NOTIS

RADIO KOBAT FM

Saturday, 6 April 2013

DUN LEPAR - KEMENANGAN PENTING UNTUK BANTU CALON PARLIMEN PAYA BESAR

Ramai yang tertanya-tanya siapakah bakal calon di Dun Lepar di dalam PRU 13 nanti?  Sayugia diingatkan, setakat ini tiada siapa berani atau boleh mendabik dada mengaku sebagai calon yang akan mewakili PKR untuk bertanding di Dun Lepar.  Kita perlu tunggu keputusan yang bakal diumumkan oleh pimpinan di dalam masa terdekat ini.

Apa yang penting, kita mesti fokus untuk menawan Dun Lepar kali ini.  Kemenangan di Dun Lepar pastinya akan membantu Parlimen Paya Besar yang diwakili oleh Cik Murnie Hidayah Anuar juga dari PKR.  Bukan mudah untuk mendapatkan sokongan akar umbi di kawasan felda ini namun berkat kesungguhan seluruh jentera PKR khususnya di Paya Besar dan Dun Lepar, jelas mod pengundi-pengundi kali ini mahukan perubahan.

Cabaran kuat pada waktu ini adalah untuk merapatkan saf di kalangan ahli-ahli dan penyokong PR di sini.  Ada di antara mereka yang mungkin terpedaya dengan taktik beberapa pihak yang mahu menggugat kekuatan PKR di sini.  Alhamdulillah, semakin lama semakin ramai di kalangan pengundi di sini memahami betapa Umno/Bn wajib ditumbangkan di dalam PRU kali ini. 

No comments:

Post a Comment