Sejarah telah membuktikan Umno banyak terlibat dengan demontrasi. Tetapi mengapa apabila Pembangkang melakukan demontrasi maka pemimpin-pemimpin Umno mengulas seperti orang hilang akal?
Apa yang dinyatakan oleh Ahmad Maslan tentang demontrasi jelas menunjukkan ceteknya pemikiran beliau. Seperti yang dipetik melalui Malaysiakini, beliau berkata "Demonstrasi haram, mogok, perhimpunan, bantahan, protes dan sebagainya, secara langsung menggalakkan rakyat bersikap kurang ajar dan tidak menghormati undang-undang dan persoalannya mengapa pembangkang gemar menganjurkannya? Ia untuk menarik perhatian orang ramai," katanya.
Kita ingin bertanya Ahmad Maslan, demontrasi apakah yang tidak memerlukan perhatian orang ramai? Nama pun sudah demontrasi atau menunjuk perasaan, maka sudah tentu lah para peserta demontrasi mahu menunjukkan perasaan mereka samada menyokong atau membantah sesuatu perkara. Kepada siapa mereka mahu tunjukkan? Sudah tentu kepada orang ramai yang mungkin tidak memahami apa perasaan mereka.
Kita merasa malu kerana pemimpin seperti Ahmad Maslan ini masih ketinggalan jauh ke belakang. Beliau tidak ada kemahiran atau pengetahuan lain selain dari membodek membuta tuli ketua atau pemimpinnya. Kita tidak pelik kerana beliau berada di dalam Umno dan semua kenal Umno tidak pernah berani untuk berdepan dengan kebangkitan rakyat.
Ahmjad Maslan kaki ampu no. 1
ReplyDeleteCERAMAH YB DOTO DR MANSOR OTHMAN DAN YB CHANG LIH KANG AKAN BERSAMBUNG DITAMAN PANDAN PERMAI (BELAKANG TUNAS MANJA) TAMAN TAS, SEMUA DIJEMPUT HADIR
ReplyDelete