NOTIS

RADIO KOBAT FM

Tuesday 26 March 2013

KUNJUNGAN ANWAR KE LEPAR HILIR 1 PADA 28 MAC INI DI TANGGUHKAN !!

Sebelum ini kami telah siarkan berita tentang kunjungan Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Felda Lepar Hilir 1 pada 28 Mac 2013 (Khamis) ini, namun di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan dan juga di atas komitmen Ketua Umum tersebut, program kunjungan beliau ke sini ditunda kepada 30 Mac 2013.

Walau bagaimanapun, sebarang perubahan selepas ini akan kami maklumkan.  Maaf di atas sebarang kesulitan.

KUNJUNGAN ANWAR KE LEPAR HILIR 1 PADA 28 MAC (KHAMIS) INI, JANGAN CUBA LAKUKAN PROVOKASI


Pada 28 Mac 2013 (Khamis) ini, Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan Markas Gerakan Dun Lepar serta memberikan amanat penting kepada para peneroka bertempat di Felda Lepar Hilir 1, kawasan Dun Lepar, Parlimen Paya Besar, di Tapak Bazar Ramadhan Lepar Hilir 1.

Beliau dijangka sampai ke Lepar Hilir 1 mulai jam 10.30 malam dan akan terus merasmikan Markas Gerakan Dun Lepar dan akan menyampaikan sedikit amanat buat para peneroka Felda.  Sehubungan itu, warga felda dijemput hadir beramai-ramai pada tarikh tersebut bagi mendapatkan maklumat terkini serta mengetahui lebih mendalam tentang dasar Pakatan Rakyat khususnya berkaitan Felda.

Penting diingatkan, kita mengharapkan tiada provokasi atau tindakan samseng di luar batasan demokrasi dilakukan oleh mana-mana pihak.  Pihak penganjur telah meminta kerjasama pihak berkuasa untuk memantau program yang akan diadakan ini di samping telah menyediakan kawalan keselamatan untuk membantu pihak berkuasa sekiranya terdapat gangguan dari puak yang tidak bertamaddun atau pihak yang diupah untuk mengganggu program ini.

Rakyat sekitar Paya Besar khususnya diminta turun beramai-ramai agar dapat menyekat sebarang percubaan provokasi pada tarikh tersebut.

Monday 25 March 2013

Tauke judi, arak bersama Umno BN reka fitnah demi pertahan kuasa


RAWANG 24 MAC: Pimpinan Umno BN akan melakukan apa sahaja muslihat untuk mempertahan kuasa kerana mereka mahu terus mengekalkan kekayaan masing-masing yang dibolot dari rakyat , kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Ketua Umum KEADILAN itu mengingatkan perjuangan rakyat bukan semudah yang disangka kerana Pakatan Rakyat melawan tauke besar dan pelbagai agensi kerajaan yang diperalat mereka.

 
 
“Kita lawan siapa? Mereka ini golongan terkaya, korporat puluh-puluh bilion. Kita lawan bank terbesar di Malaysia, tauke besar, tauke judi, dengan syarikat arak terbesar, San Miguel yang ahli keluarga (Dr) Mahathir (Mohamad) punya.

“Mereka akan guna cara muslihat apa sahaja. Fitnah ada macam-macam. Ingat dulu, tahun 1998 (air) mani atas tilam, 2008 (air) mani di dalam. Aduhai, tapi ada juga yang percaya. Hanya kemudian dibuktikan (ia) fitnah sampai bapa Saiful Bukhari pun datang sokong kita.

“Selepas itu, gambar perut buncit, kemudian tukar pula perut kempis. Sekarang saya pun tak berani komen, cakap nampak muscle (berotot) lebih, nanti dibuat satu lagi (gambar/video) ada muscle pula,” katanya.

Beliau berkata demikian depan ribuan rakyat pada Jelajah Merdeka Rakyat di Bandar Tasik Puteri di sini, Jumaat lalu.

Sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, bekas Pemangku Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan, kata Anwar, beliau juga mengetahui banyak rekod dan masalah ramai pemimpin Umno BN termasuk Datuk Seri Najib Razak.

“Banyak saya tahu. Saya kenal, saya tahu masalah Najib. Apakah saya sanggup bongkar cerita dia? Tidak (sebab) saya tahu asas akhlak, etika. Saya tak mahu berdosa depan Allah swt.

“Adakah kita mahu menang? Ya, tapi apakah kita hendak menang dengan cara mencarut, telanjangkan orang, aibkan orang. Mahu menang dengan itu? Saya kata, tak ada barakah menang cara itu,” katanya./KD

Thursday 21 March 2013

PENGESAHAN AGBIMUDIN KIRAM KAKITANGAN KERAJAAN TIMBULKAN PERSOALAN BERAPA RAMAI PEMEGANG KAD PENGENALAN BIRU TERLIBAT

PENGESAHAN AGBIMUDIN KIRAM KAKITANGAN KERAJAAN TIMBULKAN PERSOALAN BERAPA RAMAI PEMEGANG KAD PENGENALAN BIRU TERLIBAT

Pengesahan oleh jurucakap kumpulan yang menggelarkan diri mereka Kesultanan Sulu yang dibuat di Manila bahawa Agbimudin Kiram pernah menjadi pegawai kerajaan di negeri Sabah terus menimbulkan persoalan mengenai latar belakang sebenar konflik pencerobohan di Lahad Datu.

Pengesahan itu mengiyakan kerisauan banyak pihak bahawa kumpulan bersenjata di Lahad Datu turut melibatkan rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang memegang kad pengenalan biru. Perkara ini mendedahkan kemungkinan ancaman keselamatan yang timbul akibat dari tindakan pihak tertentu yang dituduh berkait dengan Tun Mahathir Mohamad memberikan kerakyatan tanpa melalui proses yang sah.

Pendirian KEADILAN adalah jelas bahawa perkara ini memerlukan siasatan segera untuk menentukan perkara-perkara berikut:

1.      Apakah Agbimudin Kiram adalah rakyat Malaysia yang telah diberikan kad pengenalan biru?
2.      Berapa ramai dari kalangan penceroboh bersenjata yang mempunyai kad pengenalan biru?
3.      Berapa ramai dari kalangan mereka yang mempunyai kad pengenalan biru mendapat kad pengenalan biru di bawah Projek IC?

Ini adalah soalan-soalan asas yang wajib dijawab oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, memandangkan beliau seharusnya berterus terang mengenai latar belakang konflik ini dengan rakyat.

Pengesahan mengenai kedudukan Agbimudin Kiram itu juga membayangkan banyak perkara yang masih belum dibongkarkan oleh Suruhanjaya Diraja Mengenai Kerakyatan yang terhenti seketika.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya pertimbangan diambil untuk memulakan serta merta prosiding Suruhanjaya Diraja Mengenai Kerakyatan yang tergendala bagi memastikan semua aspek berhubung pemberian kad pengenalan di Sabah tanpa melalui proses yang sah diteliti dan dibongkar sepenuhnya.

Sementara itu, KEADILAN masih lagi menunggu jawapan dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir Mohamad bagi menjawab ketiga-tiga soalan yang dilontarkan.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi


21 MAC 2013

Monday 18 March 2013

Nik Aziz: Mereka belum puas 'cincang' Anwar

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata gambar kontroversi mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang giat diedarkan di kalangan blog penyokong Umno merupakan cubaan untuk menyerang peribadi dan mengaibkan ketua pembangkang itu.

"Mereka belum puas cincang Anwar. Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Akhbar yang sama turut menampilkan ulasan Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha yang menyifatkan gambar itu sebagai taktik yang diketahui umum kerana kerap digunakan menjelang pilihan raya.

"Ia sudah jadi tidak relevan lagi. Biar mereka (individu tidak bertanggung jawab) buat selalu (perkara begini). Kelak rakyat sendiri akan jemu dan menolak mereka.

"Tindakan mereka itu ibarat sudah musnahkan masa depan politik sendiri," kata ADUN Taman Medan itu seperti dipetik Sinar Harian.

Sementara itu ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dalam laporan sama berkata beliau sudah menjangka serangan terhadap Anwar itu akan dilakukan pihak tidak bertanggung jawab menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Ini kerana, beliau (Anwar) yang kita Pakatan tonjolkan sebagai ketua umum dan bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya membentuk kerajaan dalam PRU akan datang.

"Sejak 15 tahun lalu, beliau sudah jadi sasaran utama parti politik, penulis blog dan NGO yang tidak memihak kepada Pakatan untuk menyerang beliau antaranya isu Liwat I dan Liwat II, kemudian dikait dengan video seks bersama seorang wanita," katanya.

Anwar semalam menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam gambar yang diolah sebagai video tersebut.  "Ini fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya," katanya./MK

Sunday 17 March 2013

Gambar lucah fitnah jijik Umno BN menjelang PRU 13 – Anwar

“Itu fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk perbuatan blogger pro-Umno yang menyebar gambar lucah menyerupai Ketua Umum KEADILAN itu di rangkaian media sosial.

 
 
Ketua Umum KEADILAN memberi reaksi ringkas itu kepada Keadilan Daily apabila diminta mengulas fitnah itu pada program Dialog Bersama Anwar Ibrahim di One World Hotel, Bandar Utama anjuran kelab Anwar Ibrahim (AIC) hari ini.

KEADILAN yang diterajui Anwar bersama gabungan parti dalam Pakatan Rakyat diyakini menang PRU 13 berikutan sokongan padu pelbagai pihak, malah ramai individu yang dulu menyebelahi Umno BN kini beralih arah hingga menimbulkan kegusaran di kalangan pemimpin Umno BN.

Apatah lagi, Parlimen dijangka bubar bila-bila masa, malah sebahagian pemerhati politik mengagak, ia dibubar paling awal Isnin ini.

Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.

Bagaimanapun, individu dalam gambar berkenaan kelihatan tegap dan terlalu muda tanpa kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun seperti Anwar.

Ia mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada rakaman video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit./KD

Friday 8 March 2013

Konspirasi Fitnah II: Heret Najib, Mahathir ke mahkamah – Surendran


KUALA LUMPUR 8 MAC: Pengakuan Azlan Mohd Lazim – anaknya, Saiful Bukhari diperguna pihak tertentu dalam kes Fitnah II bukti ia konspirasi Umno untuk menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demikian Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mengulas kenyataan tergempar Azlan yang mengakui anaknya diperalat Umno dalam fitnah yang didalangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir Vs Najib 

“Satu kenyataan serius daripada bapa Saiful yang menyebut ada pegawai dari pejabat Perdana Menteri terlibat. Najib perlu segera disiasat dan desak beliau beri penjelasan.

“Beliau juga kena minta maaf kepada Anwar dan rakyat kerana terlibat dalam konspirasi ini,” kata Surendran ketika dihubungi.

Dalam sidang media pagi tadi, Azlan mendedahkan semua kenyataan akhbar anaknya dan beliau dirancang serta diskripkan oleh Pegawai Khas Perdana Menteri, Annas Jusoh dan peguam Zamri Idrus Khairil.
Beliau juga mengesahkan Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah.

Katanya, Fitnah II adalah konspirasi terancang untuk memenjarakan Anwar kali kedua.

Justeru, Surendran mendesak supaya Najib dan pimpinan Umno termasuk Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail diheret ke mahkamah kerana terlibat dalam konspirasi tersebut.

“Pengakuan ini membuktikan Fitnah II adalah konspirasi. Penyiasatan menyeluruh perlu bagi membuktikan siapa dalang terlibat. Najib tidak boleh lari dan beliau mesti diheret ke mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.

Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful, bekas pembantunya.

“Siasatan perlu dijalankan berkaitan peranan Umno BN dalam Fitnah I. Pemimpin Umno yang terlibat – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi juga mesti diheret.

“Penglibatan Gani Patail dalam fitnah ini juga mesti segera disiasat,” tegas Surendran.

mata lebam 

Anwar ditangkap pada malam 20 September 2008, secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.

Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.

Dalam kes Fitnah II, Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memainkan peranan penting memalsukan keterangan terhadap Anwar dalam kes 1998 dan insiden mata lebam.

Kedua-dua mereka juga terbabit dalam konspirasi untuk menyediakan laporan perubatan palsu oleh seorang doktor yang tidak pernah memeriksa Anwar dalam insiden mata lebam Anwar ketika dipukul Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor pada 1998.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh Saiful. – NS

Wednesday 6 March 2013

Tangan UMNO Berlumuran Darah yang tidak Berdosa

Update: saya dapat perkhabaran bahawa fighter jets kita mengebom kawasan perkubuan tentera DiRaja Sulu. Saya sudah bertanyakan hal ini dalam artikel yang terdahulu. If you bombed them out from above, they would have surrendered. atau kita bedil mereka dengan menggunakan meriam2 yang berkuasa tinggi. Mungkin tidak ada nyawa dari pihak kita yang terkorban. Tangan UMNO berlumuran dengan darah mereka yang tidak berdosa. Penceroboh tetap penceroboh. Malaysia mesti mempertahankan kedaulatan negara.

Saya dapati artikel yang ditulis oleh penulis blog Finance Twitter mengenai krisis Sulu sebagai tulisan yang baik. Maka saya memohon persetujuan beliau menterjemah tulisan nya kedalam Bahasa Melayu. Pada beberapa tempat saya membuat beberapa tambahan.

Saya ulangi sekali lagi. Kematian yang tidak perlu yang telah berlaku adalah kerana kerajaan Najib ini lembab dan mempunyai kepentingan terselindung. Yang mempolitikkan Lahad Datu ialah UMNO kerana mereka tahu mereka sudah kaput dalam PRU13. Rakyat tidak perlu befikir panjang- dalam PRU 13 nanti, mari kita singkirkan kerajaan yang rasuah dan korap ini. kita ajar mereka bagaimana mahu mengurus dan mentadbir negara. Kita akan ajar Mahathir kalau dia hidup lama lagi, kita boleh lakukan yang lebih baik dari dia. Tidak ada pihak yang akan buat lebih teruk daripada yang dilakukan oleh UMNO. Kita dah pun sampai rockbottom.

Bukan nya kali pertama Lahad Datu dan kawasan sekitar sana dicerobohi oleh kumpulan bersenjata. Maka sudah tentulah prasarana pertahanan dipertingkatkan. Macam mana boleh bolos? Atau kedatangan penceroboh dibiarkan. Kenapa tentera tidak digunakan? Mana kereta kebal kita? Mana Adnan? Mana pesawat terbang? Tentera kita tidak ada kepakaran precision bombing?

Fakta nya ialah- ini menujukkan bahawa tentera kita adalah ill-equipped. Kita ada alatan surveillance di perairan sana- mengapa tak dapat detect? Puak UMNO segera dan pantas mahu mengaitkan pencerobohan ini dengan Anwar Ibrahim untuk menutup kelemahan diri sendiri. Kelengkapan askar dan polis substandard kerana pembelian nya di orang tengahkan kepada kroni UMNO. System lintah darat ini mesti kita hapuskan. Benar- kita gantung mereka yang mengkhianati negara.

Sultan Jamalul Kiram III mengutus adik nya, Raja Muda Agbimuddin Kiram dengan suatu pasukan tentera berkota di Lahad Datu. Tujuan nya ialah untuk memberitahu dunia, bahawa Sultan Sulu menuntut kembali North Borneo atau Sabah dari Malaysia. Sultan Sulu menegaskan bahawa Sabah adalah milik kesultanan Sulu. Dia ada dokumen yang menyokong tuntutan tersebut. Saya percaya, jika kita hantar pasukan perundangan seperti yang mengetuai tuntutan batu putih oleh Singapura, kita akan kalah lagi.

Kesultanan Sulu bukanlah suatu kesultanan yang mudah untuk difahami. Selain dari Jamalul Kiram III yang mengakui dia Sultan, ada 2 orang lagi sepupu sepapat nya yang mengaku mereka adalah Sultan Sulu ke35 yang sebenarnya. Mereka ialah Fuad Kiram and Muedzul Lail Tan Kiram masing2 mengaku mereka adalah Sultan. Kesemua mereka bersatu dalam berangapan bahawa Sabah adalah milik kesultanan Sulu. Buat masa ini, Jamalul Kiram III adalah Sultan sebab dia ada sokongan dan bala tentera untuk membuktikan kedudukan nya.

Orang UMNO seperti biasalah- mengalih isiu. Ini bukan isiu rakyat memperkecilkan kapasiti VAT69. Isiu pokok nya ialah UMNO membenarkan pencerobohan ini kerana mereka incompetent. Antara 100-500 orang masuk ke Lahad Datu tanpa apa2 halangan. Kita tidak tahu berapa ramai bala tentara yang datang. Entah2 ada ribuan. Bagaimana dari tempat mendarat mereka bertebaran dan menyelinap ke tempat lain? Ada lapuran menyebutkan kaum Tausug yang diberi IC di Sabah menyertai tentera Sulu. Ada juga yang mendakwa, bala tentera Sulu mendapat juga sokongan dari Filipina rakyat Malaysia yang berjumlah ratusan ribu di Sabah.

Kenapa tindakan ketenteraan tidak diambil? Mengikut kata Dr Mahathir tindakan keras tidak diambil kerana kita tidak berperang sesama Islam. Ternyata, ini suatu pandangan afterthought yang di gunakan untuk merasionalisasikan mengapa tindakan ketenteraan tidak diambil. Mahathir berbohong dalam perkara ini. dia cuba menutup kelemahan kerajaan Najib Razak. Tindakan tentera tidak diambil bukanlah kerana penceroboh beragama Islam. Kalau itu perkiraan nya, mengapa dalam kes Ibrahim Libya, pasukan keselamatan kita diberi lampu hijau untuk membunuh? Ibrahim Libya orang islam tapi diserang dan dibunuh tanpa belas kasihan.

Sebab sebenar mengapa respons ketenteraan tidak diambil akan diketahui akhirnya. Dan sebab nya tidak lain dan tidak bukan, UMNO ada kepentingan untuk mengekalkan sokongan bangsa Filipina yang jadi warga negara Malaysia. dan mereka jadi warga negara sebahagian besar kerana Mahathir mahu mencairkan majority bukan Islam di Sabah.

Kita tidak ambil tindakan tentera, kerana kerajaan UMNO/BN takut jika berbuat demikian, sokongan daripada pengikut Sultan Sulu tidak akan menyokong UMNO dan BN. Sejak tahun 1995, suku Tausug yang menjadi natiralised citizens di Sabah membantu UMNO menguasai negeri tersebut. Bayangkan jika tindakan ketenteraan diambil, Sultan Sulu akan memerintah suku Tausig rakyat Malaysia di Sabah( yang diberikan IC oleh UMNO/BN, supaya tidak menyokong UMNO. Tanpa sokongan golongan ini, Sabah akan jatuh dan jika Sabah jatuh, UMNO akan roboh.

Seperti dalam filem komedi Mr Bean, orang2 yang lengkap bersenjata ini mengumumkan bahawa mereka datang untuk menunutut tanah Sultan Sulu keatas Sabah. mengikut lapuran tempatan, tanah sultan sulu dikatakan diambil oleh Felda. Pengambilan itu telah dicabar dalam mahkamah, dan pihak plaintif tewas dalam perbicaraan. Maka besan kepada Raja Muda Sulu, memanggil Raja Muda dan bala tentera datang ke Lahad Datu menuntut harta mereka. Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Sulu bersama dengan bala tentera nya, sekarang berkota di Lahad Datu. Salam seorang dari plaintif yang membuka pintu supaya tentara Sulu masuk ke Lahad Datu dikatakan berbesan dengan Raja Muda Agbimuddin. Dan secara kebetulan dia ketua UMNO cawangan.

Insiden ini sekarang menjadi mimpi ngeri kepada kerajaan lembab Najib dan juga Filipina.pencerobohan tersebut sudah merebak pula kekawasan Semporna dan Kunak. Respons dari pemimpin kerajaan lembab UMNO seperti biasa- semua berada dalam kawalan.





Rambo Hisham aw aw


Pencerobohan ini tidak di pandang serius pada mula nya. Hishamudin Hussein yang kurang cerdik tapi tunjuk garang itu malah buat jenaka mengatakan penceroboh orang yang tak cukup makan, tua2, pakai kain sarong dan pakai slipper. Jadi mengikut Hisham yang bodoh ini, penceroboh bukan terrorists dan tak bahaya walaupun bergelar tentera di Raja Sulu. Hishamudin tidak melapurkan kepada rakyat Malaysia, bahawa rupa2 nya, orang2 tua yang pakai kain sarong dan slipper ini lengkap dengan pelancar grenade, M16 dan lain2 senjata.


Orang2 tua yang pakai kain sarong, slipper dan tak cukup makan? kata Rambo Hisham.


Kemudian seperti yang kita leihat dalam gambar diatas, dia ingat dia dapat markah tinggi dengan berada ditempat pencerobohan meninjau dari jauh dengan pakai teropong tentera. Kemudian dia memeriksai alatan senapang tentu merasa diri dia sebagai Rambo Hisham. Menteri aw aw ini macho rupa2 nya. Tapi setelah 8 kematian dalam masa 2 hari, Hisham menjilat jenaka nya dan sekarang lidah nya kelu tidak terkata dan dia membisu seribu bahasa./Sakmongkol.blog

Sunday 3 March 2013

KALI INI MAHASISWA PULA CABAR NAJIB BERDEBAT, BERANIKAH NAJIB?

Siswa GM13 cabar PM debat di RTM

Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) yang mengumumkan untuk meletakkan calonnya bertanding di kawasan Parlimen perdana menteri di Pekan, kali ini mahu berdebat pula dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung manifesto mahasiswa untuk pilihan raya umum akan datang.

Semalam, mereka menghantar surat permohonan kepada stesen RTM semalam supaya menganjurkan debat tersebut antara perdana menteri dengan pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir.

Syis menyerahkan surat tersebut kepada Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia Mohd Nadzir Don kira-kira jam 12 tengahari semalam.

Seramai enam mahasiswa mengiringi beliau menyerahkan surat tersebut kepada Nadzir di pintu masuk Angkasapuri semalam.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Syis Abdul Kadir berkata antara intipati manifesto mereka boleh diperdebatkan adalah berkaitan dasar pengajian tinggi negara.

"Hal ini bertujuan untuk mengetahui maklum balas dari perdana menteri sendiri berhubung dengan segala isu yang telah berlaku kepada mahasiswa sebelum ini terutamanya berkenaan manifesto mahasiswa dalam menghadapi PRU-13," surat permohonan itu dipetik.

Dalam surat tersebut, mereka mencadangkan tajuk debat adalah "Barisan Nasional jadikan universiti sebagai kilang" dan mengesyorkan ia disiar secara langsung di Angkasapuri.

Syis yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (UM) berkata, pihaknya memberi tempoh sehingga 6 Mac ini kepada RTM untuk memberi keputusan.

Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM itu berkata, pihaknya juga akan menghantar salinan surat permohonan debat itu kepada Jabatan Perdana Menteri melalui emel Isnin ini.

Dalam perkembangan berkaitan, pihaknya akan melancarkan manifesto mahasiswa pada Isnin di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur jam 8.30 malam./MK