat agung perwakilan kali ke 31 yang bertujuan dan berharap diadakan mesyuarat agung semula.

Koperasi Permodalan Felda Bhd yang kini merupakan satu-satunya koperasi terkaya di Malaysia,ingin direntap oleh Isa Samad sebagai memperoleh sumber kewangan bagi melindungi merudumnya saham Felda Global Ventures (FGV).

Isa Samad yang dulunya hanya bersama Najib tetapi sekarang melibatkan , Ismail Sabri menteri yang bertanggungjawab dengan koperasi yang membolehkan dengan mudah meminda undang-undang KPF. sedang bersekongkol menunaikan impiannya memiliki KPF. Ketika inilah mungkin undang-undang mengikut cita-cita gila yang dicipta manusia di guna-pakai.

Sudah nyata Isa dan kerajaan bukan bercita-cita membaiki ekonomi peneroka, tetapi sebaliknya gilakan wang syer ahli seramai 231,902 orang, berjumlah 1.95 bilion yang ada pada KPF untuk menutup kelemahan idea bangang bersifat suka “makan bubur panas-panas” menyenaraikan FGV ke Bursa Malaysia.

Sumber kewangan kerajaan seperti KWSP dan Tabung Haji yang telah melabur paksa dengan FGV masih tidak cukup melonjakkan saham FGV. Untuk menutup akan lingkupnya FGV, kini Isa perlu memiliki kuasa mentadbir KPF .Sebagai pengerusi KPF matlamat untuk menghabiskan wang syer peneroka akan diperolehi dengan mudah melalui putar belitnya dengan ahli lembaga koperasi serta perwakilan dan menambah satu lagi koleksi mangsa pelaburan paksa seperti mana KWSP dan Tabung Haji.

Andainya masih ada peneroka yang juga ahli KPF masih buta mata hendak berkompromi dengan Isa Samad serta menyokong kehendaknya,lebih baik ahli lain berfikir untuk menabung wang RM250,000 kepada saham amanah lain. Biar genting jangan putus.

Jenis manusia Isa samad ini, dia sentiasa menjadi devil yang dikenali yang sentiasa mencari jalan menggoda peneroka bagi bagi tujuan yang bukan tersembunyi lagi malahan terang-terang maksud hati khaudunya.

Sebelum ini mengumpan peneroka dengan wang RM15000 satu keluarga, supaya menyokong cita-cita mencari sumber kewangan politik dengan menyenaraikan FGV ke bursa Malaysia yang dia sendiri lebih untungan daripada peneroka atau ahli KPF .

Saturday 8 December 2012

SEJARAH FELDA LEPAR DAN ARAH TUJU PENEROKA


SEJARAH FELDA LEPAR HILIR SATU

Felda Lepar Hilir Satu ini telah di buka pada tahun 1982 dengan menerima kemasukan peneroka secara berperingkat – peringkat. 
 
Menurut salah seorang peneroka felda , dahulu tempat ini dikatakan kawasan peperangan. Ini jelas dengan penemuan beberapa biji bom di Felda Lepar Hilir Satu ini. Dahulu penduduk peneroka di sini bergantung sepenuhnya kepada hasil ladang mereka.Kegiatan utama mereka pada masa dahulu adalah menoreh getah . Hasil daripada torehan tersebut akan mereka perolehi pada setiap hari selasa dan jumaat. Kini pokok – pokok getah telah pun di tebang dan ditanam semula dengan tanaman kelapa sawit. 
 
Apakah sekarang ini nasib para Peneroka terbela?  Benarkah campur tangan luar dari individu bukan warga Felda yang kononnya mahu merubah nasib Peneroka dengan memperkenalkan saham kepada Peneroka boleh menjamin hak-hak mereka?  Isu saham Felda Global Venture Holding kini menghangatkan suasana di kawasan felda.  Penduduk Lepar Hilir tidak terkecuali dari memperkatakan isu ini.

Blog ini akan terus menyampaikan maklumat dari semasa ke semasa khususnya berkaitan hak dan masa hadapan para Peneroka.