Pilihanraya Umum ke 13 nampaknya semakin dekat. Melihat kepada permainan kotor media kawalan Umno/Bn sudah cukup untuk kita meramalkan bahawa beberapa minggu atau paling lewat sebulan sahaja lagi Najib akan umum untuk pembubaran Parlimen.
Lawatan Najib ke bumi Palestine adalah sebagai suntikan buat Umno untuk menunjukkan kononnya Najib prihatin terhadap nasib rakyat di Palestine. Beliau fikir rakyat mudah lupa dengan kezaliman yang kerajaan pimpinan beliau sendiri lakukan di bumi Malaysia ini? Apa bezanya kezaliman Israel yang merampas dan menduduki tanah rakyat Palestine dengan rakusnya pimpinan Umno merampas hak-hak rakyat selama ini? Tidak zalimkah apabila duit Lembaga Tabung Angkatan Tentera disapu untuk diserahkan kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno? Apakah penipuan terhadap warga felda samada dalam isu KPG atau saham FGVH itu tidak zalim?
Ini semua mainan Najib dan Umno. Mereka berharap rakyat melupakan kezaliman rejim pimpinannya apabila beliau bersama isterinya berkunjung ke Palestine. Ini penanda PRU ke 13 sudah teramat hampir. Rakyat harus bersedia dari sekarang dan mesti bekerja lebih kuat agar rejim Umno/Bn ini dapat ditumbangkan secepat mungkin.
Jam 10.00 malam YB Dato Dr Mansor Othman dan YB Chang Lih Kang akan berceramah di Taman Pandan Permai (Belakang Tunas Manja) Taman TAS Kuantan, SEMUA DIJEMPUT HADIR
ReplyDeleteTAMBAHAN MAKLUMAT, CERAMAH DIADAKAN PADA 25/1/2013 JAM 10.00 MALAM BERTEMPAT DI TAMAN PANDAN PERMAI, TAMAN TAS KUANTAN
ReplyDelete