NOTIS

RADIO KOBAT FM

Tuesday, 5 February 2013

CERAMAH PR DI KAWASAN FELDA DIGANGGU LAGI, MENGAPA TAKUT SANGAT?

CERAMAH PENGERUSI ANAK SDR MAZLAN ALIMAN DI FELDA SUNGAI TENGI,SABAK BERNAM, SELANGOR DIGANGGU GABUNGAN SAMSENG-SAMSENG UMNO/PERKASA DAN MIC!!!!


Ceramah Saudara Mazlan Aliman Pengerusi ANAK Diganggu Oleh Samseng India Dan Geng PERKASA Suasana tegang berlaku di Felda Sg Tengi malam tadi.

Buat pertama kali dalam sejarah, samseng-samseng UMNO/PERKASA berganding bahu, bersatu bersetia dan berkhimat dengan penyangak MIC buat ganggu kacau ceramah Pakatan Rakyat.

Sdr Mazlan Aliman ketika baru beri salam, tiba-tiba hampir 200 orang yang dimaklumkan kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh.

Mereka baling botol air, kerusi dan menjerit-jerit mahu beliau keluar dari tapak ceramah.

Syukur Alhamdulillah, petugas keselamatan dan Unit Amal Malaysia dapat mengawal suasana dengan begitu baik dan tertib sekali.

Oleh kerana, samseng-samseng dan penyangak-penyangak tidak mau beredar, dan bimbang akan keselamatan hadirin, maka ceramah terpaksa di batalkan.

Mengalah bukan ertinya kalah.

Provokasi samseng-samseng/penyangak-penyangak ini berjaya dirakamkan.

Gelagat biadap tidak bertamadun mereka disaksikan kira-kira 300 orang penduduk Felda Sg Tengi.

BUKTI JELAS KAWASAN RANCANGAN FELDA BUKAN LAGI KUBU KUAT UMNO....UMNO TIDAK MAMPU HUJAH LAWAN HUJAH MAKA TERPAKSA GUNA CARA POLITIK SAMSENG DANGAN BUAT KERJA TERJAH./omakkau.blogspot

2 comments:

  1. Samseng Upahan UMNO ini sudah dilatih sebelum PRU13, kini kumpulan tersebut mula menampakan diri, kononnya penyokong kuat UMNO, sedangkan mereka diberi elaun setiap kali provokasi diadakan. Malang sungguh kumpulan anak muda ini, masih ada yang terpedaya dengan sogokan yang tak seberapa.

    ReplyDelete
  2. Kes yang sama berlaku di Felda Kota Gelangi 2 pada 6/2/2013, dimana Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man diganggu oleh Pengurus Felda Kota Gelangi 2, beliau tidak membenarkan Dato' Tuan memulakan ceramah, Pengurus berkenaan hendak merampas mike yang dipegang oleh Dato' Tuan. Sampai begitu sekali UMNO/BN takut kepada PR

    ReplyDelete