NOTIS

RADIO KOBAT FM

Wednesday 30 January 2013

'KEJANTANAN' AHMAD MASLAN DICABAR

ANAK cabar Ahmad Maslan 'buktikan kejantanan'

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman, yang disekat daripada memasuki kawasan tanah rancangan untuk mengadakan ceramah, sekali lagi mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat.

 
 
"Bila ANAK nak buat penjelasan, dia sekat. Kembara Oren dihalang. Ceramah tidak dibenarkan. Peralat Pengurus Felda, kononnya ia di bawah Akta GSA (Kawasan Penempatan Berkelompok) .

"Justeru, kalau dia pemimpin yang berani, jom kita berdebat secara terbuka. Buktikan kejantanan kamu, wahai Ahmad Maslan," kata Mazlan dalam kenyataan yang dimuatkan di laman Facebook lidah parti PAS, Harakahdaily hari ini.

Katanya, debat itu juga bagi menjawab dakwaan Ahmad yang menyifatkan beliau sebagai "pemfitnah bersiri".

Ahmad menyifatkan Mazlan demikian atas kenyataan ahli jawatankuasa PAS pusat itu, yang didakwa cuba menimbulkan perkara yang memecah-belah masyarakat Felda, sedangkan waktu kempen belum bermula.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata wakil ANAK akan menghantar surat rasmi berhubung cabarannya itu dalam masa terdekat.

"Oleh kerana sebelum ini, saya minta tarikh dan tempat debat, dia gagal berbuat demikian; kali ini saya pula cadangkan tarikh, masa dan tempat.

"Saya akan tunggu dia di Dewan Perdana Felda 16 Februari ini," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Johor./MK

No comments:

Post a Comment