NOTIS

RADIO KOBAT FM

Thursday 25 April 2013

SELAMAT DATANG DATO' SERI ANWAR KE LEPAR HILIR 1 PETANG INI (25/4/13)


25 April 2013 (Khamis)

1) 3.00 ptg – Medan Selera Kg Baru, Bentong

2)    4.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi:  Jln Saga 8, Taman Saga, Mentakab

3)    5.30 ptg – Sepetang  Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi : Tapak Pekan Sari, Felda Lepar Hilir 1

4)    9.00 mlm – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Felda Cini 1

5)    11.00 mlm– Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Simpang Kepayang, Bera

Friday 19 April 2013

TAHNIAH KEPADA CALON DUN LEPAR, PERKUATKAN JENTERA, RAPATKAN SAF

TAHNIAH diucapkan kepada Sdr Jefri Jaafar yang telah terpilih untuk mewakili KEADILAN di Dun Lepar di dalam PRU 13 pada 05 Mei ini nanti.  

Teka-teki selama ini telah terjawab dan kita semua perlu bersedia untuk 'berperang' di medan bersama-sama untuk menumbangkan rejim Umno/Bn.  Sekali lagi diulangi bahawa Dun Lepar khususnya dan Parlimen Paya Besar, amnya tidak mustahil untuk kita tawan.  Kuncinya hanyalah bersatu hati, lupakan persengketaan, rapatkan saf dan berjuanglah dengan ikhlas kerana Allah pasti membalasnya.

Kepada calon yang terpilih, teruskan usaha yang telah kita jalankan bersama dan perkuatkan lagi jentera kita.  Mudah-mudahan Allah memberikan kemenangan buat kita bersama untuk kita menawan Pahang seterusnya ke Putrajaya.  Selamat Berjuang !!
 


Thursday 18 April 2013

CALON KEADILAN DUN LEPAR BAKAL DIUMUMKAN HARI INI?

Siapakah calon dari KEADILAN yang bakal bertanding di Dun Lepar di dalam PRU 13 yang akan diadakan pada 05 Mei ini?  Dun Lepar adalah salah satu Dun di dalam Parlimen Paya Besar yang merupakan satu kawasan yang bukan mudah untuk ditawan oleh PR, namun ianya tidak mustahil untuk dilakukan memandangkan sokongan rakyat terutamanya di kawasan-kawasan felda di sini amat membanggakan sekali.

Difahamkan seawal-awalnya hari ini atau selewat-lewatnya esok, nama-nama calon KEADILAN di seluruh Negeri Pahang akan diumumkan.  Kelewatan mengumumkan nama-nama calon khususnya di Kerusi Dun seluruh Negeri Pahang oleh KEADILAN adalah kerana terlalu berhati-hatinya pimpinan di semua peringkat bagi memilih calon yang terbaik dari yang baik-baik kesemuanya.

Dun Lepar sentiasa bersikap terbuka menerima mana-mana calon yang diputuskan oleh pimpinan kerana kita mesti fokus untuk menumbangkan rejim yang zalim, rasuah dan khianat kepada ugama, bangsa dan negara ini.  Alhamdulillah, setakat ini pengundi-pengundi di Dun Lepar telah bersedia untuk melakukan perubahan dan mereka tidak lagi memikirkan siapakah calon yang akan mewakili mereka asalkan calon itu lebih baik dari Wakil Rakyat Umno/Bn.

Tuesday 16 April 2013

MARKAS GERAKAN DUN LEPAR MULA BEROPERASI

Pada 14 April 2013 (Ahad) jam 11.00 pagi baru-baru ini KEADILAN telah mengadakan Perasmian Markas Gerakan Dun Lepar bertempat di Lepar Hilir 1.  Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Calon KEADILAN Parlimen Paya Besar, Sdri Cik Murnie Hidayah Anuar.



Alhamdulillah, sambutan masyarakat setempat amat membanggakan di mana KEADILAN Dun Lepar serta Parlimen Paya Besar telah menyediakan jamuan makan tengahari kepada yang hadir.  Terima kasih kepada semua ahli, para penyokong dan jentera Paya Besar/Dun Lepar yang telah memberikan komitmen yang tinggi bagi menjayakan program tersebut.



Kami yakin, Dun Lepar kali ini bakal ditawan oleh PR memandangkan sambutan masyarakat di sini yang semakin kuat terhadap PR.  Hasil kerjasama semua pihak termasuk dari rakan PAS di Paya Besar dan Lepar telah membantu PR meningkatkan sokongan rakyat kepada PR.


Sunday 14 April 2013

PERASMIAN MARKAS GERAKAN DUN LEPAR DI FELDA LEPAR HILIR 1 PADA 15 APRIL INI

Pada 15 April 2013 (Isnin), orang ramai khususnya yang berada di kawasan Parlimen Paya Besar dan Dun Lepar dijemput untuk hadir di dalam Majlis Perasmian Markas Gerakan Dun Lepar bertempat di Felda Lepar Hilir 1 mulai jam 11.00 pagi.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa pimpinan PR termasuk calon KEADILAN di Parlimen Paya Besar iaitu Saudari Cik Murnie Hidayah Anuar.  Jamuan makan tengahari juga turut disediakan pada hari perasmian tersebut.

Sehubungan itu, Penyelaras Dun Lepar Sdr Kamarzaman bin Mohamed Yunus sukacitanya menjemput anda semua ke program tersebut.  Mohon sampaikan jemputan ini kepada ahli keluarga serta rakan-rakan anda yang mempunyai kelapangan untuk hadir.

Friday 12 April 2013

PR BOLEH DAPAT 2/3 MAJORITI DI PARLIMEN MENURUT SATU KAJIAN

Kajian sebut Pakatan boleh menang 215 kerusi Parlimen – Khalid

CHERAS 11 APRIL: Calon Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan satu kajian menunjukkan Pakatan Rakyat bakal memenangi 215 kerusi Parlimen termasuk Sabah dan Sarawak pada PRU 13.

“Petang tadi (semalam), saya terima emel daripada beberapa rakan saya yang membuat tinjauan (survey) secara teliti.

“Mereka merupakan kumpulan universiti yang membuat kajian dan tiada kepentingan dalam politik, termasuk Sabah dan Sarawak.

 
 
“Mereka kata jika strategi Pakatan seperti yang ada sekarang, kita sekurang-kurangnya akan memenangi 215 kerusi Parlimen,” katanya disambut sorakan gemuruh.

Pendedahan itu dibuat depan lebih 5,000 orang dalam ceramah di padang bola di Jalan Jujur, Bandar Tun Razak 10 April lalu.

Ada 222 kerusi Parlimen di Malaysia dan kajian itu – jika benar – menunjukkan Pakatan memiliki majoriti dua pertiga, sekaligus membentuk sebuah kerajaan yang kuat.

Tanpa menyebut identiti kumpulan yang melakukan kajian berkenaan, Khalid berkata, penyelidikan dibuat melalui tiga peringkat iaitu antaranya Jun dan Disember tahun lalu dan Mac 2013.

“Kajian menunjukkan peningkatan. Dan saya rasa ini cabaran kita sekarang bagaimana kita hendak tumpukan supaya kita capai kemenangan yang kita perjuangkan dalam reformasi semasa berbelas-belas tahun.

“Saya yakin reformasi ini akan lahir semula dan dilaksanakan seperti cita-cita kita. Jadi, angka-angka itu menunjukkan peluang kita untuk menang, nampak jelas,” katanya./KD

Monday 8 April 2013

DUN LEPAR ALU-ALUKAN CALON BEBAS

Pintu demokrasi terbuka di mana-mana hatta di Dun Lepar.  Sehubungan itu, kita yakin dan percaya sesiapa juga ada hak untuk bertanding di Dun Lepar samada atas kapasiti parti mahu pun Bebas.

Berbagai jenis manusia boleh kita lihat untuk menggunakan demokrasi.  Ada yang ikhlas bertanding atas amanah yang diberikan oleh parti walaupun terpaksa bertanding di kerusi yang dilihat sukar untuk menang.  Namun, atas amanah yang diberikan maka ianya terpaksa dipikul kerana mustahil kita boleh rejim Umno/Bn menang tanpa bertanding.  Ada juga yang masuk bertanding hanya kerana 'dendam kesumat' terhadap individu dan parti sendiri.  Terpulanglah kepada para pengundi untuk menentukan pilihan mereka.

KEADILAN, khususnya di Dun Lepar tidak menghiraukan sesiapa jua yang mahu meraikan demokrasi di kawasan ini.  Tugas kami hanyalah untuk menentukan impian parti dan PR untuk menawan Pahang dan Putrajaya, InsyaAllah, akan tercapai.  

Alhamdulillah, rakyat kini boleh menilai siapa yang selama ini berjuang dan bekerja kuat untuk parti rupa-rupanya hanya untuk menjadi calon.  Apabila nama tidak tercalon, terserlah lah wajah sebenar.  Orang seperti ini tidak mungkin boleh dipilih oleh rakyat kerana mereka berjuang untuk kepentingan diri.

Saturday 6 April 2013

DUN LEPAR - KEMENANGAN PENTING UNTUK BANTU CALON PARLIMEN PAYA BESAR

Ramai yang tertanya-tanya siapakah bakal calon di Dun Lepar di dalam PRU 13 nanti?  Sayugia diingatkan, setakat ini tiada siapa berani atau boleh mendabik dada mengaku sebagai calon yang akan mewakili PKR untuk bertanding di Dun Lepar.  Kita perlu tunggu keputusan yang bakal diumumkan oleh pimpinan di dalam masa terdekat ini.

Apa yang penting, kita mesti fokus untuk menawan Dun Lepar kali ini.  Kemenangan di Dun Lepar pastinya akan membantu Parlimen Paya Besar yang diwakili oleh Cik Murnie Hidayah Anuar juga dari PKR.  Bukan mudah untuk mendapatkan sokongan akar umbi di kawasan felda ini namun berkat kesungguhan seluruh jentera PKR khususnya di Paya Besar dan Dun Lepar, jelas mod pengundi-pengundi kali ini mahukan perubahan.

Cabaran kuat pada waktu ini adalah untuk merapatkan saf di kalangan ahli-ahli dan penyokong PR di sini.  Ada di antara mereka yang mungkin terpedaya dengan taktik beberapa pihak yang mahu menggugat kekuatan PKR di sini.  Alhamdulillah, semakin lama semakin ramai di kalangan pengundi di sini memahami betapa Umno/Bn wajib ditumbangkan di dalam PRU kali ini.