NOTIS

RADIO KOBAT FM

Friday, 14 December 2012

1 TAN KELAPA SAWIT BAKAL DILONGGOKKAN DI HADAPAN BANGUNAN FELDA

1 tan buah kelapa sawit akan dilonggokkan di hadapan Bangunan Felda beserta ratusan khemah akan didirikan pada 28 Disember ini nanti sekiranya Isa Samad, Pengerusi Felda meneruskan usaha untuk meletakkan dirinya sebagai Pengerusi KPF yang baru melalui AGM yang sedang dirancang.

Tindakan simbolik itu perlu untuk menyelamatkan KPF daripada diserap ke dalam FGVH yang pastinya boleh mengakibatkan pelupusan ekuiti milik KPF dalam Felda Holding Bhd dan 10 anak syarikat milik Felda Holding Bhd terlepas kepada FGVH.  Ini bererti KPF yang menguasai 51% kepentingan di dalam Felda Holding hanya tinggal 29% dan Felda akan memindahkan syer 22% kepada FGVH, menjadikan FGVH sebagai pemegang saham terbanyak.

Kepada seluruh warga Felda diperingatkan tentang hak masing-masing untuk dipertahankan dan jangan terpedaya dengan propaganda yang dimainkan yang kelihatannya amat manis sekali.  Sebagaimana yang diperkatakan oleh Pengerusi ANAK yang dipetik dari Suara Keadilan, kita telah dapat menghidu mengapa Isa Samad begitu ingin sekali mengadakan AGM yang baru hanya atas alasan yang tidak munasabah dan remeh.

Jika Isa Samad masih berdegil dan tetap ingin memperdaya warga Felda, kita tiada pilihan lain selain dari turun beramai-ramai dan berkhemah di hadapan Bangunan Felda pada tarikh yang dinyatakan.

1 comment:

  1. Semua warga Felda dijemput beramai-ramai berkumpul di Ibu Pejabat Felda Kuala Lumpur

    ReplyDelete