NOTIS

RADIO KOBAT FM

Sunday 17 March 2013

Gambar lucah fitnah jijik Umno BN menjelang PRU 13 – Anwar

“Itu fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk perbuatan blogger pro-Umno yang menyebar gambar lucah menyerupai Ketua Umum KEADILAN itu di rangkaian media sosial.

 
 
Ketua Umum KEADILAN memberi reaksi ringkas itu kepada Keadilan Daily apabila diminta mengulas fitnah itu pada program Dialog Bersama Anwar Ibrahim di One World Hotel, Bandar Utama anjuran kelab Anwar Ibrahim (AIC) hari ini.

KEADILAN yang diterajui Anwar bersama gabungan parti dalam Pakatan Rakyat diyakini menang PRU 13 berikutan sokongan padu pelbagai pihak, malah ramai individu yang dulu menyebelahi Umno BN kini beralih arah hingga menimbulkan kegusaran di kalangan pemimpin Umno BN.

Apatah lagi, Parlimen dijangka bubar bila-bila masa, malah sebahagian pemerhati politik mengagak, ia dibubar paling awal Isnin ini.

Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.

Bagaimanapun, individu dalam gambar berkenaan kelihatan tegap dan terlalu muda tanpa kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun seperti Anwar.

Ia mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada rakaman video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit./KD

No comments:

Post a Comment