NOTIS

RADIO KOBAT FM

Monday 20 January 2014

PENYOKONG PR SEBABKAN HARGA BARANG NAIK?

Kenyataan yang dibuat DS Tengku Adnan semalam yang menyelar ‘orang tengah’ yang kononnya cuba menimbulkan kebencian terhadap kerajaan BN adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan amat dikesali, lebih-lebih lagi apabila Menteri membuat andaian bahawa pihak yang menaikkan harga adalah terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat.

Kenyataan Menteri ini adalah cubaan untuk mengalih pandangan umum daripada isu sebenar, bahawa kenaikan harga barang timbul daripada kegagalan dasar pentadbiran DS Najib Razak untuk menangani kenaikan inflasi yang mendadak. Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim telah mengingatkan rakyat dalam kenyataan beliau tempoh hari bahawa kadar inflasi di Malaysia telah meningkat dari 1.2% pada Disember 2012 ke 2.9% pada November 2013, iaitu peningkatan 2.4 kali ganda.

Ku Nan dan kerajaan UMNO-BN perlu menghentikan retorik yang tidak berasas seperti ini dan sebaliknya berusaha untuk mengetengahkan idea-idea dan dasar-dasar yang dapat menangani isu inflasi dengan efektif. Harga petrol patut diturunkan, monopoli gula yang dipegang Syed Mokhtar perlu dipecahkan, dan pelbagai kenaikan yang dicadangkan seperti kadar tol, tarif elektrik, dan cukai GST wajib ditarikbalik. Sekurang-kurangnya kerajaan UMNO-BN wajib menangani ketirisan dan rasuah yang mengakibatkan berbilion ringgit wang Rakyat lesap begitu sahaja, seperti yang dilaporkan saban tahun dalam Laporan Ketua Audit Negara./KD

Friday 17 January 2014

JANGAN SEBAB 'KANGKUNG' IMEJ PDRM TERCEMAR


Amat memalukan jika benar apa yang dinyatakan di dalam Twitter Sdr Fariz Musa ini.  Tidak terfikir oleh kita bagaimana sejauh itu pihak Polis bertindak, dan saya harap ianya tidak benar.

Di dalam keadaan kadar jenayah di negara ini semakin membimbangkan, menyiasat isu 'kangkung' adalah satu tindakan yang amat memalukan, lucu dan paling sedih sekali boleh menjatuhkan imej PDRM sendiri.  Kita tidak kisah imej Menteri Dalam Negeri yang menjaga Polis itu tercemar kerana dia orang politik dan nama dia pun sudah lama tercemar dengan isu himpunan aman dan yang terbaru dulu kisah tuduhan Syiah terhadap Mat Sabu.  Kesemua itu benar-benar menjatuhkan imej Zahid Hamidi.

Kini, isu "kangkung' pula menjadi isu besar yang diletakkan beban ke atas Polis.  Apakah "kangkung' sejenis tanaman atau sayuran yang sama seperti ketum atau ganja?  Apakah melagukan kebanggaan Najib tentang turunnya harga kangkung satu jenayah besar?  Bukankah lagu itu boleh membantu menaikkan imej Najib sebagai satu-satunya PM yang berjaya menurunkan harga kangkung?

Usahlah pihak Polis melayani perangai kebudak-budakan orang politik seperti ini.  Banyak lagi tugas Polis yang lebih penting yang dibayar gajinya oleh rakyat untuk berkhidmat secara profesional.  Jangan sampai nanti rakyat hilang hormat kepada pihak Polis angkara tangan-tangan jahat orang politik ini.

Wednesday 8 January 2014

MENZIARAHI KETUA CABANG ROMPIN DI HTAA

Wak Rabidin Kasmawi - Ketua Cabang Rompin
 
Sempat bergambar bersama Sdr Wak Rabidin
 
Sdr Razali Alias, Ketua Penerangan PKR Pahang juga turut menziarahi
Sdra Wak Rabidin b Kasmawi - Ketua Cabang Rompin telah dimasukan ke Hospital pada 6/1/2014 (Isnin) kerana sakit Batu Karang, beliau dijangka menjalani pembedahan pada 8/1/2014 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Rakan-rakan yang berhasrat ziarah bolehlah ke HTAA tingkat 4.

Sdr Hatta bersama Sdr Wak Rabidin di HTAA

Thursday 2 January 2014

HIMPUNAN DI DATARAN MERDEKA BUKAN YANG TERAKHIR



Amat berjaya.  Itulah yang boleh saya simpulkan dengan himpunan di Dataran Merdeka malam kelmarin (31 Disember 2013).  Kehadiran lebih dari 10 Ribu orang yang TURUN untuk membantah kenaikan harga barang, Tol, Letrik, tambang pengangkutan awam dan banyak lagi menjelang Tahun 2014 walaupun tiada promosi besar-besaran, kehadiran amat membanggakan.

Bersama Adun Semambu, YB Lee Chean Chung di Dataran Merdeka


Tahun 2014 pastinya akan meresahkan kerajaan yang sekarang ini amat terdesak untuk mendapatkan wang setelah mereka menghabiskan wang rakyat dengan berbagai program yang tidak berfaedah di samping sikap berpoya-poya pemimpin mereka.

Bersama rakan-rakan termasuk Ketua Cabang Maran, Sdr Boestamin (Berdiri tengah)


Disaat rakyat disajikan dengan konsert tahun baru yang dikatakan memakan belanja lebih kurang RM15 Juta, PM dan isterinya dikatakan bercuti ke luar negara.  Begitulah malangnya nasib rakyat di negara ini, terpaksa berhimpun untuk meluahkan rasa walaupun terpaksa berdepan dengan berbagai ugutan. Tentunya himpunan malam kelmarin bukan himpunan rakyat yang terakhir.....

Bersama orang kuat PKR Cabang Paya Besar