Penyelaras Dun Lepar, Sdr Kamarzaman
Yunus kini semakin mempergiatkan gerak kerja di Dun Lepar sejajar dengan
amanah yang diberikan oleh pucuk pimpinan agar menentukan kerusi Dun
Lepar dapat ditawan di dalam PRU akan datang.
KEADILAN
Paya Besar juga kini telah wujud jentera gerak kerja di Parlimen dan
setiap Dun di mana perlantikan Pengarah Pilihanraya telah dibuat bagi
menentukan kesemua kerusi yang ditandingi oleh KEADILAN mencapai
kejayaan di samping mengeratkan kerjasama dengan rakan PR yang turut
bertanding di Parlimen Paya Besar.
Ramai
yang mengharapkan KEADILAN Paya Besar kucar-kacir akibat beberapa
masalah kecil dan remeh terutamanya berkaitan calon, tetapi yang pasti
dan mendapat jaminan dari pucuk pimpinan negeri adalah calon yang
dipilih nanti mestilah mereka yang bersih dari segala persepsi kotor,
rasuah dan mempunyai nilai moral yang baik.
Kini,
KEADILAN Paya Besar telah bersatu untuk memberikan cabaran hebat kepada
Umno/Bn kali ini. Soal calon telah diketepikan bersama kerana yang
penting Umno/Bn wajib ditumbangkan. Rakyat mahu melihat Umno/Bn
tersungkur maka KEADILAN Paya Besar bersedia untuk menggalas tugas itu.
Kemuncup-kemuncup di jalanan yang kadangkala merimaskan mestilah
diabaikan kerana matlamat kita hanya satu iaitu untuk merealisasikan
kehendak rakyat jelata yang mahukan Umno/Bn dikuburkan segera. Kita
bertanding di dalam Pilihanraya bukan untuk memuaskan seorang dua
individu tetapi untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat.
KEADILAN
menyeru kepada semua terutamanya para pengundi di Dun Lepar agar
bersatu tenaga untuk menjadikan hasrat rakyat umumnya yang mahu melihat
Umno/Bn berkubur tercapai.
Saya menjangkakan Parlimen Malaysia dibubar hari ini (22/02/03 Jumaat). Sangkaan saya meleset sama sekali, nampak benar Najib penakut, sepatutnya inilah masa terbaik Parlimen dibubarkan, sebab rakyat seluruh negara sudah bersedia hendak menukar kerajaan, diharap Najib kekal berada dalam Parlimen diberi tugas menjawab ribuan soalan.
ReplyDelete