Semalam, 14 Disember 2012 (Jumaat), saya selaku Penyelaras Dun Lepar telah berkunjung ke kawasan tersebut dan sempat bersolat Jumaat di Masjid Felda Lepar Utara 1. Di kesempatan itu, sempat juga berjumpa dengan penduduk-penduduk setempat sambil bertukar-tukar pandangan dan mengeratkan lagi silaturrahim.
Kunjungan ke Lepar kali ini adalah untuk beberapa siri perbincangan dengan Jawatankuasa PKR di sana termasuk dari AMK dari Lepar Utara 2. Turut bersama ada Penyelaras Parlimen Paya Besar, Tuan Hj Zahari Mamat.
Saya juga sempat berkunjung ke Felda Kota Gelangi 2 dan mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama Ketua Cabang Jerantut, Sdr Rosli Ahmad.
|
Masjid Lepar Utara 1 untuk Solat Jumaat |
|
Kiri, Sdr Rosli (KC Jerantut), saya (Pen SU PKR Pahang/Penyelaras Dun Lepar) dan Tn Hj Zahari (KC Paya Besar/Penyelaras Parlimen Paya Besar) |
|
Perbincangan bersama Ketua AMK Lepar Utara 2 |
|
Sempat berkunjung ke Felda Kota Gelangi 2 bersama KC Jerantut, Sdr Rosli Ahmad |
No comments:
Post a Comment