NOTIS

RADIO KOBAT FM

Thursday 18 December 2014

MEMANTAU SITUASI BANJIR DI SG LEMBING, KUANTAN

Dua tiga hari yang lalu, hujan telah mula turun tanpa henti di sekitar Kuantan termasuk juga di kawasan Paya Besar.  Beberapa kawasan di Indera Mahkota dan Kuantan telah mula dinaiki air, begitu juga di kawasan Sg Lembing dan Panching.  Namun demikian, setakat hari ini keadaan masih terkawal namun perlu berhati-hati dan bersiapsiaga sepanjang masa.

Pagi semalam (Rabu-17/12/14) saya selaku Ketua Cabang Paya Besar dan juga Setiausaha KEADILAN Negeri Pahang bersama beberapa ahli dari MPN Pahang telah melawat untuk memantau situasi banjir di sekitar Sg Lembing, Kuantan.  Turut bersama adalah KC Maran, Sdr Bostamin, KC Rompin Sdr Rabidin, Penyelaras KOBAT/Biro Komunikasi KEADILAN Pahang Sdr Wan Fauzudin, dan SUK KEADILAN Pahang, Sdr Adnan.

Kami sempat bertanyakan keadaan semasa penduduk di sekitar kawasan tersebut di samping sempat meninjau Pejabat Ranting KEADILAN Sg Lembing bagi mendengar sendiri sebarang permasalahan yang timbul dan persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Sehubungan itu, saya berharap agar semua penduduk di Sg Lembing khususnya sentiasa berwaspada sebilang masa sepanjang musim tengkujuh ini.  Sebarang keperluan dan masalah, sila berhubung dengan Ketua Ranting KEADILAN Sg Lembing atau menghubungi saya sendiri untuk tindakan yang perlu diambil.



 

Saturday 13 December 2014

ANWAR GEGAR KUANTAN MALAM INI !!

SELAMAT DATANG kami warga Pahang ucapkan kepada tokoh reformasi, Sdr Anwar Ibrahim dan rombongan dari pimpinan KEADILAN Pusat ke bumu Pahang malam ini.

Program bermula petang ini mulai jam 3.00 petang, perjumpaan tertutup pimpinan KEADILAN di kawasan Pantai Timur bersama Sdr Anwar Ibrahim di Pusat Khidmat Adun Semambu, Jln Hj Ahmad, Kuantan.

Bermula jam 08.30, program ceramah bermula di Dataran Rakyat, tapak bekas Ibu Pejabat KEADILAN Pahang, berhadapan Poliklinik Beserah, Kuantan.  Beberapa tokoh hebat akan tampil bersama Sdr Anwasr Ibrahim.

Mohon hebahkan dan datanglah beramai-ramai.

Monday 1 December 2014

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengakui secara terbuka partinya mengupah bloggers.

Pengakuan Datuk Seri Najib Razak blogger pro Umno didanai akan melemahkan jentera atas talian parti itu, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, pertama kali seorang pemimpin Umno mengakui secara terbuka mereka mengupah bloggers untuk menulis bagi pihak mereka.

“Pendedahan dan herdikan Najib itu akan melemahkan lagi perang saraf Umno di alam siber.

"Tanpa pendedahan dan kecaman itu pun keberkesanan blogger Umno sudah dipersoalkan,” kata Kadir menerusi kiriman terbaru di blognya kadirjasin.blogspot.com hari ini. Semalam, Najib menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.

Katanya, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.

“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa menggulung ucapan di Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kadir berkata ungkapan bangang yang digunakan Najib kepada blogger Umno semalam adalah keterlaluan, kesat, kasar serta tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin.

“Pusat Rujukan Bahasa Melayu DBP mentakrifkan bangang sebagai bodoh, dungu, tongong dan bahlul. Teruk sungguh.

“Kesian juga saya kalau selepas ini ada blogger Umno yang tertiarap periuk nasinya akibat herdikan Najib itu,” katanya menerusi kiriman yang bertajuk “Mohd Najib kecam blogger upahan Umno”.

Menurut Kadir, sebelum Najib, sudah ada beberapa pemimpin Umno yang menggelar blogger dengan gelaran yang buruk.

"(Tan Sri) Zainudin Maidin (kini seorang blogger) ketika menjadi menteri penerangan melabelkan blogger 'goblok'.

"Khairy Jamaluddin menanggil mereka 'beruk' dan (Datuk Seri) Shaziman Abu Mansor, waktu menjadi timbalan menteri tenaga, komunikasi dan air, menyifatkan sesetengah blogger dan pengulas blog sebagai penembak curi," katanya.