NOTIS

RADIO KOBAT FM

Friday 30 May 2014

MATC/PEMILIHAN DUA CABANG DI PAHANG BERMULA ESOK (31/5/2014)

Sebagaimana yang diarahkan oleh JPP, Cabang Paya Besar dan Jerantut akan mengadakan MATC/Pemilihan pada esok, Sabtu (31/5/2014) setelah beberapa kali ditangguhkan.
 
MATC bagi Cabang-Cabang ini akan bermula mulai jam 09.00 pagi dan pemilihan/pengundian akan dibuat pada jam 10.00 pagi sejurus tamat MATC. Semua ahli diminta hadir seawal jam 08.00 pagi untuk urusan pendaftaran/semakan keahlian.  Lokasi untuk MATC/Pemilihan tidak berubah mengikut lokasi terakhir yang ditetapkan oleh JPP iaitu bagi Paya Besar akan diadakan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Indera Mahkota, di Indera Mahkota, Kuantan (berhampiran Mc D) di IM 1/8.  Bagi Cabang Jerantut pula akan diadakan di Restoren Ariff, No. 19 Bandar Inderapura, Jln Maran, Jerantut.  Semua ahli diminta mendapatkan maklumat terkini tentang MATC/Pemilihan tersebut di Pejabat/Markas Cabang masing-masing atau berhubung terus dengan KC atau SU Cabang.

Untuk makluman, segala urusan MATC adalah dibawah kuasa PKR Pusat dan PKR Negeri bertanggungjawab di dalam aspek pentadbiran dan perjalanan MATC. Berbeza dengan Pemilihan/Pengundian, semuanya adalah di bawah tanggungjawab JPP (Jabatan Pilihanraya Pusat) dan PKR Negeri tidak boleh mencampuri urusan pemilihan melainkan sekiranya diperlukan oleh JPP bagi membantu di dalam urusan tenaga kerja atau persiapan tempat pemilihan. 
 
Semua ahli diminta hadir bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing.  /pkrnegeripahang.blogspot

Friday 23 May 2014

MOHON SOKONGAN BUAT CALON PAHANG FUZIAH SALLEH KEKAL NAIB PRESIDEN

Lebih kurang 90% pemilihan di semua Cabang seluruh Malaysia telah diadakan bagi menentukan pimpinan di Pusat.  Setakat ini persaingan masih tertumpu di jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden di mana Azmin masih mendahului di hadapan, keduanya Tan Sri Khalid dan Saifuddin Nasution.  

Bagi Naib pula, teratas adalah Nurul Izzah. Harapan Pahang adalah untuk mengekalkan Fuziah Salleh yang kini masih belum berada di kedudukan 4 tempat teratas jawatan tersebut.  Ada beberapa Cabang lagi akan mengadakan pemilihan bermula 31 Mei nanti sehingga Jun.  Di Pahang, Cabang Paya Besar dan Jerantut mungkin akan diadakan pada 31 Mei ini.

Peluang buat Fuziah Salleh masih ada dan Pahang tentunya mengharapkan dua Cabang dari Paya Besar dan Jerantut akan memberikan undi solid buat MP Kuantan ini.  Begitu juga dengan jawatan di dalam MPP dan Exco AMK di mana ada calon dari Pahang bertanding.  Tentunya kita dari Pahang akan menentukan undi buat mereka.  

Namun demikian, kami dari Pahang tetap mahu ahli-ahli dari luar untuk menyokong calon-calon dari Pahang terutamanya Fuziah Salleh.  Wanita ini perlu dikekalkan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana beliau telah membuktikan kewibawaannya selama ini.


Saturday 17 May 2014

MATC/PEMILIHAN CABANG PAYA BESAR BATAL HARI INI (17 MEI 2014)

Akhirnya MATC dan Pemilihan ditunda lagi.  Sepatutnya hari ini (17 Mei 2014) MATC/pemilihan bagi Cabang Paya Besar akan diadakan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Indera Mahkota, Kuantan.  Pihak JPP telah mengarahkan semua Cabang yang ditunda tarikh pada 17 Mei 2014 dibatalkan dan tarikh baru akan diberitahu kemudian.

Alasan pembatalan dibuat adalah untuk JPP memperkemaskan lagi proses pemilihan memandangkan terlalu banyak aduan telah diterima oleh pihak JPP berkaitan kelemahan proses pemilihan.  Sehubungan itu, JPP telah membatalkan tarikh pada 17 Mei 2014.

Apa pun, pihak Cabang Paya Besar mesti bersiap sedia agar MATC dan pemilihan dapat dijalankan dengan lebih licin dan teratur.

Wednesday 7 May 2014

TUNDA LAGI, MATC/PEMILIHAN CABANG PAYA BESAR PADA 17 MEI INI

Di Pahang, MATC dan pemilihan di semua Cabang kebanyakannya berjalan lancar dan teratur tanpa menimbulkan kekecuhan atau huru-hara seperti di beberapa negeri.  Hanya terdapat dua Cabang sahaja yang perlu diadakan MATC/Pemilihan pada 17 Mei ini atas beberapa sebab teknikal sepertimana yang telah diumumkan oleh JPP.
Cabang-Cabang berkenaan adalah Cabang Jerantut dan Paya Besar.  MATC/Pemilihan bagi Cabang-Cabang ini akan bermula mulai jam 09.00 pagi dan pemilihan/pengundian akan dibuat pada jam 10.00 pagi sejurus tamat MATC.  Lokasi untuk MATC/Pemilihan tidak berubah mengikut lokasi terakhir yang ditetapkan oleh JPP.
Untuk makluman, segala urusan MATC adalah dibawah kuasa PKR Pusat dan PKR Negeri bertanggungjawab di dalam aspek pentadbiran dan perjalanan MATC.  Berbeza dengan Pemilihan/Pengundian, semuanya adalah di bawah tanggungjawab JPP (Jabatan Pilihanraya Pusat) dan PKR Negeri tidak boleh mencampuri urusan pemilihan melainkan sekiranya diperlukan oleh JPP bagi membantu di dalam urusan tenaga kerja atau persiapan tempat pemilihan.  
Sehubungan itu, adalah tidak benar jika ada dakwaan bahawa PKR Negeri boleh mengatur lokasi atau menentukan siapakah calon yang bertanding atau tidak layak bertanding.  Kuasa menentukan kelayakan seseorang calon adalah kuasa mutlak JPP.  Sekiranya terdapat sebarang bantahan terhadap prosedur pemilihan mahu pun kelayakan calon, maka JPP telah menyediakan borang bantahan untuk dikemukakan kepada JPP.  Kita penuh yakin JPP akan meneliti setiap aduan dengan adil berpandukan tatacara dan undang-undang serta Perlembagaan Parti yang sedia ada sebelum memutuskan tindakan terhadap setiap aduan.
PKR Negeri berharap agar MATC/Pemilihan bagi kedua-dua Cabang ini akan dapat berjalan dengan baik dan lancar.  Jangan timbulkan kekecuhan sekiranya merasa tidak puas hati terhadap apa jua sewaktu pengundian.  Gunakan saluran yang sedia ada bagi menyuarakan bantahan dan ketidak puasan hati.  Harus diingat, JPP sahaja yang akan mengesahkan sesiapa yang menang dan terpilih, manakala jumlah undian yang diperolehi oleh seseorang calon belum boleh disahkan sebagai pemenang sebelum disahkan oleh JPP.  Ini adalah bagi membolehkan JPP menyiasat sebarang aduan (jika ada) sebelum mengesahkan keputusan.
 
Sumber:  Blog PKR Pahang

Monday 5 May 2014

MATC/PEMILIHAN CABANG PAYA BESAR BERTUKAR LAGI?

Ditukar lagi.  Itulah yang berlaku apabila JPP cuba berlaku seadil mungkin bagi menjayakan MATC Cabang Paya Besar yang telah ditunda kepada 10 Mei ini.  Ini semua kerana beberapa lokasi saling mendapat bantahan sehinggakan cadangan untuk diadakan di Pejabat Ranting PKR Taman Tas, di dalam Cabang Paya Besar pun dibantah.  

Sewajarnya MATC diadakan di pejabat parti tidak kira di mana asalkan di dalam kawasan Paya Besar.  Contohnya, MATC dan pemilihan di Cabang Indera Mahkota telah diadakan di Pusat Khidmat Adun Semambu, sedangkan Adun berkenaan juga bertanding sebagai Ketua Cabang.  Tiada bantahan pun dari lawannya.  Begitu juga MATC dan pemilihan di Cabang Kuantan telah diadakan di Pejabat MP Kuantan, sedangkan MP Kuantan YB Fuziah Salleh juga bertanding.  Tiada bantahan pun dari lawannya.  Ertinya mereka matang di dalam politik.

Berbeza dengan Cabang Paya Besar.  Akhirnya, terbaru pihak JPP memutuskan MATC dan pemilihan bagi Cabang Paya Besar akan diadakan di luar kawasan Paya Besar iaitu di Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota, Kuantan.  Pelik juga dan sedikit sebanyak memalukan Cabang Paya Besar seolah-olah kita tidak mempunyai alternatif lain.  

Apa pun keputusan telah dibuat.  Perebutan Ketua Cabang Paya Besar menyaksikan pertandingan dua penjuru iaitu melibatkan Sdr Kamarzaman (SU PKR Negeri) dan Sdr Jefri Jaafar, mantan calon Dun Lepar di dalam PRU 13 yang lalu.  Diharapkan petandingan ini akan berlangsung dengan penuh etika dan adab kesopanan serta penuh semangat setiakawan.