NOTIS

RADIO KOBAT FM

Saturday 1 March 2014

PEMILIHAN PKR - CABANG PAYA BESAR CUBA ATUR MUAFAKAT

Sempena Pemilihan Cabang PKR tidak beberapa lama lagi, sudah tentunya terdapat beberapa pertandingan merebut jawatan di dalam parti.  Fokus kepada Cabang Paya Besar, ramalan awal menjangkakan akan ada pertandingan di peringkat tertinggi iaitu Ketua Cabang dan Timbalan.  Naib Ketua sukar diramalkan.

Mengalu-alukan proses demokrasi, maka sudah tentu pertandingan kali ini diharapkan berjalan dengan baik dan apa jua keputusan mestilah menunjukkan Cabang Paya Besar telah bersedia untuk lebih aktif berbanding sebelumnya.  Namun demikian, sekiranya ada muafakat adalah lebih baik pertandingan cuba dielakkan.  Kita tidak percaya bahawa setiap pertandingan mesti akan membawa perpecahan parti kerana tidak semuanya begitu.  Semuanya bergantung kepada keikhlasan setiap iundividu di dalam parti.  Tetapi, lebih diyakini bahawa muafakat secara baik itu lebih bermakna dan memberi kesan yang lebih baik dari adanya pertandingan.  

Muafakat secara jujur bukan bererti menolak amalan demokrasi.  Menolak amalan demokrasi itu adalah seperti kita mencegah atau melarang seseorang itu daripada menawarkan diri.  Tetapi jika adanya muafakat yang dipersetujui bersama, itu juga satu amalan demokrasi yang baik.  Demokrasi bukan bermakna pertandingan, demokrasi juga bermakna menghormati suara termasuk suara yang ingin mengadakan muafakat bersama.

Sehubungan itu, di Cabang Paya Besar sikap untuk bermuafakat ini amat-amat dialukan.  Seandainya muafakat ini ditolak, maka pilihan seterusnya iaitu mengadakan pertandingan hendaklah diteruskan agar demokrasi itu tetap hidup di dalam PKR.  Apa yang penting, bertanding secara sihat dan terima keputusan dengan positif.


No comments:

Post a Comment