NOTIS

RADIO KOBAT FM

Wednesday 30 January 2013

'KEJANTANAN' AHMAD MASLAN DICABAR

ANAK cabar Ahmad Maslan 'buktikan kejantanan'

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman, yang disekat daripada memasuki kawasan tanah rancangan untuk mengadakan ceramah, sekali lagi mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat.

 
 
"Bila ANAK nak buat penjelasan, dia sekat. Kembara Oren dihalang. Ceramah tidak dibenarkan. Peralat Pengurus Felda, kononnya ia di bawah Akta GSA (Kawasan Penempatan Berkelompok) .

"Justeru, kalau dia pemimpin yang berani, jom kita berdebat secara terbuka. Buktikan kejantanan kamu, wahai Ahmad Maslan," kata Mazlan dalam kenyataan yang dimuatkan di laman Facebook lidah parti PAS, Harakahdaily hari ini.

Katanya, debat itu juga bagi menjawab dakwaan Ahmad yang menyifatkan beliau sebagai "pemfitnah bersiri".

Ahmad menyifatkan Mazlan demikian atas kenyataan ahli jawatankuasa PAS pusat itu, yang didakwa cuba menimbulkan perkara yang memecah-belah masyarakat Felda, sedangkan waktu kempen belum bermula.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata wakil ANAK akan menghantar surat rasmi berhubung cabarannya itu dalam masa terdekat.

"Oleh kerana sebelum ini, saya minta tarikh dan tempat debat, dia gagal berbuat demikian; kali ini saya pula cadangkan tarikh, masa dan tempat.

"Saya akan tunggu dia di Dewan Perdana Felda 16 Februari ini," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Johor./MK

Monday 28 January 2013

VIDEO - CERAMAH ORANG KENA SAWAN BABI

<iframe src="http://www.facebook.com/video/embed?video_id=547611345262612" width="300" height="300" frameborder="0"></iframe>

ISU LTAT - RAFIZI MOHON MAAF?

Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato’ Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

 
 
Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.

Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat.

Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.

Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Datuk Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah.

Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
27 Januari 2013

Thursday 24 January 2013

KAJIAN TERBARU - SOKONGAN KEPADA PR MENINGKAT, BN TURUN

Sokongan kepada Pakatan terus meningkat, BN turun – Kajian UM

KUALA LUMPUR 23 Jan: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional.

Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.

Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.

Dalam hasil kajian yang didedahkan hari ini, daripada 1409 responden, 42 peratus menjangkakan BN akan menang, 37 peratus pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21 peratus tidak pasti.

Dalam kajian sebelum ini, sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011), Pakatan 21%, BN 49% (April 2012) dan Pakatan 30%, BN 44% (September 2012).


Keputusan kajian yang dibuat oleh UMCEDEL

Yang terbaru, sokongan kepada Pakatan sudah 37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar.

Pengarah UMCEDEL, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil itu menunjukkan pertarungan antara kedua-dua kelompok parti bertanding pada waktu ini adalah bersifat terbuka.

“Kita boleh kata penentu kemenangan bagi kedua-dua parti yang bertanding adalah golongan 21% ini,” katanya ketika membentangkan hasil kajian itu di Pejabat UMCEDEL, di UM hari ini.

Memperincikan golongan 21 peratus ini beliau berkata, jika mengikut pecahan bangsa, paling tinggi adalah golongan Tionghua iaitu 53 peratus.

Dari segi pendidikan pula, paling tinggi adalah gologan lepasan ijazah iaitu 49 peratus.

Peringkat umur pula, peratusan paling tinggi adalah yang berumur antara 21 hingga 30 tahun.

“Jika dalam kategori status mengundi, peratusan paling tinggi adalah golongan yang kali pertama mengundi iaitu sebanyak 48%,” katanya.

Menurut beliau lagi, parti yang mampu menguasai golongan 21 peratus ini mempunyai peluang untuk menang pada pilihan raya umum nanti.

Hasil kajian ini dibuat UMCEDEL bermula 26 Disember lalu hingga 11 Januari tahun ini. – Harakah Daily

Wednesday 23 January 2013

NAJIB KE BUMI PALESTINE UNTUK RAIH SIMPATI?

Pilihanraya Umum ke 13 nampaknya semakin dekat.  Melihat kepada permainan kotor media kawalan Umno/Bn sudah cukup untuk kita meramalkan bahawa beberapa minggu atau paling lewat sebulan sahaja lagi Najib akan umum untuk pembubaran Parlimen.

Lawatan Najib ke bumi Palestine adalah sebagai suntikan buat Umno untuk menunjukkan kononnya Najib prihatin terhadap nasib rakyat di Palestine.  Beliau fikir rakyat mudah lupa dengan kezaliman yang kerajaan pimpinan beliau sendiri lakukan di bumi Malaysia ini?  Apa bezanya kezaliman Israel yang merampas dan menduduki tanah rakyat Palestine dengan rakusnya pimpinan Umno merampas hak-hak rakyat selama ini?  Tidak zalimkah apabila duit Lembaga Tabung Angkatan Tentera disapu untuk diserahkan kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno?  Apakah penipuan terhadap warga felda samada dalam isu KPG atau saham FGVH itu tidak zalim?

Ini semua mainan Najib dan Umno.  Mereka berharap rakyat melupakan kezaliman rejim pimpinannya apabila beliau bersama isterinya berkunjung ke Palestine.  Ini penanda PRU ke 13 sudah teramat hampir.  Rakyat harus bersedia dari sekarang dan mesti bekerja lebih kuat agar rejim Umno/Bn ini dapat ditumbangkan secepat mungkin.

Saturday 19 January 2013

Masa Depan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Raja Melayu.

Dari:  Sak Mongkol A47

Artikel ini asal nya dalam bahasa Inggeris. Tapi saya terbitkan nya dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu. Supaya menghindarkan rasa takut orang Melayu kita yang berjumlah 18 juta dari 28 juta rakyat Malaysia. Supaya 64% orang yang beragama Islam jangan takut kepada 9% orang yang menganut agama Nasrani. Maklum sajalah, UMNO menakutkan orang Melayu supaya berfikiran mereka lemah, mundur, koro dan memerlukan UMNO.

Takut kita orang Melayu dibuatnya UMNO. Kalau UMNO kalah, orang Melayu yang 18 juta, mati bergelimpangan. 18 juta Melayu lari kucar dan kacir, mundar dan mandir takde panduan. kalau UMNO kalah, maka 64% penganut Islam akan dikristiankan oleh 9% orang Nasrani. takut kita dibuatnya, Raja Melayu memilih pemimpin UMNO untuk menjadi jurucakap kepentingan mereka. takut lagi kita, bila Raja2 Melayu memilih Ibrahim Ali menjuarai kepentingan Raja2 Melayu.

Bila kerajaan Pakatan ambil alih pemerintahan, bahasa Melayu tetap kekal bahasa rasmi. Kita tak ganti dengan bahasa Cina atau Bahasa India.

Orang Melayu tidak perlu takut. Dah lama mereka ditakutkan. 55 tahun orang Melayu ditakutkan oleh UMNO SUPAYA berfikiran bahawa tanpa UMNO, Melayu akan mati. Inilah sekatan keatas minda orang Melayu yang menyekat mereka dari merdeka fikiran dan minda.

Ingat tak kita ketika Najib sebut, zaman kerajaan tahu serba serbi sudah berakhir? Bohong! Orang UMNO kalau tidak mengkonsentrasikan kuasa, mereka tak boleh urus Negara. UMNO boleh kekal kuasa kalau ramai lagi yang miskin, susah dan jahil. kalau dah ramai senang, dan pandai, UMNO akan hancur.

Bagaimana mengkonsentrasi kuasa? Guna kekerasan. Guna dakyah dan propaganda. Sebab itu Mahathir kata, kalau nak terus berkuasa, pemimpin jangan takut dan lembik. Mesti kuat( baca zalim) . Lumpuhkan minda rakyat. Lumpuhkan judiciary. Control dan kawal penjawat awam, polis, tentera. Letakkan ketua yang simpati dengan perjaungan UMNO disana- baru kita kuat. Pastikan ketua jabatan yang ada rekod buruk. Supaya mereka tunduk kepada kita.

Demikian cara UMNO mengurus negara.

Apa tindakan yang terbaik mengatasi kelumpuhan berkerajaan ini? Judiciary, civil service, the armed forces and pihak penjaga keselamatan awam( polis)? Mudah sahaja- buangkan semua elemen korap dan sudah habis tempoh. Amalan memberi kontrak kepada pemegang jabatan yang sudah pencen mesti ditamatkan serta merta.

General2 yang lebih suka keluarkan muka diTV dan bercakap mengenai pasukan bola ATM, dibersarakan. Buang semua general2 lapuk dan gantikan dengan professional general yang mahu mengukuhkan pertahanan negar ini. Peralatan dan persenjataan angkatan tentera, darat, udara dan laut dilengkapkan mengikut kehendak benar pertahanan Negara.

Demikian nya, pimpinan polis yang korap dan rasuah, dibersarakan dan diganti dengan mereka yang professional.

Pastikan kesemua cabang2 kerajaan ini distrukturkan mengikut taburan bangsa diMalaysia. Beri peluang Malaysia ditadbir oleh semua bangsa warga Negara ini. Tarik balik kewarganegaraan mereka yang jadi warga Negara tidak mengikut undang2. Yang dikatakan mengikut undang2 mesti memenuhi syarat2 yang dikenakan.

Boleh atau tidak perlembagaan Negara sekarang ditukar oleh sesiapa? Tidak boleh kerana perubahan dalam perlembagaan memerlukan kekuatan 2/3 dalam parlimen. Kalau pakatan menang 2/3 boleh tukar? Sudah tentu boleh tukar jika perlu. Dan peruntukan perlembagaan keatas bangsa Melayu boleh ditukar atau tidak? Boleh jika dibenarkan oleh perlembagaan baru.

Bagaimana kita pastikan jika ada perlembagaan baru maka kepentingan orang Melayu dijaga? Jawapan mudah ialah memastikan ramai ahli parlimen dalam parlimen adalah Melayu. Dan bukan sahaja UMNO yang Melayu. Melayu yang tidak baik diganti dengan Melayu yang baik.

Dan mesti kita ingat, orang Melayu dalam PAS, dalam PKR dan dalam DAP dan mana mana parti, keMelayuan mereka TIDAK kurang dari Melayu nya UMNO? Perlembagaan boleh kita tukar tapi mesti tengok taburan bangsa, raja2 Melayu dan sebagainya. Ertinya, kalau Pakatan ambil alih kerajaan, kepentingan orang Melayu tetap terjaga dan terlindung. We Malays in DAP, PAS dan PKR are no less Malay than Malays in UMNO.

Siapa kata Melayu kurang cekap dan pandai? UMNO. Siapa kata orang Melayu tidak pandai berniaga? UMNO. Siapa kata Melayu belum sedia itu dan ini? UMNO kata. Jika demikian, mengapa bila UMNO menggantikan Melayu dan melakukan pemajuan dan pemerkasaan atas nama agama, bangsa dan tanah air, masih juga gagal dalam bidang yang UMNO pilih? GLC pun gagal. Syarkat yang UMNO taja pun gagal. Pendek kata apa sahaja yang Melayu UMNO pegang dan sentuh, besar kemungkinan akan gagal.

Penjara atau lokap minda ini membenarkan pemimpin UMNO melakukan durjana keatas bangsa sendiri. Perjuangan yang kononnya dibangunkan diatas agenda agama, bangsa dan tanah air, semenjak 1981 menjadi agenda megayakan segelintir masyarakat yang terpilih. Pada 1981 ma’nikam yang dikenali oleh jauhari Melayu memimpin bangsa kearah kebinasaan. Dalam tahun 1988, kehancuran orang Melayu sampai kekemuncak bila UMNO diharamkan dan diganti oleh UMNO Dr Mahathir. Sebab itu bukan lah satu rahsia mengapa Dr Mahathir tidak senang duduk sekarang, sebab legasi nya yang terbesar iaitu, UMNO88 akan berkubur tidak berapa lama lagi.

Dasar Ekonomi Melayu diganti dengan Dasar Mengayakan Melayu terpilih.

Orang Melayu ada masaalah banyak sekarang sebab membenarkan UMNO menentukan bagaimana kita hidup. Ambil contoh bidang ekonomi. UMNO beritahu kita, orang Melayu kurang pandai, kurang modal dan ada pelbagai kekurangan lain. Jika demikian, mengapa perniagaan yang sepatutnya dijalankan oleh individu Melayu apabila dijalankan oleh GLC tetap gagal? Yang mengendali nya banyak modal dan Melayu yang ada dalam GLC semua terpelajar. Megapa gagal?

Mungkin kalau dibenarkan dijalankan oleh Melayu yang kurang modal dan kurang expertise tadi, pada peringkat awal ada kegagalan. Failure rate dan casualty rate mesti ada sebab mereka berada pada leraning curve. Tapi mungkin juga pada masa sekarang, orang Melayu tersebut sudah diganti oleh Melayu yang sudah berjaya. Mereka berjaya melalui kumpulan pengalaman, ilmu dan kecekapan dan pengumpulan modal.

Tapi sebab UMNO rasa mereka tahu lebih, maka mereka yang menentukan. Bila mereka jalankan, pun gagal. Jadi kita nak tanya Najib, bila dia sebut slogan bahawa zaman kerajaan tahu segala nya, sudah berakhir dia faham atau tidak bagaimana hendak capai matlamat tersebut? Jika zaman kerajaan tahu serba serbi sudah berakhir, mengapakan kemajuan Melayu sehingga hari ini mesti diarah dari centre? Why must the progress of Malays for instance, must be centrally commanded by the UMNO plutocrats? Yang menentukan masa hadapan orang Melayu yang miskin, lembut diri, berbudi bahasa ialah golongan Melayu yang istimewa yang “limousine-riding, jet-flying, stylin', profilin', whiskey drinking, wheelin' dealin' kiss-stealin' son of a gun!

Besar kemungkinan dia tidak tahu. Sebab Najib dan sebahagian besar pimpinan UMNO adalah mereka “ jenis manusia yang berkereta mewah, terbang sana sini dengan jet peribadi, ada gaya, ada stail, minum wiskey, pau sana sini, tidur sana sini. Mereka tidak tahu agenda Melayu yang sebenarnya!

Ketahuilah, UMNO itu hidup diatas system yang menyekat potensi. UMNO jadi penghadang terbesar menyekat kemajuan orang Melayu. Siapa yang kata orang Melayu tak boleh bersaing? UMNO. Siapa yang kata Melayu kurang cekap? UMNO. Siapa yang kata orang Melayu mundur sebab agama Islam penghalang itu dan ini? Ibrahim Ali- kontraktor politik UMNO. Oleh sebab2 maka UMNO kata- bergantunglah kepada nya dan percayakan nya- orang Melayu akan selamat.

Siapa yang menyebabkan orang Melayu sehingga sekarang hidup sebagai pengemis? UMNO. Siapa yang menjalankan dasar penjualan saham kepada Melayu berdarjat ? UMNO. Siapa pula yang membenarkan golongan atasan ini menjual RM52 billion saham tersebut? UMNO. Siapa yang menyebabkan pegangan saham tersebut tinggal RM2 billion? UMNO. Siapa yang menyebabkan Bank Bumiputera hancur? UMNO.

UMNO melakukan ini semua- orang Melayu masih mahu sokong UMNO?

Seoarang sahabat- ahli politik dari Sabah beritahu saya bagaimna nak menerangkan sistem UMNO. Saudara mempunyai anak. Dia lulus SPM 10A. anak seorang pemimpin UMNO lulus SPM dengan 5A, 5B. kedua2 memohon biasiswa. Mana satu yang dapat? Yang dapat ialah anak pemimpin UMNO. Itu sistem UMNO.

Apabila UMNO ujudkan dan pertahankan sistem reward yang rosak dari segi prinsip asal, maka perjalanan pentabiran negara dan ekonomi jadi rosak. Kenapa? Kerana kita ada sistem dimana yang berkerja kuat dan berusaha akan melihat buat apa berusaha keras jika mereka yang kurang pencapaian mempunyai jalan singkat mengatasi mereka. Mereka yang jujur dan amanah dan on the staright, tidak akan dapat meningkatkan diri.

Ini system UMNO.

Sistem UMNO lah yang menyebabkan mengapa judiciary kita kucar dan kacir. Para hakim yang tegas dan menjalankan pengadilan mengikut hukum, tersekat dari naik keatas. Yang memihak kepada kepentingan politik naik keatas. Yang kekal on the straight path sukar untuk dinaikkan pangkat. Kenaikan pangkat mereka ditentukan oleh ketua eksekutif Negara. Dan ketua eksekutif Negara menaikkan pangkat mereka yang dirasai menjaga kepentingan golongan elit.

Sebagai contoh- how do we improve the judiciary and place it again as the final and trustworthy arbiter of conflicts in society? Di Malaysia, peyelesaian nya amat mudah. Pencenkan SEMUA hakim2 mahkamah tinggi, mahkamah rayuan dan ketua hakim sekali. Gantikan mereka dengan hakim2 yang disokong oleh suatu system pemilihan yang bebas dari campur tangan ketua eksekutif.
 
Bagaimana nak pencenkan mereka? Dengan membayar mereka. Belanjakan beberapa juta, pencenkan hakim2 yang merosakkan judiciary kita. Dengan sekali tindakan, overnight, kita akan membaiki judiciary kita.

Thursday 17 January 2013

HKR#KL112- TIADA MODAL, MEDIA MAIN ISU REMEH

Di mana-mana ramai orang masih memperkatakan tentang HKR# KL112 yang telah berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013 baru-baru ini.  Media-media di bawah kawalan Umno juga turut memainkan isu yang sama tetapi cuba untuk menunjukkan betapa kesalahan tetap terletak di tangan pihak Penganjur.

Kiri, Sdr Ahmad Nizam (Timb Pengerusi PKR Pahang), Tn Hj Musa (Setiausaha PKR Pahang), Sdr Kamarzaman (Pen SU PKR Pahang/Penyelaras Dun Lepar dan Sdr Fazil bergambar sewaktu menuju ke Stadium Merdeka
Najib sendiri memuji perhimpunan tersebut, kononnya Akta Perhimpunan Aman adalah penyebab utama himpunan tersebut aman.  Betulkah begitu?  Jawapannya bukan kerana akta itu atau akta ini, tetapi himpunan tersebut aman adalah kerana tiada campurtangan kumpulan jahat yang berhati busuk untuk mengadakan provokasi.  Itu sahaja faktor utama himpunan ini aman dan tersusun.

Letaklah berapa banyak akta sekalipun, tetapi selagi ada kumpulan yang busuk hati termasuk dari mereka yang beruniform sendiri, tiada jaminan himpunan akan menjadi aman.  Sejarah lalu boleh dijadikan kayu pengukur dan bukti bahawa provokasi jahat oleh kumpulan yang didalangi oleh orang-orang politik yang jahat seringkali menjadikan himpunan tidak aman dan huru-hara.

Kebangkitan Rakyat
Kali ini, kita berhimpun secara aman.  Bukan kerana akta baru itu tetapi kita sejak dari awal lagi memasang niat untuk berhimpun secara aman.  Apabila tiada provokasi, maka niat kita pun tercapai.  Modal yang ada pada mereka kini hanya mencari beberapa kesalahan kecil yang kononnya melanggar akta Perhimpunan Aman.  Isu membawa budak kecil, isu banner, isu kehadiran melebihi had sehingga kepada isu sampah yang tidak dikutip juga menjadi modal media haprak ini.

Syabas kepada rakyat Malaysia.  Syabas kepada para peneroka felda yang dilihat begitu ramai turun pada hari tersebut.  Jelas sekali, Umno/Bn akan tumbang kali ini, InsyaAllah.

Tuesday 15 January 2013

UMNO SEMAKIN TERTEKAN SEKARANG

UMNO nampaknya semakin hilang punca.  Serba serbi yang dilakukan semakin tidak betul dan kelihatannya seperti 'orang hilang akal'.  Ini adalah kerana tekanan yang semakin hebat diberikan oleh Pakatan Rakyat terhadap parti sekutu Apco ini.


Bayangkan. sudah menjadi satu kesalahan buat sesiapa sahaja yang cuba-cuba meramalkan Umno/Bn hilang kuasa di dalam PRU akan datang.  Meramalkan Umno kalah satu jenayah besar tetapi jika mengampu maka itu adalah yang terbaik jika mahu selamat.

Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwa Ahmad Tajuddin digantung tugas dipercayai kerana meramalkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.  Ini satu contoh bagaimana daya intelektual seseorang cuba diperbodohkan oleh sekutu Apco ini.  Sebelum ini, Prof Dr Aziz Bari pun dikenakan tindakan hanya kerana tidak mahu 'mengampu' parti peninggalan penjajah ini.  Contoh pengampu terkuat yang mendapat RM2 Juta adalah seperti seorang Guru Pondok di Kelantan yang hanya mempunyai murid seramai 15 orang sahaja, tetapi berjaya mendapat imbuhan kerana 'ampu'nya walapun terpaksa menjual agamanya.

Kita harus bangkit menggandakan usaha menekan Umno sekarang.  Percayalah, Umno kini teramat tertekan sebab itu mereka sering melakukan kesilapan-kesilapan yang mendedahkan keburukan diri mereka sendiri.  Maka, wajarlah Umno ini dikuburkan segera.

Sunday 13 January 2013

BERMULA DI KG BARU, KEMUNCAK HKR DI STADIUM MERDEKA SEMALAM

Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan sewaktu menjelang HKR -KL112 yang bermula pada awal 11 Januari 2013 dengan Program Ceramah oleh berpuluh-puluh tokoh, pimpinan NGO, Artis, pimpinan politik dan ramai lagi di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu, KL.

Kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat 1 Juta pula adalah pada 12 Januari 2013 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Di Kg Bharu - Bergambar bersama Sdr Hatta (Penyelaras SAMM Pahang), rakan beliau dan Penyelaras KOBAT Sdr Wfauzdin NS (Biro Komunikasi PKR Pahang)
Naib Presiden PAS, Tuan Hj Mat Sabu dan Pelakon Abby Abadi juga berucap di Kg Bharu
Di antara yang hadir di Kg Bharu

Di Kg Bharu - Dari Kiri, Tuan Hj Mohd Musa (Setiausaha PKR Pahang),  Sdr Kamarzaman (Pen. S/Usaha PKR Pahang/Penyelaras Dun Lepar), Sdr Wfauzdin (Penyelaras KOBAT) dan Sdr Suhaimi (JuruteknikPenyiaran)
Radio KOBAT FM mengadakan Siaran Langsung di Kg Bharu
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HKR - KL112 Di Stadium Merdeka
Suasana dalam stadium
Di luar stadium
Kebangkitan Rakyat

Friday 11 January 2013

KALIMAH ALLAH - BAGAIMANA RAKYAT BUKAN ISLAM DI JOHOR MAHU NYANYI LAGU KEBESARAN NEGERI MEREKA?

Benarkah orang-orang bukan Islam dilarang sebut nama 'Allah'.  Jika begitu selama ini rakyat Johor yang tidak berugama Islam tidak pernah menyanyikan lagu ini Kebesaran Negeri Johor?  

Lagu Kebesaran Negeri Johor - Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

Thursday 10 January 2013

WARGA FELDA WAJIB TURUN PADA 12 JAN INI

Kepada warga felda, kami menyeru kepada anda semua untuk turun beramai-ramai ke Stadium Merdeka, KL pada 12 Januari 2013 (Sabtu) ini bagi menunjukkan perpaduan sesama kita untuk memberitahu rejim Umno/Bn bahawasanya rakyat kini sudah muak dan jemu dengan dasar dan pemerintahan Umno/Bn.

Warga Felda diumpan dengan wang ringgit namun taraf kehidupan warga felda masih ketinggalan.  Mereka seolah-olah cuba di`buli' sesuka hati dengan umpanan wang saham dan sebagainya tetapi warga felda yang bijak sahaja yang tahu samada pemberian wang ringgit secara bermusim itu boleh menjamin kesejahteraan mereka.

Oleh itu, marilah kita beramai-ramai ke Stadium Merdeka pada tarikh tersebut.  Isu saham FGVH yang tidak menunjukkan apa-apa kesan kepada peningkatan taraf hidup warga felda sepatutnya ditolak.  Penolakan terhadap saham yang mendatangkan hutang ini boleh kita terjemahkan pada 12 Januari ini nanti.

Ayuh semua....KL112# menanti kita....

Monday 7 January 2013

HIMPUNAN SEJUTA RAKYAT - JANGAN PERBODOHKAN RAKYAT

Nampaknya pemimpin Umno sudah mula gelabah dengan semangat rakyat untuk berhimpun pada 12 Januari ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.  Najib dengan slogan "Janji DiTepati" terperangkap dengan cadangannya awal tahun lalu apabila mahu rakyat menggunakan stadium sekiranya mahu mengadakan perhimpunan.

Nah, sekarang kita memilih untuk mencuba cadangan Najib.  Stadium Merdeka adalah pilihan kita untuk Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 12 Januari ini.  Apakah Najib masih kekal dengan slogan "Janji DiTepati" atau "Di Capati"?

Memetik laporan Malaysia Insider, Rais Yatim nampaknya mula bersuara seolah-olah mahu menggagalkan perhimpunan yang dirancang kali ini.  Kita memilih stadium sebagaimana saranan Najib, tetapi Rais Yatim memang kaki 'putar alam". Beliau berkata pembangkang harus “berunding” dengan polis terlebih dahulu sebelum mereka menentukan tempat perhimpunan. “Ini menunjukkan keangkuhan dan membelakangi undang-undang tanah air,” beliau berkata dalam satu sidang akhbar di sini. 

Perlu perundingan pula?  Andainya kita berunding, katakan lah pihak stadium atau pihak Polis 'ditekan' oleh Najib agar jangan dibenarkan berhimpun di stadium tersebut, apakah ini akan diterima oleh rakyat yang selama ini kenal siapa pemimpin Umno sekarang?   Apa akan jadi jika rakyat bertambah marah sekiranya Najib dan Rais cuba memperbodohkan rakyat?  

Yang pasti terjadi adalah rakyat akan berhimpun di luar stadium.  Apakah Najib seronok melihat sejuta rakyat berada di luar stadium dan berarak ke Putrajaya?  Kita mahu ingatkan Najib, cukup-cukuplah untuk memperbodohkan rakyat.  Kita telah tetapkan pilihan kita iaitu kita terima cadangan Najib bahawa stadium adalah tempat kita berhimpun, melainkan jika Najib ingin mengubah selera untuk melihat kita kembali ke Dataran Merdeka pada 12 Januari ini nanti.

Ayuh, kita turun beramai-ramai untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada 12 Januari ini nanti.  

Thursday 3 January 2013

DEMONTRASI TANDANYA 'KURANG AJAR' - KENYATAAN AHMAD MASLAN YANG DANGKAL

Semenjak bila pemimpin Umno suka kepada demontrasi oleh Pembangkang?  Umno bukan tidak setuju atau menolak samasekali demontrasi aman kerana parti itu juga adalah salah satu pelopor kepada kaedah menunjuk perasaan seperti itu. 

Sejarah telah membuktikan Umno banyak terlibat dengan demontrasi.  Tetapi mengapa apabila Pembangkang melakukan demontrasi maka pemimpin-pemimpin Umno mengulas seperti orang hilang akal? 

Apa yang dinyatakan oleh Ahmad Maslan tentang demontrasi jelas menunjukkan ceteknya pemikiran beliau.  Seperti yang dipetik melalui Malaysiakini, beliau berkata "Demonstrasi haram, mogok, perhimpunan, bantahan, protes dan sebagainya, secara langsung menggalakkan rakyat bersikap kurang ajar dan tidak menghormati undang-undang dan persoalannya mengapa pembangkang gemar menganjurkannya? Ia untuk menarik perhatian orang ramai," katanya.
 
Kita ingin bertanya Ahmad Maslan, demontrasi apakah yang tidak memerlukan perhatian orang ramai?  Nama pun sudah demontrasi atau menunjuk perasaan, maka sudah tentu lah para peserta demontrasi mahu menunjukkan perasaan mereka samada menyokong atau membantah sesuatu perkara. Kepada siapa mereka mahu tunjukkan?  Sudah tentu kepada orang ramai yang mungkin tidak memahami apa perasaan mereka.
 
Kita merasa malu kerana pemimpin seperti Ahmad Maslan ini masih ketinggalan jauh ke belakang.  Beliau tidak ada kemahiran atau pengetahuan lain selain dari membodek membuta tuli ketua atau pemimpinnya.  Kita tidak pelik kerana beliau berada di dalam Umno dan semua kenal Umno tidak pernah berani untuk berdepan dengan kebangkitan rakyat.

Tuesday 1 January 2013

SAWIT MALAYSIA SEPATUTNYA TIADA MASALAH DENGAN GAJI MINIMA DI INDONESIA

Pelaksanaaan gaji minimum oleh pemerintah Indonesia tidak seharusnya dijadikan alasan syarikat-syarikat minyak sawit Malaysia menghadapi masalah berikutan pekerja mahir dari negara tersebut di ladang-ladang di sini mungkin akan pulang ke tanahair mereka kerana gaji yang lebih baik, kata Senator Syed Shahir Syed Mohamud.

Ahli Dewan Negara dari PKR itu menegaskan, gaji minimum adalah standard biasa yang digunapakai oleh majikan di seluruh dunia, malah menegaskan Malaysia seharusnya sudah memiliki teknologi penuaian hasil komoditi yang lebih baik kerana negara ini sudah lebih 100 tahun menanam kelapa sawit dan getah.

Syed Shahir turut berkata sepanjang tempoh itu, Malaysia masih lagi gagal menghasilkan teknologi sedemikian ekoran pengusaha yang enggan memperuntukkan modal yang besar bagi mengguna pakai teknologi seperti itu.

"Kita sudah lebih 100 tahun menanam kelapa sawit dan getah ... sepatutnya kita berupaya menghasilkan teknologi untuk menuai hasil yang lebih produktif.

"Tetapi kita masih guna cara lama ... kita tak boleh salahkan pemerintah Indonesia," katanya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Akhbar Wall Street Journal (WSJ) awal hari ini melaporkan tindakan Indonesia menetapkan gaji minimum itu akan turut menganggu ladang Malaysia di Indonesia, mendapati mereka bergelut dengan kos buruh lebih tinggi, yang boleh naik sehingga 49 peratus, bergantung kepada wilayah atau perbandaran.

WSJ menegaskan sektor minyak sawit dan getah Malaysia kini sudah kekurangan kira-kira 60,000 pekerja, akan tetapi apabila Indonesia menawarkan gaji lebih tinggi kepada penanam itu, penghijrahan buruh mahir Indonesia dari estet di sini tidak dapat dielakkan.

Akhbar tersebut menambah penanam sudah memberi amaran pelan gaji minimum, yang menjadi pusat bantahan lantang oleh pekerja-pekerja menuntut manfaat lebih baik, akan menandakan pengakhiran buruh dengan gaji berpatutan di Indonesia.

"Penyelidikan perlu dibuat ... kita perlu menggunakan teknologi untuk meminimumkan tenaga kerja dan memaksimumkan produktiviti," kata bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu.

Laporan WSJ turut berkata, firma Malaysia kini memiliki kira-kira satu perempat daripada semua ladang kelapa sawit di Sumatra dan Kalimantan di Indonesia, di mana terletaknya kebanyakan estet minyak kelapa sawit Indonesia.

Menurut WSJ, penghantaran minyak sawit menjumlahkan sembilan peratus dan 11 peratus daripada pendapatan untuk Indonesia dan Malaysia masing-masing, kedua-duanya adalah pengeksport utama dunia dalam komoditi tersebut.

Bercakap kepada WSJ, naib presiden eksekutif bahagian perladangan Sime Darby Bhd, Franki Anthony Dass bersetuju bahawa kenaikan gaji di Indonesia dan prospek pekerjaan lebih baik akan menambahkan kepada masalah bekalan buruh bagi penuai yang diperlukan di Malaysia.

Akhbar tersebut berkata memandangkan Malaysia kini memandu untuk meningkatkan pengeluaran dan memastikan bekalan domestik mencukupi untuk menambah nilai kepada pemprosesan hiliran komoditi, negara akan memerlukan setiap penuai yang boleh ditarik ke dalam industri.

"Tetapi kenaikan gaji dan ketersediaan buruh menurun boleh memaksa pengeluar untuk meningkatkan pergantungan mereka pada mesin," kata laporan WSJ.

Memetik penganalisis perladangan berpangkalan di Kuala Lumpur, Alan Lim Seong Chun dari Kenanga Investment Bank, WSJ menulis firma-firma perladangan di sini mesti bergerak ke arah meningkatkan menjenterakan proses penuaian bagi menghadapi kekurangan dalam tenaga kerja.

Akhbar menyatakan penanam telah memberi amaran kekurangan buruh boleh menyebabkan hasil tahunan purata minyak sawit hanya empat tan sehektar, jauh lebih rendah daripada hasil yang disasarkan oleh kerajaan iaitu enam tan sehektar menjelang 2020.

Selain kekurangan buruh, firma Malaysia di Indonesia juga akan melihat kos pengeluaran mereka meningkat secara drastik apabila upah meningkat.

Lebih ironi lagi, Firma seperti Sime Darby, Kuala Lumpur Kepong Bhd, IOI Corp Bhd dan FELDA meletakkan diri mereka di Sumatra dan Kalimantan tahun lalu dalam pencarian hartanah perladangan kerana pekerja bergaji rendah.

Menurut Dass, kos buruh di ladang tidak lama lagi boleh menyumbang sehingga 25 peratus daripada kos pengeluaran selepas kenaikan gaji, peningkatan yang ketara dari semasa sebanyak 20 peratus.

Tetapi penganalisis perladangan kanan di CIMB Investment Bank memberitahu WSJ bahawa kesan kos akan berbeza di lokasi yang berbeza kerana hanya mereka yang mempunyai operasi di kawasan-kawasan di mana kenaikan gaji lantai adalah lebih drastik, akan terjejas./MI