NOTIS

RADIO KOBAT FM

Tuesday 26 February 2013

Anwar bakal PM selepas PRU 13



SHAH ALAM 25 FEB: Pakatan Rakyat hari ini mengulangi pendirian mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

 
 
“Jika kita mahu selamatkan negara dan memperbetulkan kewangan, kita perlukan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyampaikan ucaptama di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4, hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, sejak Ketua Umum KEADILAN tidak lagi memegang jawatan Menteri Kewangan pada 1998, belanjawan negara mencatat defisit selama 15 tahun berturut-turut.

“Kali terakhir negara berjaya mencatat lebihan belanjawan adalah semasa Anwar menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Berikutan itu, kata Guan Eng, pemberian sumbangan disalur Pakatan berbeza dengan BN kerana negeri-negeri yang ditadbir Pakatan menggunakan wang lebihan hasil keuntungan negeri, manakala BN pula terpaksa berhutang untuk memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Wang lebihan yang diperolehi (Pakatan) hasil pentadbiran telus sejak 2008 disalurkan kembali kepada rakyat melalui program-program Agenda Ekonomi Sosial. Sebaliknya BN memberi bantuan kewangan kepada rakyat walaupun mencatat defisit tinggi dan hutang semakin melambung,” kata Guan Eng.

Rakyat tanggung hutang RM31,000 seorang

Menurut Guan Eng, ketirisan kewangan negara berpunca gejala rasuah yang membarah di kalangan pemimpin Umno.

Beliau turut memetik laporan badan pemerhati kewangan antarabangsa yang berpusat di Washington – Global Financial Integrity.

“Pengeluaran keluar dana haram di Malaysia berjumlah RM197 bilion pada 2010 dan RM871 bilion sepanjang 10 tahun dari 2001 hingga 2010. Pengaliran keluar dana haram per kapita untuk Malaysia adalah RM7,000, dengan kata lain setiap rakyat Malaysia menanggung hutang sebanyak RM31,000 dari 2001 hingga 2010,” katanya.

 
 
Guan Eng berkata, sebaik Pakatan mengambil alih pemerintahan negara, rasuah akan dihapuskan dan semua penyelewengan selama Umno memerintah akan disiasat.

“Menghapuskan rasuah adalah lebih baik dan berfaedah. Rakyat akan menerima keuntungan dan sistem pentadbiran negara akan lebih bersih, hijau dan selamat,” sambungnya.

“Kita akan siasat RM52 bilion saham Bumiputera. Cari siapa yang ‘telan’ wang itu dan paksa dia ‘muntahkan balik’. Begitu juga rakyat Cina, kita akan siasat penyelewengan PKFZ (skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang).

“Kita juga akan pulangkan wang diseleweng kepada rakyat, dan RM3 bilion skandal Maika Holdings kita pulangkan kepada masyarakat India. Begitu juga di Sabah dan Sarawak yang menjadi mangsa kemiskinan,” kata Guan Eng lagi.

“Saya ingin mencadangkan sebaik saja Pakatan menang PRU 13, kita akan terus larang lapangan terbang dari membenarkan mana-mana kapal terbang peribadi meninggalkan negara,” katanya disambut tepukan hampir 2,000 perwakilan./KD

Monday 25 February 2013

SATU PERKIRAAN - PR MAMPU CAPAI 140 KERUSI PARLIMEN

Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memenangi hampir 140 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya 2013 dengan kemenangan di Sabah, Sarawak dan Johor akan memberikan mereka majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan pemimpin PR telah menghitung peluang di beberapa negeri tetapi bilangan mereka bergantung kepada keupayaan untuk menyatukan pembangkang di Sabah. 
 
 
Disebalik keyakinan PR, pemerintah Barisan Nasional (BN) telah membuat tinjauan yang menunjukkan mereka boleh menang sehingga 145 kerusi, lebih tinggi dari 112 kerusi untuk majoriti mudah dan di bawah 148 kerusi untuk majoriti dua pertiga.

Najib di Sarawak hari ini, seminggu selepas menghabiskan dua hari di Sabah minggu lalu. — Gambar fail
Kaji selidik bebas bagaimanapun menunjukkan BN boleh menang diantara 105 dan 117 kerusi, dengan kaji selidik trend pengundian terbaru menunjukkan kedudukan kelulusan Umno hampir 40 peratus, jauh lebih rendah daripada kelulusan untuk Perdana Menteri dan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
“Pemimpin Pakatan bercakap mengenai kemungkinan menang sekurang-kurangnya 138 kerusi, mungkin sehingga 140 dengan kerja keras yang telah dilakukan semenjak 2008,” kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada pilihan raya lalu apabila tiga parti tersebut menang 82 kerusi parlimen dan lima negeri.

Kemenangan DAP, PAS dan PKR selepas bekerjasama pada 2008 menyebabkan penubuhan PR walaupun ianya masih belum berdaftar. BN merupakan satu-satunya gabungan politik berdaftar di Malaysia.

Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi tahu agensi berita Bloomberg pertempuran utama dalam Pilihan Raya 2013 adalah di Sabah dan Sarawak, yang menawarkan 56 daripada 222 kerusi parlimen.

Kedua-dua negeri Borneo itu dilihat sebagai “deposit tetap” untuk BN tetapi Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai pemberian kewarganegaraan sebagai pertukaran kepada undi memberikan imej buruk kepada gabungan pemerintah itu.

Krisis dengan militan bersenjata Sulu di bandar pantai timur Lahad Datu di Sabah telah menimbulkan persoalan tentang keupayaan Putrajaya untuk mempertahankan negeri tersebut.

Difahamkan PR berharap untuk menang besar di Sarawak dan Sabah, bukan hanya di kawasan bandar di mana masyarakat Cina dominan menyokong parti pembangkang itu tetapi juga di beberapa kawasan luar bandar di mana pemimpin PR telah menerima sambutan yang hangat.

Pakatan juga memberikan tumpuan di Johor dimana beberapa pemimpin penting PAS dan DAP dihantar untuk bertanding. Ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan ahli strategi DAP Liew Chin Tong — masing-masing merupakan ahli parlimen.

“Kami mendapat respon yang baik dari penduduk Sabah dan Sarawak dan ini membimbangkan BN. Sebab itu pemimpin BN melawat dua negeri tersebut dengan lebih kerap,” kata sumber dari PR kepada The Malaysian Insider.

Najib di Sarawak hari ini, seminggu selepas menghabiskan dua hari di Sabah minggu lalu. Pengerusi BN itu mempunyai satu lagi pusingan melawat negeri yang akan berakhir di kerusi parlimennya Pekan pada 16 Mac.

The Malaysian Insider melaporkan baru-baru ini Najib berkemungkinan membubarkan parlimen selepas 16 Mac dan mendapatkan mandat pertamanya dengan pilihan raya yang akan diadakan pada pertengahan April.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengazetkan daftar pemilih terbaru hari ini dan dilaporkan 13.64 juta telah mendaftar sebagai pengundi, termasuk 3,000 dari luar negara.

SPR akhirnya membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara untuk mengundi — sebelum ini hanya diberikan kepada pekerja kerajaan dan pelajar tajaan kerajaan dalam pilihan raya lalu./MI

Sunday 24 February 2013

Amalkan peraturan berbeza untuk pembangkang, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berat sebelah

Pada hari jumaat 22 Februari 2012, Pejabat Ahli Parlimen Kuantan di Jalan Beserah dikunjungi oleh pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang membawa arahan daripada Yang DiPertua (YDP) Majlis Perbandaran Kuantan, Datuk Haji Zulkifli Haji Yaacob: meminta pihak saya menurunkan bendera KEADILAN yang telah dipasang di tiang-tiang lampu disekitar Kuantan.

Alasan yang diberikan ialah bahawa bendera parti tidak dibenarkan dipasang di pusat bandar. Pihak kami juga diberi tempoh 2 hari untuk mencabut bendera tersebut dan kegagalan pihak kami mencabut akan mangakibatkan pihak MPK sendiri akan mencabut bendera tersebut.

Arahan ini tidak masuk akal sama sekali, memandangkan pihak Umno BN sudah pun memasang bendera mereka lebih awal sebelum ini dan dengan jumlah yang lebih banyak.

Datuk Zulkifli juga sebelum ini didalam kenyataan beliau yang diterbitkan oleh akhbar Sin Chew Edisi Timur telah dilaporkan membuat kenyataan seperti berikut apabila ditanya berkenaan dengan kehadiran bendera parti politik sekitar Kuantan.

Beliau dilaporkan berkata:

1) Pilihanraya Umum (PRU) sudah dekat, maka pihak MPK tidak akan mengambil tindakan mecabut bendera parti-parti.

2) Beliau juga di petik berkata : bendera-bendera jikalau tidak membahayakan dan tidak menghalang penglihatan, maka penguatkuasa MPK tidak akan mengambil tindakan terhadap mereka.

3)Antara alasan MPK tidak mencabut bendera ialah apabila Penguatkuasa MPK mengambil tindakan akan mengakibatkan kemarahan dan tidak puas hati penyokong-penyokong masing-masing, maka kenapa MPK harus berbuat demikian?

Kenyataan YDP MPK diatas jelas bertentangan dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak beliau sendiri terhadap KEADILAN semalam.

Maka dengan ini, saya ingin menegaskan dengan setegas-tegasnya bahawa pihak KEADILAN menolak amalan “double standard” yang di tunjukkan oleh pihak YDP MPK.

Persoalannya, adakah beliau mengalami tekanan oleh pihak pemerintah? Mengapakah juga beliau tidak boleh bertindak profesional dengan menggunakan satu set peraturan yang sama untuk parti pemerintah mahupun pembangkang?

Saya juga tegaskan bahawa kami tidak akan mencabut bendera kami dan sekiranya pihak MPK mengambil tindakan mencabut bendera PKR, maka saya cabar pihak MPK turut mencabut semua bendera di seluruh kawasan Parlimen Kuantan dibawah seliaan MPK.

Berkhidmatlah untuk rakyat dengan ikhlas dan berlaku adillah kepada semua, dan peganglah kepada kenyataan diri beliau sendiri. Rakyat pembayar cukai tuntut keadilan dan profesionalisma dari pihak MPK.

Sekian, Terima Kasih.

Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
Naib Presiden KEADILAN

Friday 22 February 2013

RAKYAT DUN LEPAR BERSEDIA UNTUK TUMBANGKAN UMNO/BN

Penyelaras Dun Lepar, Sdr Kamarzaman Yunus kini semakin mempergiatkan gerak kerja di Dun Lepar sejajar dengan amanah yang diberikan oleh pucuk pimpinan agar menentukan kerusi Dun Lepar dapat ditawan di dalam PRU akan datang.

KEADILAN Paya Besar juga kini telah wujud jentera gerak kerja di Parlimen dan setiap Dun di mana perlantikan Pengarah Pilihanraya telah dibuat bagi menentukan kesemua kerusi yang ditandingi oleh KEADILAN mencapai kejayaan di samping mengeratkan kerjasama dengan rakan PR yang turut bertanding di Parlimen Paya Besar.

Ramai yang mengharapkan KEADILAN Paya Besar kucar-kacir akibat beberapa masalah kecil dan remeh terutamanya berkaitan calon, tetapi yang pasti dan mendapat jaminan dari pucuk pimpinan negeri adalah calon yang dipilih nanti mestilah mereka yang bersih dari segala persepsi kotor, rasuah dan mempunyai nilai moral yang baik.  

Kini, KEADILAN Paya Besar telah bersatu untuk memberikan cabaran hebat kepada Umno/Bn kali ini.  Soal calon telah diketepikan bersama kerana yang penting Umno/Bn wajib ditumbangkan.  Rakyat mahu melihat Umno/Bn tersungkur maka KEADILAN Paya Besar bersedia untuk menggalas tugas itu.  Kemuncup-kemuncup di jalanan yang kadangkala merimaskan mestilah diabaikan kerana matlamat kita hanya satu iaitu untuk merealisasikan kehendak rakyat jelata yang mahukan Umno/Bn dikuburkan segera.  Kita bertanding di dalam Pilihanraya bukan untuk memuaskan seorang dua individu tetapi untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

KEADILAN menyeru kepada semua terutamanya para pengundi di Dun Lepar agar bersatu tenaga untuk menjadikan hasrat rakyat umumnya yang mahu melihat Umno/Bn berkubur tercapai. 

Thursday 7 February 2013

MARI BERSAMA DS ANWAR PADA 08 FEB 2013 (JUMAAT) INI


Marilah beramai-ramai kita menghadiri Program Ceramah oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 08 Februari 2013 (Jumaat) ini di lokasi-lokasi yang tersebut di atas.

Kepada bekas-bekas tentera, ingin dimaklumkan bahawa Stesen Radio KOBAT FM (Kor Bekas Angkatan Tentera) akan diresmikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim di Taman Impian, Kuantan pada malam tersebut.

Tuesday 5 February 2013

CERAMAH PR DI KAWASAN FELDA DIGANGGU LAGI, MENGAPA TAKUT SANGAT?

CERAMAH PENGERUSI ANAK SDR MAZLAN ALIMAN DI FELDA SUNGAI TENGI,SABAK BERNAM, SELANGOR DIGANGGU GABUNGAN SAMSENG-SAMSENG UMNO/PERKASA DAN MIC!!!!


Ceramah Saudara Mazlan Aliman Pengerusi ANAK Diganggu Oleh Samseng India Dan Geng PERKASA Suasana tegang berlaku di Felda Sg Tengi malam tadi.

Buat pertama kali dalam sejarah, samseng-samseng UMNO/PERKASA berganding bahu, bersatu bersetia dan berkhimat dengan penyangak MIC buat ganggu kacau ceramah Pakatan Rakyat.

Sdr Mazlan Aliman ketika baru beri salam, tiba-tiba hampir 200 orang yang dimaklumkan kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh.

Mereka baling botol air, kerusi dan menjerit-jerit mahu beliau keluar dari tapak ceramah.

Syukur Alhamdulillah, petugas keselamatan dan Unit Amal Malaysia dapat mengawal suasana dengan begitu baik dan tertib sekali.

Oleh kerana, samseng-samseng dan penyangak-penyangak tidak mau beredar, dan bimbang akan keselamatan hadirin, maka ceramah terpaksa di batalkan.

Mengalah bukan ertinya kalah.

Provokasi samseng-samseng/penyangak-penyangak ini berjaya dirakamkan.

Gelagat biadap tidak bertamadun mereka disaksikan kira-kira 300 orang penduduk Felda Sg Tengi.

BUKTI JELAS KAWASAN RANCANGAN FELDA BUKAN LAGI KUBU KUAT UMNO....UMNO TIDAK MAMPU HUJAH LAWAN HUJAH MAKA TERPAKSA GUNA CARA POLITIK SAMSENG DANGAN BUAT KERJA TERJAH./omakkau.blogspot

Monday 4 February 2013

KAWASAN FELDA DIKATAKAN KUBU UMNO, MENGAPA KAMI TERUS BERLAWAN DI FELDA?

Sekiranya Pakatan Rakyat memasuki Pilihanraya hanya kerana mahu merebut kerusi Wakil Rakyat untuk kepentingan diri sendiri, maka Dun Lepar bukan lah kawasan yang sepatutnya PR bertanding.  Ini adalah kerana tidak mudah untuk merampas kerusi dari Umno/Bn yang mendapat majoriti melebihi 2 ribu seperti di Dun Lepar sekarang.

Namun, itu bukannya matlamat utama kami di dalam PR.  Kami tidak merasa rugi atau kesal kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk terus bersama warga Felda di dalam memperjuangkan nasib mereka.  Jika tidak PR yang melakukan sedemikian, siapakah lagi yang boleh membantu memberi kesedaran kepada warga felda tentang hak-hak dan kebajikan mereka?  Adakah hak-hak dan kebajikan warga Felda hanya wang bonus, saham atau pemberian secara 'One Off' semata-mata sedangkan hutang mereka terus bertambah?  Bagaimana pula dengan harga sawit yang semakin jatuh dan kos sara hidup yang semakin tinggi?

Justeru itulah, kami di dalam PR perlu bersama warga felda samada kami diterima atau tidak.  Di bandar-bandar besar yang mana masyarakatnya mendapat maklumat yang tepat dan kebanyakan dari mereka berpendidikan tinggi, mereka tidak lagi menaruh harapan kepada Umno/Bn.  Mengapa terjadinya sedemikian?  Mengapa semakin banyak para cendikiawan dan golongan profesional mereka memilih untuk bersama PR?  Tidak lain tidak bukan adalah kerana mereka tahu bahawa selama ini Umno/Bn hanya memberikan sedikit imbuhan kepada rakyat untuk mereka mengaut lebih banyak hasil mahsul negara ini.  Felda tidak terlepas dari perkara seperti ini.

Penyenaraian FGVH ke Bursa Saham semakin menampakkan kegagalan puak yang mahu memperdaya warga-warga felda.  Saham yang dilaburkan semakin menjunam dan para peneroka menambahkan hutang mereka.  Apa akan terjadi jika ini berterusan?  Bagaimana dengan nasib jenerasi felda di masa-masa akan datang?

Kami bertanding di kawasan felda hanya untuk menawarkan pilihan kepada para peneroka, samada mereka mahu terus dipergunakan seperti sekarang atau mahu berubah sebagaimana rakyat di kawasan bandar.  Sebab itu jangan hairan jika pihak berkuasa di dalam felda ini mengeluarkan arahan untuk menyekat PR dari menyampaikan maklumat kepada warga felda.  Mengapa mereka begitu takut?  Apa yang mahu mereka sembunyikan dari pengetahuan warga felda?  

Kami berharap agar warga felda berfikir dengan bijaksana.  Jangan hilang pemikiran yang waras tatkala melihat umpan di depan mata.  Kami di dalam PR akan terus bersama warga Felda samada sewaktu senang atau susah. 

Friday 1 February 2013

08 FEB 2013 - WARGA FELDA WAJIB TURUN BERSAMA DS ANWAR DI KUANTAN


Seluruh warga Felda terutamanya yang berhampiran dengan Kuantan diseru untuk turun beramai-ramai ke Program Ceramah DS Anwar Ibrahim pada 08 Februari 2013 (Jumaat) iaitu bertempat di Kempadang dan akan berakhir di Taman Impian, Kuantan.

Sudah semestinya Ketua Pembangkang pada malam itu akan menyentuh beberapa isu dan dasar Pakatan Rakyat yang juga melibatkan nasib dan masa hadapan para Peneroka.  Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama untuk mendengar sendiri dari mulut DS Anwar Ibrahim apakah tawaran dari PR sekiranya berjaya ke Putrajaya kerana kesemua ini tidak akan disiarkan oleh mana-mana media di bawah kawalan Umno/Bn.