NOTIS

RADIO KOBAT FM

Thursday 27 March 2014

SETIAP CABANG PKR HENDAKLAH ADAKAH CERAMAH PENERANGAN KEMPEN REFORMASI 2.0

Menjelang Reformasi 2.0 Peringkat Negeri Pahang pada 12 April 2014 (Sabtu) jam 09.00 malam nanti, adalah diharapkan setiap Cabang PKR Pahang terlebih dahulu mengadakan program penerangan atau ceramah berkaitan Reformasi di kawasan masing-masing.


Objektifnya adalah untuk memberi penerangan kepada rakyat mengapa Reformasi 2.0 ini diadakan dan apakah matlamat reformasi ini.  Di samping itu, kempen penerangan di kawasan masing-masing adalah bertujuan untuk menarik seramai mungkin rakyat turun ke Padang Kemunting, Kuantan pada tarikh tersebut.

Ketua Cabang hendaklah menggunakan inisiatif tersendiri untuk menarik orang ramai menghadiri Reformasi 2.0 pada 12 April ini.  Sediakan risalah, hand bill, poster/banner di kawasan masing-masing untuk bersama kita bersolidariti pada hari tersebut.

Sehubungan itu, penting agar setiap Cabang mengadakan program ceramah mereka sebelum tarikh 12 April ini. 

Friday 21 March 2014

ERA REFORMASI MUNCUL KEMBALI, AYUH MALAM INI DI KAJANG

Waktu rehat dari keletihan yang diharungi dalam usaha menyelamatkan negara ini melalui Pilihan Raya Umum ke-13 pada tanggal 5 Mei tahun lalu telah sampai ke penghujungnya. Kini sudah tiba masanya rakyat Malaysia bersedia untuk aksi lebih besar.


Belum pun masuk setahun kemenangan Barisan Nasional dengan penuh penipuan pada PRU 13, mereka menunjukkan taring dengan menghukum bukan sahaja pemimpin politik lawannya, malah rakyat jelata turut menjadi mangsa kezaliman. Satu persatu pemimpin dan pejuang rakyat dalam rangka disumbat ke penjara, dalam masa sama juga satu persatu janji ‘Rakyat Didahulukan’ dicemari tanpa ehsan.

Justeru itu, ayuh kita tamatkan segera onar penderitaan rakyat dengan bersama melancarkan satu fasa gagasan perjuangan yang diperbaharui – #RakyatBangkit Reformasi 2.0 “Kembalikan Keadilan – Hentikan Kezaliman”.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai tuan rumah aksi kali ini menyeru kehadiran orang ramai pada malam ini, 21 Mac 2014 jam 8.30 malam di Stadium Kajang dalam aksi Pelancaran Jelajah #RakyatBangkit Reformasi 2.0. Ia sebuah himpunan permulaan, hadirlah dengan tema hitam sebagai lambang perlawanan, ini masanya rakyat menunjukkan kekuatan.

Penjelasan mengenai kecurangan sistem kehakiman dalam pengendalian rayuan kes Fitnah II ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes hasutan Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh akan dibarisi oleh Anwar dan Karpal sendiri selain Mat Sabu, Tian Chua, Anthony Loke, Dr Hatta Ramli, Chegu Bard dan Rafizi Ramli.

 
 
SAMM menggesa semua pihak bersatu, kerana rakyat yang bersatu tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana regim sekalipun. SAMM menjemput semua pihak bersama menjayakan hari besar titik mula perlawanan baru ini.

Siri himpunan #RakyatBangkit Reformasi 2.0 akan menjelajah ke seluruh negara sebelum hari kemuncaknya – bersama himpunan gergasi 1 Mei di medan jalan raya.

Kehadiran awal di sebelah petang amatlah digalakkan bagi memeriahkan program sebelumnya iaitu “Bersama Srikandi Masa Depan Negara” yang bermula jam 5 petang. Turut bersama dalam program 5 petang ialah YB Nurul Izzah Anwar, YB Rodziah Ismail, YB Kashturi Pato, YB Elizabeth Wong, Aishah, Aiman Athirah, Cikgu Mala, YB Fuziah Salleh, YB Dr Siti Mariah dan YB Hannah Yeoh.

Badrul Hisham Shaharin atau Che’GuBard
Pengasas SAMM

Monday 10 March 2014

WAN AZIZAH TETAP BUAT UMNO/BN TERTEKAN DI KAJANG

Akhirnya DS Wan Azizah terpilih menggantikan suaminya DS Anwar Ibrahim di PRK Dun Kajang.  Satu kejutan juga kerana ramai yang tidak meramalkan sedemikian, ramai yang menyebut bahawa kemungkinan besar terpilih adalah YB Rafizi atau Sdr Saifuddin Nasution dipilih untuk bertanding di situ.


Keputusan pimpinan PR meletakkan DS Wan Azizah bertanding di situ merupakan satu lagi kejutan yang tidak akan menyenangkan Umno/Bn.  Di dalam keadaan rejim berdepan dengan tekanan persoalan rakyat tentang misteri kehilangan Pesawat MAS MH 370 dan misteri Passport palsu, mereka sebenarnya lebih tertekan dengan agenda "Kajang Move" yang bakal memusnahkan riwayat Umno/Bn di dalam PRU 14 nanti.

Apa pun ada hikmahnya tragedi malang pesawat MAS yang 'ghaib' itu.  Kejadian itu mengajar rejim erti peranan kerajaan menjaga soal keselamatan negara dan rakyatnya yang sering PR tegur dan kritik.  Hikmahnya juga, isu Liwat II yang difitnahkan ke atas DS Anwar Ibrahim tidak dapat mereka lagu-lagukan melalui media haprak mereka.  Media kini sibuk dengan laporan tragedi malang yang berlaku tersebut.

Selaku pengamal politik dan rakyat Malaysia, saya menyeru semua agar kita mendoakan keselamatan kesemua mangsa yang terlibat agar mereka dilindungi Allah Subhanahu Wataala. 

Wednesday 5 March 2014

TAK HABIS DENGKINYA HASSAN JATI PADA ANWAR

Menjelang PRK Dun Kajang, muncul kembali pencacai yang tidak asing lagi iaitu Hassan Jati.  Mungkin kantung sudah kering, wang upahan sewaktu bekerja menjadi pencacai di dalam PRU 13 yang lalu sudah habis.  Maka, ini lah peluang yang tidak akan dilepaskan oleh Hassan Jati.

Seperti biasa, Anwar adalah sasarannya.  Siapa tidak tahu, Hassan Jati ini teramat dengkinya kepada Anwar awal dulu lagi.  Kita masih ingat, sewaktu hari keputusan Kes Liwat II di Mahkamah Jalan Duta dulu, Hassan Jati ketika itu masih di dalam PAS menghasut penyokong-penyokong PAS agar jangan hadir ke mahkamah pada hari tersebut kerana ini kes peribadi, katanya.

Punca Hassan Jati ini dengki kepada Anwar adalah kerana beliau ingin dilihat lebih hebat dari Anwar pada pandangan orang-orang PAS.  Malangnya, ramai yang kenal Hassan Jati bukan seorang tokoh hebat selain dari Pakar Motivasi yang dulunya hanya cari makan melalui Program "Summer camp" nya sahaja.  Nama beliau popular seketika kerana menjadi Host Program Forum Perdana di RTM dulu, itu saja.  Hebat dari segi pentadbiran atau politik, tiada apa yang hebatnya.

Hassan Jati dendam lama dengan Anwar.  Pada beliau, Anwar adalah orang yang selalu menenggelamkan namanya di persada politik tanahair.  Beliau cuba untuk menonjolkan diri dengan melakukan kerja-kerja bodoh seperti serbu Gereja.  Kononnya untuk mencipta nama sebagai pejuang Islam.  Akhirnya beliau dipecat kerana sikapnya yang ego dan bongkak itu.  Berapa ekor yang ikut Hassan Jati setelah dipecat?

Sebab itulah, di PRK Dun Kajang ini, Hassan Jati cuba untuk mencacai semula.  Beliau tidak akan berani masuk bertanding di dalam Pilihanraya termasuk sewaktu Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu kerana beliau tahu beliau akan mendapat malu besar jika bertanding.  Contohnya boleh dilihat kepada Zul Kulim rakan sekelambunya sekarang.  Zul Kulim ghuyub dengan amat memalukan di Shah Alam, itu pun terpaksa guna logo Bn waktu itu.  Jika tidak. kompom Zul Kulum hilang deposit.

Kali ini Hassan Jati bawa modal 'Dajjal' pula untuk burukkan imej Anwar di Kajang.  Jangan pelik kerana kita pun kenal "Dajjal" sebenar adalah Hassan Jati sendiri.  Sebab itu lah memang layak orang seperti beliau dan Zul Kulum ini disepak keluar dari Jemaah.


Sunday 2 March 2014

AL FATIHAH - MANTAN AJK PAS CAWANGAN KG SRI FAJAR MENINGGAL DUNIA SEBENTAR TADI

Dukacita berita diterima bahawa mantan AJK PAS Cawangan dikenali sebagai Pak Lah di Sri Fajar, Gambang telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.  Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada esok pagi (3/3/2014)  di kediamannya di Kg Sri Fajar, Batu 16, Gambang, Kuantan.
 
Takziah diucapkan kepada keluarga dan waris Allahyarham semoga tabah dengan ujian ini.  Marilah bersama kita doakan agar Roh Allahyarham mendapat kerahmatan dari Allah SWT serta ditempatkan bersama orang-orang yang Soleh.  

AL FATIHAH.
 

Saturday 1 March 2014

PEMILIHAN PKR - CABANG PAYA BESAR CUBA ATUR MUAFAKAT

Sempena Pemilihan Cabang PKR tidak beberapa lama lagi, sudah tentunya terdapat beberapa pertandingan merebut jawatan di dalam parti.  Fokus kepada Cabang Paya Besar, ramalan awal menjangkakan akan ada pertandingan di peringkat tertinggi iaitu Ketua Cabang dan Timbalan.  Naib Ketua sukar diramalkan.

Mengalu-alukan proses demokrasi, maka sudah tentu pertandingan kali ini diharapkan berjalan dengan baik dan apa jua keputusan mestilah menunjukkan Cabang Paya Besar telah bersedia untuk lebih aktif berbanding sebelumnya.  Namun demikian, sekiranya ada muafakat adalah lebih baik pertandingan cuba dielakkan.  Kita tidak percaya bahawa setiap pertandingan mesti akan membawa perpecahan parti kerana tidak semuanya begitu.  Semuanya bergantung kepada keikhlasan setiap iundividu di dalam parti.  Tetapi, lebih diyakini bahawa muafakat secara baik itu lebih bermakna dan memberi kesan yang lebih baik dari adanya pertandingan.  

Muafakat secara jujur bukan bererti menolak amalan demokrasi.  Menolak amalan demokrasi itu adalah seperti kita mencegah atau melarang seseorang itu daripada menawarkan diri.  Tetapi jika adanya muafakat yang dipersetujui bersama, itu juga satu amalan demokrasi yang baik.  Demokrasi bukan bermakna pertandingan, demokrasi juga bermakna menghormati suara termasuk suara yang ingin mengadakan muafakat bersama.

Sehubungan itu, di Cabang Paya Besar sikap untuk bermuafakat ini amat-amat dialukan.  Seandainya muafakat ini ditolak, maka pilihan seterusnya iaitu mengadakan pertandingan hendaklah diteruskan agar demokrasi itu tetap hidup di dalam PKR.  Apa yang penting, bertanding secara sihat dan terima keputusan dengan positif.