NOTIS

RADIO KOBAT FM

Friday 30 May 2014

MATC/PEMILIHAN DUA CABANG DI PAHANG BERMULA ESOK (31/5/2014)

Sebagaimana yang diarahkan oleh JPP, Cabang Paya Besar dan Jerantut akan mengadakan MATC/Pemilihan pada esok, Sabtu (31/5/2014) setelah beberapa kali ditangguhkan.
 
MATC bagi Cabang-Cabang ini akan bermula mulai jam 09.00 pagi dan pemilihan/pengundian akan dibuat pada jam 10.00 pagi sejurus tamat MATC. Semua ahli diminta hadir seawal jam 08.00 pagi untuk urusan pendaftaran/semakan keahlian.  Lokasi untuk MATC/Pemilihan tidak berubah mengikut lokasi terakhir yang ditetapkan oleh JPP iaitu bagi Paya Besar akan diadakan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Indera Mahkota, di Indera Mahkota, Kuantan (berhampiran Mc D) di IM 1/8.  Bagi Cabang Jerantut pula akan diadakan di Restoren Ariff, No. 19 Bandar Inderapura, Jln Maran, Jerantut.  Semua ahli diminta mendapatkan maklumat terkini tentang MATC/Pemilihan tersebut di Pejabat/Markas Cabang masing-masing atau berhubung terus dengan KC atau SU Cabang.

Untuk makluman, segala urusan MATC adalah dibawah kuasa PKR Pusat dan PKR Negeri bertanggungjawab di dalam aspek pentadbiran dan perjalanan MATC. Berbeza dengan Pemilihan/Pengundian, semuanya adalah di bawah tanggungjawab JPP (Jabatan Pilihanraya Pusat) dan PKR Negeri tidak boleh mencampuri urusan pemilihan melainkan sekiranya diperlukan oleh JPP bagi membantu di dalam urusan tenaga kerja atau persiapan tempat pemilihan. 
 
Semua ahli diminta hadir bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing.  /pkrnegeripahang.blogspot

No comments:

Post a Comment