NOTIS

RADIO KOBAT FM

Sunday, 30 December 2012

KEKUATAN RAKYAT, KABIN KUMPULAN HIJAU DI CAMP BALOK GAGAL DIROBOHKAN

Semalam, 29 Disember 2012 (Sabtu) mendapat berita bahawa penempatan sementara Kumpulan Hijau yang telah mendirikan 'Camp' mereka di Balok, Kuantan bakal dirobohkan oleh Pihak Berkuasa.  Kumpulan ini telah beberapa hari mendirikan kabin mereka di situ untuk memantau operasi Kilang Lynas yang ditentang oleh rakyat selama ini.

Penyelaras Dun Lepar yang juga Pen SU KEADILAN Pahang, Sdr Kamarzaman turut hadir memberikan sokongan.  Turut kelihatan adalah Penyelaras KOBAT, Wfauzdin NS dan rakan KOBAT, Sdr Asri

Lebih kurang jam 02.00 petang semalam, orang ramai telah mula memenuhi kawasan camp tersebut bagi menghalang usaha Pihak Berkuasa untuk merobohkan kabin berkenaan.  Kehadiran beberapa pimpinan kawasan termasuk Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh menaikkan semangat kami.

Lebih kurang jam 03.00 petang, pihak Polis telah mula bersedia di kawasan berkenaan.  Tidak lama kemudian, Pihak Berkuasa yang terdiri daripada Jabatan Tanah dan Galian dan PBT hadir untuk menjalankan arahan dari pihak atasan.  Kehadiran mereka disambut oleh laungan semangat "Stop Lynas" dari orang ramai.

YB Fuziah Salleh sedang mengadakan rundingan
YB Fuziah Salleh bersama Ketua Kumpulan Hijau yang mendiami kawasan tersebut telah mengadakan rundingan dengan Pihak Berkuasa.  Akhirnya, kabin berkenaan tidak jadi untuk dirobohkan tetapi mereka mahu menyita kabin tersebut kononnya telah melanggar peraturan.  Apabila ditanya dari manakah datangnya arahan untuk menyita kabin tersebut, Pihak Berkuasa gagal untuk memberikan jawapan.

Sdr Rafar, bekas tentera sedang berucap
Orang ramai menyaksikan kerja-kerja menyita oleh Pihak Berkuasa

Tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, akhirnya kabin tersebut disita.  Namun demikian, orang ramai yang hadir terutamanya peserta Kumpulan Hijau yang setia mendiami kabin tersebut selama ini berikrar tidak akan mengalah untuk meneruskan perjuangan menentang operasi Kilang Lynas di Gebeng itu. 

YB Fuziah Salleh berucap sebelum orang ramai bersurai

No comments:

Post a Comment