NOTIS

RADIO KOBAT FM

Friday 22 February 2013

RAKYAT DUN LEPAR BERSEDIA UNTUK TUMBANGKAN UMNO/BN

Penyelaras Dun Lepar, Sdr Kamarzaman Yunus kini semakin mempergiatkan gerak kerja di Dun Lepar sejajar dengan amanah yang diberikan oleh pucuk pimpinan agar menentukan kerusi Dun Lepar dapat ditawan di dalam PRU akan datang.

KEADILAN Paya Besar juga kini telah wujud jentera gerak kerja di Parlimen dan setiap Dun di mana perlantikan Pengarah Pilihanraya telah dibuat bagi menentukan kesemua kerusi yang ditandingi oleh KEADILAN mencapai kejayaan di samping mengeratkan kerjasama dengan rakan PR yang turut bertanding di Parlimen Paya Besar.

Ramai yang mengharapkan KEADILAN Paya Besar kucar-kacir akibat beberapa masalah kecil dan remeh terutamanya berkaitan calon, tetapi yang pasti dan mendapat jaminan dari pucuk pimpinan negeri adalah calon yang dipilih nanti mestilah mereka yang bersih dari segala persepsi kotor, rasuah dan mempunyai nilai moral yang baik.  

Kini, KEADILAN Paya Besar telah bersatu untuk memberikan cabaran hebat kepada Umno/Bn kali ini.  Soal calon telah diketepikan bersama kerana yang penting Umno/Bn wajib ditumbangkan.  Rakyat mahu melihat Umno/Bn tersungkur maka KEADILAN Paya Besar bersedia untuk menggalas tugas itu.  Kemuncup-kemuncup di jalanan yang kadangkala merimaskan mestilah diabaikan kerana matlamat kita hanya satu iaitu untuk merealisasikan kehendak rakyat jelata yang mahukan Umno/Bn dikuburkan segera.  Kita bertanding di dalam Pilihanraya bukan untuk memuaskan seorang dua individu tetapi untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

KEADILAN menyeru kepada semua terutamanya para pengundi di Dun Lepar agar bersatu tenaga untuk menjadikan hasrat rakyat umumnya yang mahu melihat Umno/Bn berkubur tercapai. 

1 comment:

  1. Saya menjangkakan Parlimen Malaysia dibubar hari ini (22/02/03 Jumaat). Sangkaan saya meleset sama sekali, nampak benar Najib penakut, sepatutnya inilah masa terbaik Parlimen dibubarkan, sebab rakyat seluruh negara sudah bersedia hendak menukar kerajaan, diharap Najib kekal berada dalam Parlimen diberi tugas menjawab ribuan soalan.

    ReplyDelete