Pada 14 April 2013 (Ahad) jam 11.00 pagi baru-baru ini KEADILAN telah mengadakan Perasmian Markas Gerakan Dun Lepar bertempat di Lepar Hilir 1. Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Calon KEADILAN Parlimen Paya Besar, Sdri Cik Murnie Hidayah Anuar.
Alhamdulillah, sambutan masyarakat setempat amat membanggakan di mana KEADILAN Dun Lepar serta Parlimen Paya Besar telah menyediakan jamuan makan tengahari kepada yang hadir. Terima kasih kepada semua ahli, para penyokong dan jentera Paya Besar/Dun Lepar yang telah memberikan komitmen yang tinggi bagi menjayakan program tersebut.
Kami yakin, Dun Lepar kali ini bakal ditawan oleh PR memandangkan sambutan masyarakat di sini yang semakin kuat terhadap PR. Hasil kerjasama semua pihak termasuk dari rakan PAS di Paya Besar dan Lepar telah membantu PR meningkatkan sokongan rakyat kepada PR.
No comments:
Post a Comment