NOTIS

RADIO KOBAT FM

Monday 30 December 2013

HIMPUNAN 31 DIS - GUNA IDEA LAPOK YANG INGIN MEMPERBODOHKAN RAKYAT

Mengulas tentang dakwaan kononnya penganjur himpunan di Dataran Merdeka pada 31 Dis ini nanti telah menyediakan bahan letupan atau bom untuk menggulingkan kerajaan, mengingatkan kita kembali kisah sewaktu Himpunan BERSIH sebelum ini di mana kononnya dijumpai bom buatan sendiri "molotov coktail' dan senjatapi telah dijumpai di sekitar Ibu Kota.

Semua kisah itu tenggelam dan sehingga kini tiada siapa pun yang ditahan atau didakwa dengan terjumpanya bahan letupan tersebut.  Maka, rakyat pun faham bahawa itu semua adalah propaganda provokasi semata-mata untuk menakutkan orang ramai turun di Himpunan BERSIH.  Adakah ianya berkesan?  Jawapannya tidak.  Rakyat bertambah bersemangat untuk turun kerana mereka merasa marah apabila cuba diperbodohkan.

Ini juga lah yang terjadi bila mereka mendakwa kumpulan yang ingin berhimpun jam 10.00 malan di Dataran Merdeka pada 31 hb Disember ini nanti telah memasang bom di kawasan berkenaan.  Lojik kah mereka ingin berhimpun di situ dan di dalam masa yang sama dipasang bom?  Jika benarlah dakwaan tersebut, tentunya yang memasang bom tersebut bukan dari kalangan yang ingin berhimpun.  Habis tu, siapa?

Kali ini kita akan melihat adakah rakyat akan diperdayakan lagi dengan kisah-kisah lucu sepertimana yang lalu?  Ayuh, turunlah sebagai rakyat yang bertanggungjawab sejajar dengan Perkara 10, di dalam Perlembagaan yang membenarkan hak bersuara dan berhimpun secara aman.  


Friday 27 December 2013

HIMPUNAN RAKYAT 31 HB DISEMBER - MENGAPA ANWAR MENYEPI?

Ada juga yang tertanya-tanya mengapa di dalam isu Himpunan Rakyat pada 31hb Disember ini di Dataran Merdeka bagi membantah kenaikan harga barang tidak diulas secara meluas oleh Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim?



Jawapannya mudah.  Himpunan kali ini bukan anjuran PR mahupun atas kehendak DS Anwar.  Bahkan pemimpin PR yang lain seperti PAS dan DAP juga tidak mengulas secara meluas.  Persoalannya, adakah PR menyokong himpunan tersebut?  Jelas, sememangnya apa jua tindakan yang mengikut lunas undang-undang terutamanya bagi menunjukkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap mana-mana pihak sekalipun tetap akan mendapat sokongan PR.  Ini adalah kerana PR mendokong hak asasi manusia untuk bersuara selagi ianya diadakan secara aman dan mematuhi prinsip yang terdapat di dalam Perlembagaan itu sendiri.

Selagi pimpinan PR tidak mengeluarkan kenyataan resmi membantah atau melarang himpunan tersebut, ertinya PR bersetuju dengan tindakan rakyat.  Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mat Sabu secara terbuka baru-baru ini menegaskan bahawa tiada di dalam kamus PAS khususnya untuk menggulingkan Kerajaan secara demontrasi atau huru-hara.  PAS memilih demokrasi meskipun demokrasi pilihanraya di negara ini agak buruk.  

Justeru itu, rakyat tidak perlu tunggu arahan dari pimpinan untuk berhimpun pada 31 hb Disember ini.  Pimpinan tidak mahu bersuara kerana sudah pasti akan dilabelkan oleh Umno/Bn serta media kawalan mereka bahawa himpunan tersebut didalangi oleh PR.  Semua kita tahu bahawa himpunan itu adalah anjuran beberapa NGO dan rakyat marhaen yang merasa amat tertekan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Himpunan 31hb Disember ini bukan himpunan terakhir cuma terakhir di Tahun 2013.  Kita menanti himpunan-himpunan yang seterusnya yang mungkin lebih besar selagi rejim yang ada masih ego dan sombong dengan kuasa 47% mereka.  Ayuh, turun tegakkan hak kita.

Friday 20 December 2013

Ayuh pesta malam tahun baru

Sila salin dan tampal | Please copy and paste/ share

ATAS SIFAT KESEDARAN SEMUA, INI ANJURAN BERSAMA RAKYAT MARHEIN

Kepada semua anak muda agar bangun dan lawan, Negara ini milik rakyat. Rakyat sdg dipijak dihimpit ke dinding... Kita tiada pilihan selain melawan! Kita tiada pilihan selain jalanan!! Masanya sudah tiba... 31|12|13. KUASA DI TANGAN RAKYAT!- Dataran Merdeka

Kepada abang2 polis, kepada abang2 FRU, letaklah cota kamu, letaklah ke tepi perisai kamu... sesungguhnya kamu bukanlah musuh kami, sesungguhnya kamu juga rakyat yang merasai keperitan hidup, malah mungkin lebih lagi... Kami bersama kamu, dan kamu wajar bersama kami...

To all youngsters, stands up and fight! This country belong to us, we are being crushed and pushed to the wall. We have no choice rather than fight. We have no choice rather than going to the streets. The time have come 31|12|2013 - POWER IS WITHIN THE PEOPLE! Dataran Merdeka

Behold all policeman, to all FRU unit, put away your truncheons, put aside your sheild... you're not our enemy, hence you're just like us, the rakyat... we are always with you, and you shall be with us to fight for your right, to fight for our right.../Sumber

Saturday 14 December 2013

MENYAMBUT ROMBONGAN KEDAH, PENANG UNTUK BANTU MANGSA BANJIR


13/12/13 (Jumaat), saya menyambut ketibaan rombongan dari Negeri Kedah dan Negeri Pulau Pinang ke Negeri Pahang DM dalam misi kemanusiaan membantu mangsa banjir di Parlimen Indera Mahkota, Kuantan dan Paya Besar. 

Kedah diketuai oleh YB. Ir. Zamri Yusof yang juga Timb. Pengerusi MPN Kedah membariskan 30 orang sukarelawan, manakala P. Pinang di Ketuai oleh Sdra Amir Ketua AMK dan SU nya Sdra Izat Buhari membawa sukarelawan seramai 40 orang. 

MPN Pahang mengucapkan berbanyak terima kasih atas budi baik sdra semua.

Tuesday 10 December 2013

TURUN MENEMUI MANGSA BANJIR DI CENDERAWASIH

Pada 08 Dis 13 baru-baru ini, SU PKR Pahang, Sdr Kamarzaman telah turun bersama Adun Semambu, YB Lee Chean Chung ke Perkampongan Cenderawasih, Indera Mahkota, Kuantan untuk menyelami permasalahan mangsa-mangsa banjir.

SU PKR Pahang, Sdr Kamarzaman bersama YB Nik Nazmi
Turut bersama Adun Semambu, YB Lee Chean Chung sedang memperkatakan sesuatu kepada YB Nik Nazmi


Kami bertuah kerana diberi bantuan dari Kerajaan Negeri Selangor di mana wakilnya YB Nik Nazmi juga turut turun bersama menemui mangsa-mangsa banjir dan memberikan sedikit sumbangan buat mereka yang terlibat. 



Syabas buat YB Semambu, YB Lee Chean Chung yang tidak pernah kenal erti penat lelah bersama rakyat memberikan bantuan setakat yang termampu oleh beliau.  Alhamdulillah, kerjasama kami di dalam PR khususnya di Indera Mahkota dan Kuantan begitu baik sekali.  Komitmen daripada jentera dan sukarelawan dari KEADILAN dan PAS begitu terserlah sekali.


Sunday 8 December 2013

MUSIBAH BANJIR - AKAL YANG WARAS BOLEH KENALI UMNO

Disaat rakyat khususnya di Pahang dan Terengganu menghadapi ujian dan dugaan hebat akibat banjir, masih ada suara-suara sumbang dari pemimpin Umno yang tidak habis-habis dengan politiking masing-masing. 

Pimpinan PR dijadikan sasaran mereka untuk melindungi kesalahan mereka yang tidak peka kepada nasib rakyat.  Di waktu rakyat berdepan dengan situasi sukar, rumah ditenggelami air, tiada makanan, tiada keperluan mencukupi di tempat pemindahan banjir, pemimpin-pemimpin ini bergelak ketawa, bersorak-sorai di PWTC dengan pantun jenaka mereka sambil mengampu-ngampu pemimpin di atas pentas.  Selepas itu, mereka berarak ke Dewan Makan untuk menjamu selera dengan makanan yang enak-enak yang telah sedia terhidang.

Nun, jauh di belah Timur, rakyat sedang menyeberangi air yang melimpah hampir menenggelamkan rumah mereka, bahkan ada yang telah terkorban.  Mereka di PWTC terus dengan hilai ketawa mereka seolah-olah menyindir rakyat yang telah mengundi mereka dahulu betapa Umno boleh hidup tanpa rakyat seperti anda.  Apabila mereka sudah kenyang, bulat segala perut-perut mereka di PWTC, mereka kembali kononnya untuk berbakti kepada rakyat yang sedang dilanda musibah.  Bukan setakat itu, mereka hamburkan kata-kata nista kepada Wakil Rakyat dari PR kononnya Wakil Rakyat ini tidak turun membantu rakyat sewaktu banjir, sedangkan Wakil Rakyat ini lah yang bercengkang mata bersusah payah bersama rakyat sewaktu pemimpin Umno berelak ketawa di PWTC.

Alangkah hinanya jika selepas ini rakyat masih lagi menaruh harapan kepada Umno.  Wajah Umno telah diperlihatkan melalui ujian ini, hanya akal yang waras boleh berfikir apakah wajar parti pusaka penjajah ini terus diberi kepercayaan? 

Wednesday 27 November 2013

KES HIMPUNAN HARAM BLACKOUT 505 DITUNDA TAHUN DEPAN

Perbicaraan Setiausaha PKR Pahang, Sdr Kamarzaman Mohamad Yunus di atas tuduhan menganjurkan perhimpunan haram tanpa permit "Blackout 505" telah ditunda kepada tahun depan.  Penangguhan kes ini dibuat kerana Hakim yang mengendalikan kes tersebut di Mahkamah Sesyen 1, Kuantan cuti sakit.


Monday 25 November 2013

BICARA KES HIMPUNAN BLACKOUT DI MAHKAMAH KUANTAN PAGI INI

Pagi ini (25/11/2013) jam 09.00 Setiausaha PKR Pahang, Sdr Kamarzaman Mohamad Yunus akan menghadiri perbicaraan di Mahkamah Sesyen 1, Kuantan berkaitan kes Himpunan "Blackout 505" yang telah berlangsung di Perkarangan Pejabat PKR Negeri Pahang sejurus selepas PRU 13 yang lalu.

Pertuduhan terhadap beliau adalah berkaitan himpunan tanpa permit dan kelulusan.  Meskipun himpunan tersebut telah diadakan di Perkarangan/Dataran Pejabat PKR Negeri iaitu kawasanb hak milik persendirian, namun tindakan tetap mahu diambil ke atas Penganjur.

Sehubungan itu, marilah bersama ke Mahkamah esok bagi memberikan sokongan moral kepada Sdr Kamarzaman dan kita doakan agar kes ini akan memihak kepada kebenaran, InsyaAllah. 

Thursday 14 November 2013

HADIR RUMAH TERBUKA DEEPAVALI PARLIMEN/DUN INDERA MAHKOTA

Malam tadi, (13 Nov 2013) jam 08.00 malam bertempat di perkarangan Pusat Komuniti Dun Semambu, Indera Mahkota telah diadakan Rumah Terbuka Deepavali anjuran Parlimen Indera Mahkota bersama Dun Semambu.
 
Berbagai lapisan masyarakat telah hadir bagi meraikan kaum berugama Hindu yang masih lagi hangat dan meriah menyambut Deepavali.  Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman tidak dapat hadir kerana tugasan beliau di Parlimen telah mewakilkan Pegawai Khasnya, Sdr Dr Azli yang telah memberikan ucapan mewakili YB Dato' Fauzi.  Adun Semambu, YB Lee Chean Chung juga turut hadir memeriahkan lagi sambutan yang diadakan malam tadi.
 
Turut hadir adalah beberapa pimpinan setempat termasuk SU PKR Pahang, Sdr Kamarzaman Yunus.  
 
SU PKR Pahang, Sdr Kamarzaman (baju batik) bersama isterinya dan Pegawai Khas MP Indera Mahkota, Sdr Azli
 
Adun Semambu, YB Lee Chean Chung (Dua dari Kiri) dan Sdr Kamarzaman (SU PKR Pahang) bersama di antara yang hadir meraikan Rumah Terbuka Deepavali
 
Sdr Kamarzaman (SU PKR Pahang)
Sdr Dr Azli mewakili MP Indera Mahkota memberikan ucapan
Dr Azli mewakili YB Dato' Fauzi menyampaikan sumbangan
 

Wednesday 6 November 2013

ALMARHUM TUAN HJ SUHAIMI YANG SAYA KENALI

AL FATIHAH.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Al Fatihah buat Almarhum Tuan Hj Suhaimi Said, Pengerusi Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR yang juga Ketua Cabang PKR K.Krau, bekas calon Dun Jenderak di atas pemergian beliau ke Rahmatullah petang semalam.

Almarhum Tuan Hj Suhaimi seorang pejuang
Tiada kata yang boleh saya lafazkan kecuali perasaan sedih di atas pemergian Almarhum, bukan sahaja kerana beliau adalah salah seorang pimpinan PKR Pahang iaitu Naib Pengerusi, tetapi juga beliau mempunyai sejarah hubungan peribadi yang 'sentimental' dengan saya.  Satu-satunya sifat terpuji yang ada pada Almarhum adalah ketegasan beliau di dalam sesuatu isu atau perkara yang beliau rasa benar walaupun bercanggah pendapat dengan orang lain.  Begitulah hubungan beliau dengan saya sewaktu saya melaksanakan amanah sebagai Setiausaha PKR Pahang.  Itulah juga cara beliau dengan sesiapa pun hatta dengan Pengerusi PKR Pahang sendiri bahkan di peringkat MPP yang mana beliau juga salah seorang Ahli MPP.

Kamarzaman - Rasa sedih kehilangan Almarhum
Satu ketika, hubungan saya dengan dia dilihat ramai rakan seperti musuh ketat yang tidak akan bersatu kembali.  Namun, bagi mereka yang mengenali saya dan Almarhum ianya tidak menjadi sedemikian.  Berselisih pendapat, tegur menegur sesama ahli parti adalah satu sikap yang positif jika dilihat secara positif.  Saat paling tidak dapat saya lupakan, setelah agak lama seperti 'bermasam muka', kami bertemu di Kuantan di dalam satu majlis sebelum PRU 13 yang lalu, saya menghampiri beliau dan berjabat tangan lalu kami berpelukan sambil saya berulangkali memohon maaf kepada beliau sekiranya tindak tanduk saya menyinggung perasaannya.  Alhamdulillah, rupa-rupanya Almarhum bukan seorang pendendam tetapi beliau begitu ikhlas meluahkan pendapatnya.

Selepas itu, hubungan kami amat rapat sehinggalah Almarhum banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya berkaitan urusan parti.  Itulah dia wajah sebenar Almarhum Tuan Hj Suhaimi yang saya kenali.  Tegas, tetapi tidak pendendam dan tidak suka bermusuh dengan sesiapa.

Kehilangan beliau amat saya rasai.  Beliau amat gigih melaksanakan amanah dan tanggungjawab parti.  Sebelum PRU 13, beliau berulangkali merayu kepada Pengerusi PKR Negeri agar tidak dicalonkan namanya sebagai calon di Dun Jenderak, tetapi beliau sanggup bekerja membantu kemenangan calon yang dipilih oleh parti.  Beliau juga berulangkali memohon meletakkan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR K.Krau atas alasan masalah kesihatan yang sering mengganggu dan juga ingin menonjolkan muka baru di Jenderak.  Malangnya, permohonan Almarhum ditolak oleh Pengerusi MPN kerana tenaga dan buah fikiran beliau amat diperlukan oleh parti tambahan pula disaat PRU, parti tidak mempunyai banyak masa untuk melatih tokoh baru bagi menggantikan beliau.

Itulah Almarhum Tuan Hj Suhaimi Said.  Beliau bukan insan yang mengejar jawatan dan kedudukan.  Beliau berjuang di dalam parti adalah untuk melaksanakan agenda parti bagi melakukan perubahan atau 'reform'.  Meskipun terdapat pimpinan dan ahli parti yang kecewa dengan keputusan parti lantas meninggalkan parti, ini tidak berlaku kepada Almarhum.  Tidak semua keputusan parti samada di peringkat Negeri mahupun Pusat dipersetujuinya, namun Almarhum tidak sanggup untuk meninggalkan parti yang dicintainya.  PKR adalah parti yang didokong oleh beliau sehingga ke nafas yang terakhir.

Terima kasih Tuan Haji Suhaimi Said.  Jasamu tetap ku kenang semoga Allah merahmati Roh mu di sana dan ditempatkan bersama golongan pejuang Islam dan Solehah.  AL FATIHAH.

KAMARZAMAN MOHAMED YUNUS
Setiausaha
PKR Pahang



 

Tuesday 5 November 2013

IMEJ PKR TERCALAR LAGI ANGKARA PENGKHIANAT INI?

ISU lompat lagi melanda PKR.  Jeremy Malazad, Adun Kadamaian, mengisytiharkan beliau telah melepaskan semua jawatan serta keluar dari PKR semalam.   Jangan terperanjat selepas ini, Jelani Hamdan, Adun Matunggong turut akan berbuat demikian walaupun kita masih mengharapkan beliau masih mempunyai akal sebagai manusia bertamaddun dan bermoral.
 
 
Apa pun alasan yang diberikan, mereka kena tahu rakyat pilih mereka bukan kerana kehebatan mereka secara peribadi tetapi kerana yakin dengan parti yang beliau wakili iaitu PKR.  Ertinya, rakyat mahukan perubahan yang diperjuangkan oleh PKR/PR di Sabah.  Jika ikhlas beliau ingin berjuang sendiri tanpa PKR, nah, sila kosongkan kerusi Dun yang mereka wakili dan kembalikan semula kepada rakyat untuk memilih samada mereka masih yakin dengan PKR/PR atau tidak.  Mengapa bacul takut untuk kosongkan kerusi?  Mahu makan elaun Adun dengan cara menghisap darah rakyat?
 
Alasan beliau, "kejayaan BN menangani pelbagai isu yang dibangkitkan di negeri itu semasa pilihan raya umum ke-13 membuatkan beliau meneliti semula kedudukannya sebagai wakil rakyat PKR. "Saya sudah berjanji untuk menjadi wakil rakyat terbaik dalam memberi sumbangan dan khidmat yang diperlukan oleh rakyat, dan saya percaya rakyat di Sabah semakin yakin dengan pendekatan dan kesungguhan kerajaan BN dalam menyelesaikan isu berbangkit," katanya.

Jelas, beliau tidak sanggup menghadapi kesusahan sebagai Adun Pembangkang. Beliau mahu naik dengan hasil sokongan rakyat tetapi tidak sanggup menempuh kesusahan seperti rakyat Sabah telah tempuh berpuluh tahun lamanya. Memang bangsat jenis ini.
 
Satu perkara lagi, siapa yang mencalonkan orang seperti ini menjadi calon PKR?  Bukankah Ketua Umum PKR berkali-kali tegaskan bahawa pada PRU 13 PKR akan tentukan calon terbaik tanpa ada spesis katak seperti ini?  Memang kita tidak boleh selami hati dan niat seseorang kecuali melihat pada zahirnya, tetapi sedikit sebanyak aku rasa ada yang tidak kena dengan sistem pemilihan kita dalam PKR.  Unsur camportangan dari tokoh-tokoh tertentu di dalam PKR bagi mencatur calon pilihan masing-masing usah dinafikan.  Memang wujud dalam menentukan calon di dalam PRU 13 yang lalu.  
 
Ada kawasan yang telah meletakkan calon pilihan kawasan tersebut, tetapi di penghujungnya dicantas dan dinaikkan tokoh lain yang belum teruji dengan perjuangan parti.  PKR jangan cuba nafikan perkara ini.  Ia bukan saja berlaku di Sabah, tetapi berlaku juga di Semenanjung.  Paling khianat, mereka bukan saja keluar parti dan menjadi calon Bebas tetapi membuat pengakuan menjadi calon Bebas yang pro Bn.  Oleh itu, alasan katak ini memang tidak masuk akal samasekali.  Mereka tidak bersetuju dengan kepimpinan sepatutnya mereka kritik kepimpinan dari dalam, bukannya menjadikan kepercayaan rakyat sebagai pertaruhan.  Apakah Adun ini fikir semua rakyat yang mengundi beliau bersetuju dengan alasannya itu?
 
Apa pun, PKR mesti peka dengan hal ini.  Ini bukan pertama kali berlaku di dalam PKR.  Sebuah negeri telah jatuh angkara pengkhianat seperti ini.  DS Anwar, mahu atau tidak beliau terpaksa tegas selepas ini.  Jangan benarkan mana-mana tokoh di dalam PKR membina politik individu masing-masing.  Badan seperti JPRP harus dimansuhkan kerana terlalu banyak kontroversi tentang keputusan badan yang diterajui oleh Azmin ini.  
 
Di dalam kongres PKR tidak beberapa lama lagi, tentukan isu seperti ini diperdebatkan dengan serius jika mahu imej PKR dipulihkan.    
 
 

Sunday 3 November 2013

SKRIN BESAR PERLAWANAN AKHIR BOLASEPAK PIALA MALAYSIA MALAM INI DI INDERA MAHKOTA

MALAM ini, Ahad (03/11/2013) mari kita ramai-ramai menyaksikan Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Malaysia di antara dua gergasi Pantai Timur iaitu Pahang yang akan menentang Kelantan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor mulai jam 0845.


Pejabat Khidmat Parlimen Indera Mahkota bertempat di Jalan 8/33, Indera Mahkota (berdekatan Mc Donalds) akan menayangkan secara langsung melalui skrin besar di perkarangan pejabat tersebut.  Sehubungan itu, peminat-peminat bolasepak dijemput untuk bersama-sama menonton perlawanan yang pastinya menarik malam ini.


Tuesday 29 October 2013

Bil elektrik, air rumah PM lebih RM2.5 juta

Jumlah bil elektrik bagi kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Seri Perdana adalah sebanyak RM2,237,788.13 pada 2012.

 
 
Manakala sebanyak RM311,174.25 dibelanjakan untuk pembayaran air sepanjang tahun tersebut.

Perkara itu dimaklumkan dalam jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke.

Anthony bertanya mengenai butir-butir bil elektrik dan air serta kos penyelenggaraan kediaman rasmi Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Malaysiakini

Sunday 27 October 2013

BAJET 2014 NAJIB TERUS DIKECAM

Pemimpin Pakatan Rakyat menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pengumuman kerajaan yang bercadang menambah dan meneruskan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014.

Ahli parlimen Kulai Teo Nie Ching dan ADUN Batu Caves Amiruddin Shari mempersoal bantuan itu kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.

Sedangkan, pada Februari lalu – sebelum pilihan raya umum ke-13 – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata bantuan itu boleh ditambah kepada RM1,000 jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya.

“#Bajet2014 BR1M akan menaikkan (bantuan) kepada RM650. Saya ingat dulu TPM janjikan RM1,000,” kata Teo dalam tweet-nya lewat petang semalam.

Sementara Amiruddin pula berkata: “Janji ditepati! Janji BR1M RM1,000 dapat RM650,” kata beliau dalam tweet-nya.

Muhyiddin antara lain dilapor berkata BR1M akan diberi “bukan sahaja untuk kali kedua, tetapi untuk masa ketiga, keempat, kelima, atau malah selama-lamanya jika BN menang kerajaan”.

Sementara itu, berikut reaksi beberapa pemimpin Pakatan mengenai Bajet 2014 yang bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji” di Parlimen petang semalam.

Ong Kian Ming, ahli parlimen DAP Serdang

Saya tidak tahu mengapa Najib fikir dengan GST akan lebih murah, tetapi saya tidak bersetuju dengan beliau.

Beliau berkata, orang ramai akan dapat kurang berbelanja kerana cukai jualan dan perkhidmatan dimansuhkan (10 dan 6 peratus). Cukai jualan dan perkhidmatan adalah untuk peratusan kecil daripada beberapa barang.

GST adalah menyeluruh. Syarikat akan mengambil peluang ini untuk meningkatkan harga barangan sekurang-kurangnya 4 peratus. Malah, saya menjangkakan harga akan meningkat.

Liew Chin Tong, ahli jawatankuasa pusat DAP

Ada lebih banyak cara lain untuk kehidupan lebih sihat (subsidi gula). Peruntukan pengangkutan awam tidak banyak.

Terdapat potensi GST akan menyebabkan kemelesetan. Ia akan mengurangkan penggunaan domestik. Anda meningkatkan pendapatan dari golongan miskin. Apabila pendapatan boleh guna mereka dikurangkan, kuasa perbelanjaan mereka akan mengurangkan.

Ekonomi kita bergantung kepada penggunaan domestik. GST akan mengurangkan permintaan, orang akan berfikir tentang apa yang perlu dibayar. Kita pada dasarnya mencukai orang yang tidak pernah bayar cukai.

Tiada semakan semula menyeluruh tentang pengangkutan awam. Jika anda mahu mengurangkan subsidi, anda mesti mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap. Enam peratus adalah adalah tinggi, kami menjangkakan empat peratus.

Dr Dzulkefly Ahmad, angggota jawatankuasa pusat PAS

GST bertujuan mengelak cukai berganda, Najib bohong pada rakyat. Jika cukai berkurangan bagaimana mungkin untuk tambah hasil cukai, Najib?

Turut memberi pandangan ialah Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong:

Pertama sekali, RPTG (Cukai Keuntungan Harta Tanah), (memberi) kesan yang besar kepada pembangunan perumahan. Ia tidak boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat. Ramai kaum Cina terlibat dalam pembangunan hartanah. Ia mesti dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Saya tahu niat yang baik, tetapi anda lakukan dengan cara yang drastik, mungkin menghalang jualan harta tanah. Sebanyak 150 industri terlibat di sini. SMJK mesti diberi peruntukan tertentu.

Saya fikir GST adalah OK. Rakyat berharap persoalan mereka terjawab, mengapa kita perlu GST. Rakyat akan memahami mengapa kita perlu GST. Saya berharap tidak ada cukai dua kali./Anwaribrahim.blog

Friday 25 October 2013

Tragedi Cameron Highlands: Pihak bertanggungjawab wajib beri penjelasan

Berita tragedi pembukaan empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet yang mengakibatkan kematian tiga jiwa amat mengejutkan. Takziah buat keluarga dan waris mangsa kejadian.

Meskipun tidak ada sesiapa mempersoalkan keperluan untuk menghalang empangan tersebut daripada pecah dan mengakibatkan kesan yang amat buruk, kami amat runsing dengan prosedur yang digunapakai bagi melepaskan air empangan tersebut.

 
 
Adakah amaran sewajar dan secukupnya diberikan kepada mereka yang hampir pasti menerima kesan daripada pelepasan terbabit? Apakah langkah keselamatan lain yang diambil bagi memastikan mudarat daripada situasi demikian berada pada kadar minima?

Kami memuji usaha dan gerak kerja oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Tetapi siapa yang sebenarnya mempunyai autoriti untuk mengarahkan pelepasan dan kenapa pihak yang berkuasa itu menanti sehingga tengah malam sebelum membunyikan isyarat amaran? Mereka yang bertanggungjawab mesti memberikan penjelasan kepada orang ramai.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN

Friday 18 October 2013

ISU KALIMAH ALLAH MAHU ALIH PERHATIAN SKANDAL KERAJAAN BN

Media sekarang cuba bermain dengan isu Kalimah Allah.  Semua ini tidak lain hanya kerana untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu atau skandal di dalam Laporan Ketua Audit Negara yang secara jelas dan berfakta kukuh menunjukkan kegagalan Kerajaan berlaku telus di dalam pentadbirannya.

Oleh yang demikian, kita jangan terperangkap dengan isu Kalimah Allah.  Mari kita bahaskan semula atau hangatkan semula isu Laporan Ketua Audit Negara.  Kita perlu turun ke akar umbi memberitahu rakyat betapa wang rakyat telah banyak dipergunakan secara tidak betul, di mana si kaya bertambah kaya dan si miskin terus menunggu BR1M.

Laporan Ketua Audit Negara sebenarnya merimaskan Kerajaan Umno/Bn sekarang.  Najib tentunya hilang arah bila berdepan dengan segala fakta yang ada.  Maka, isu Kalimah Allah perlu dicanangkan agar kita semua lupa tentang skandal yang berlaku.  Kita akan lupa tentang kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan.  Kita akan lupa tentang banyak janji-janji Bn sewaktu kempen PRU 13 yang lalu tidak ditunaikan.

Friday 11 October 2013

HI-TEA - REFORMIS BERSAMA MUSTAFA KAMIL AYOB PADA 12 OKT 13 DI KUANTAN


Orang ramai terutamanya dari golongan reformis baru dan lama yang masih komited dengan pergerakan rakyat untuk melakukan perubahan, dijemput untuk bersama dengan tokoh reformis Sdr Mustafa Kamil Ayob di dalam program Hi-Tea "Temu Rapat Reformis dan Penggerak Arus Perjuangan Rakyat" yang akan diadakan pada 12 Okt 2013 (Sabtu) ini bermula jam 2.30 petang bertempat di Hotel Sri Manja, Bandar Indera Mahkota, KUANTAN.

Program ini nanti adalah peluang untuk kita bersama berkongsi pendapat dan pandangan tentang arah tuju kita seterusnya di samping mendengar sendiri apa yang boleh dikongsikan oleh tokoh lama reformis Sdr Mustafa Kamil.

Mohon hebahkan melalui FB masing-masing dan kepada rakan-rakan untuk turut serta pada tarikh yang dinyatakan.

Monday 30 September 2013

SEKITAR PROGRAM CERAMAH BANTAH TPPA DI BALOK

Pada 28 September baru-baru ini, satu program ceramah penerangan yang dianjurkan oleh SAMM, SMM dan Gamis yang diadakan di PUTRA Balok, Kuantan. Ceramah ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai betapa Perjanjian TPPA yang bakal dipersetujui kerajaan ini boleh mengheret negara melalui penjajahan moden dalam bentuk ekonomi.

Dato’ Fauzi Abdul Rahman – Ahli Parlimen Indera Mahkota juga telah diberi peluang menyampaikan ucapan di mana beliau telah menyatakan bahawa kedaulatan negara diperjudikan oleh kerajaan yang ada sekarang ini kerana TPPA adalah satu perangkap penjajah moden. Kandungan perjanjian TPPA yang dirahsiakan dari pengetahuan umum juga menimbulkan kecurigaan rakyat, Bukan sekadar orang awam biasa yang tidak mengetahui apa itu TPPA, tetapi golongan pertengahan dan terpelajar juga ramai yang tidak mengetahuinya.
 
 

Friday 20 September 2013

Panas!!! Tidak munasabah Dr Mahathir tidak tahu Projek IC - Anwar Ibrahim


Tidak munasabah jika Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu menahu mengenai Projek IC di Sabah kecuali beliau tidak bertanggungjawab atau tidak cekap, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) ketika memberi keterangan di hadapan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah, hari ini.

Anwar berkata, sebagai Perdana Menteri ketika projek ini berlangsung, Dr Mahathir sepatutnya bertanggungjawab terhadap skandal itu dan Anwar menolak penjelasan bekas perdana menteri itu bahawa beliau tidak tahu mengenainya.

Anwar juga berkata, beliau tidak pernah mendengar mengenai Projek IC ketika berada dalam Kabinet dari 1982 hingga 1998.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Pegawai RCI, Manoj Kurup sama ada beliau tahu atau tidak mengenai projek itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau mendengar mengenai kewujudan satu pasukan khas yang ditubuhkan untuk memasukkan pendatang asing sebagai rakyat Malaysia.

"Antara 1993 hingga 1998, ketika saya timbalan perdana menteri, saya tidak pernah dijemput dalam mana-mana mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Saya ada mendengar satu pasukan khas ditubuhkan oleh MKN pada 1989 tetapi tidak mendapat maklumat lanjut," katanya di hadapan panel lima anggota RCI yang diketuai Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

"Hatta semasa menjadi pemangku perdana menteri selama dua bulan, saya tidak pernah diberi penerangan oleh Ketua Pengarah MKN atau diminta menandatangani apa-apa fail berkaitan dengan MKN," katanya dan turut memberitahu, Projek IC tidak pernah dibawa kepada Kabinet.

Berpakaian sut biru gelap dan berbaju putih, Anwar dalam keterangannya berkata, pada masa itu Dr Mahathir adalah Menteri Dalam negeri.

Anwar yang memakai cermin gelap sepanjang menjadi saksi itu kerana masalah mata, kelihatan tenang semasa menjawab segala soalan yang dikemukakan kepadanya oleh Kurup, Shim dan wakil daripada Persatuan Peguam Sabah.

Sebelum ini, Dr Mahathir mendakwa kepada pemberita di Kuala Lumpur, bekas timbalannya itu pasti tahu jika pengeluaran kad pengenalan palsu di Sabah dibuat secara rasmi oleh kerajaan.

Tanpa menamakan Anwar, bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini berkata, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu seharusnya mengetahui kejadian yang berlaku di Sabah.

"Jika ia polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?" katanya.

"Adakah dia akan menipu di suruhanjaya dan mengatakan saya yang arahkan? Dia mesti tahu, kerana dia timbalan saya," katanya merujuk kepada RCI itu.

Sehubungan itu itu, Anwar memberitahu The Malaysian Insider, beliau akan menjawab segala tuduhan Dr Mahathir itu dalam RCI ini. – 19 September, 2013.

TheMalaysiaInsider

Tuesday 10 September 2013

PEMBUNUHAN ALTANTUYA - SIASATAN BARU TIDAK PERLU?

KUALA LUMPUR 9 SEPTEMBER: Keengganan polis membuat siasatan baru kes pembunuhan Altantuya Shariibuu, menunjukkan sikap lepas tangan pihak berkuasa itu dalam memberi keadilan kepada mangsa.

“Mereka tidak minat untuk cari siapa yang bunuh Altantuya. Nampaknya, Ketua Polis Negara (KPN) tidak endah ada pembunuhan walaupun jelas beberapa orang terlibat.

 
 
“Mereka tidak nampak keperluan untuk melihat siapa yang membunuh dan mendapatkan satu keadilan terhadap mangsa pembunuhan.

“Nampak sangat mereka lepas tangan, tak ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku, ini merupakan cara menutup jenayah,” kata Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, dipetik TV Selangor.

KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menyatakan siasatan baru tidak perlu dan mahu semua orang menghormati keputusan mahkamah.

Latheefa menyifatkan, siasatan tidak profesional polis boleh memberi kesan terhadap sesuatu kes di mahkamah.

“Kerja polis tak mantap, tak complete (selesai) dan memberi satu penyiasatan yang tidak sempurna kepada mahkamah.

“Sudah tentu mahkamah perlu melepaskan seseorang itu kalau tak cukup bukti. Yang salahnya polis kerana siasatan tidak profesional,” katanya./KD

Friday 6 September 2013

BUNG MOKHTAR MENGHINA ORANG-ORANG KAMPONG?

Apabila Najib mengumumkan kenaikan harga petrol Ron 95 dan Diesel sebanyak 20 sen se Liter semalam yang berkuatkuasa tengah malam tadi, jelas membuktikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa rakyat pasti akan menerima akibatnya jika mereka terus berada di bawah Kerajaan Umno/Bn.

Paling mendukacitakan, kenaikan harga Petrol yang menjadi kegunaan rakyat bawahan sekaligus akan menjadikan harga barang bertambah naik, kenyataan MP Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin jelas memperlekehkan rakyat biasa di kampong-kampong. Itulah jenis pemimpin yang diangkat oleh rakyat bawahan di ceruk-ceruk kampong pendalaman yang akhirnya langsung tidak mengenang budi.



MP Kinabatangan - Bung Mokhtar

"Minyak petrol naik (harga), pastinya tidak memudaratkan rakyat kerana yang ada kereta besar adalah orang-orang besar dan berkemampuan, (sedangkan) orang kampung ada tidak berkereta," kata anggota Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin" (Malaysiakini). Kenyataan beliau ini menggambarkan beliau langsung tidak peka terhadap nasib rakyat bawahan terutamanya di pendalaman yang banyak mengundi Bn di dalam PRU 13 yang lalu. Akibat kekurangan maklumat dan takut kepada ugutan, rakyat di pendalaman tetap setia mengundi Bn. Tetapi inilah balasan yang mereka terima daripada pemimpin Bn ini.

Adakah Bung Mokhtar merasakan orang-orang kampong di Semenanjung sama dhaifnya seperti di tempat beliau wakili sekarang. Mungkin di Sabah dan Sarawak tidak dinafikan kebanyakan kawasan kampong dan pendalaman memang dhaif tanpa bekalan api dan air. Mereka juga tidak memerlukan kereta kerana jalan ke kampong mereka pun amat teruk bahkan ada yang masih menaiki bot, sampan atau feri lagi untuk ke seberang. Tetapi berbeza di Semenanjung, di merata-rata kampong termasuk di kawasan Felda, kereta sudah menjadi salah satu pengangkutan atau kemudahan bagi rakyat. Hampir sertiap rumah pasti memiliki kereta atau paling kurangnya motorsikal yang juga menggunakan petrol.

Kereta sudah menjadi satu keperluan di zaman sekarang bukan hanya untuk orang-orang kaya seperti 'beristeri dua'. Jika Bung Mokhtar mampu beristeri lebih dari satu kerana beliau bukan rakyat biasa, tetapi bagi orang kampong kereta adalah keperluan utama mereka berbanding beristeri lebih.

Amat malang sekali rakyat kini ternyata tertipu dengan janji-janji manis Umno/Bn setelah mereka berkuasa. Pakatan Rakyat tidak akan membiarkan Umno/Bn terus melakukan sesuka hatinya walaupun telah berjaya membentuk "Kerajaan 47%" yang dibantu oleh SPR itu.

Friday 30 August 2013

ANWAR DI KUANTAN BERHARI RAYA DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN PADA 31 OGOS 2013

Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menjadi tetamu istimewa di dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri serta Sambutan Ambang Merdeka yang akan diadakan esok (Sabtu-31 Ogos 2013) bermula jam 04.00 petang bertempat di kediaman Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman.

Orang ramai dijemput hadir pada hari tersebut di alamat NO.14, JALAN IM5/14, IND.MAHKOTA 5, BANDAR IND.MAHKOTA, KUANTAN.



Sejurus selepas itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan bersama anak-anak muda dan golongan profesional di dalam Majlis Hi-Tea yang akan diadakan di Seri Manja Boutique, Indera Mahkota, Kuantan bermula jam 05.00 petang.

Radio KOBAT FM akan bersiaran secara langsung dari kediaman YB Dato' Fauzi manakala kami akan berusaha membawakan 'Live Stream' Majlis Hi-Tea yang akan diadakan selepas itu.

Thursday 29 August 2013

SETIAUSAHA PKR PAHANG DI MAHKAMAH SEKSYEN KUANTAN PAGI INI

SEBUTAN KES HIMPUNAN BLACKOUT 505 BERMULA PAGI INI DI MAHKAMAH SEKSYEN, KUANTAN

Pagi nanti, Khamis (29 Ogos 2013) jam 08.30 AM, sebutan kes di bawah Seksyen 9(1), Akta Perhimpunan Aman akan bermula di Mahkamah Seksyen 2, Kompleks Mahkamah Kuantan, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Kes ini akan melibatkan Setiausaha PKR Negeri Pahang, Sdr Kamarzaman bin Mohamed Yunus di dalam penganjuran Himpunan Kebangkita Rakyat #Blackout 505 Peringkat Negeri Pahang yang telah diadakan di Dataran Rakyat, Pejabat PKR Negeri Pahang, Jalan Beserah Kuantan pada 14 Mei yang lalu.
Sdr Kamarzaman bin Mohamed Yunus - Setiausaha PKR Pahang
Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berkelapangan boleh lah hadir pada tarikh dan masa yang tersebut untuk kita bersama-sama memberikan sokongan moral kepada Sdr Kamarzaman. Himpunan Kebangkita Rakyat #Blackout 505 yang telah diadakan itu ternyata mendapat sambutan yang di luar dugaan meskipun lokasi program telah diubah disaat-saat akhir. Lebih kurang 40 Ribu telah memenuhi ruang perkarangan Ibu Pejabat PKR Negeri Pahang pada malam itu yang dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pimpinan utama dari Pakatan Rakyat.

Sewajarnya perkara ini tidak berbangkit lagi apabila pihak Penganjur telah bersedia menerima nasihat dari pihak berkuasa untuk mengubah lokasi dari Perkarangan PASTI Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan ke Dataran Rakyat, Ibu Pejabat PKR Negeri iaitu perkarangan premis persendirian. Sikap tolak ansur pihak Penganjur seharusnya diberi pujian, namun ianya tidak berlaku.

Bersamalah kita mendoakan agar kes ini akan memihak kepada Sdr Kamarzaman selaku individu yang berperanan penting melaksanakan tugasnya sebagai pimpinan parti.

Saturday 24 August 2013

31 Ogos 2013 - Program Hi-Tea Anak Muda & Profesional Pahang Bersama Anwar


Program Hi-Tea Anak Muda & Professional bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 31 Ogos 2013 (Sabtu) bermula jam 5:00 Petang bertempat di Sri Manja Boutique Hotel, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Pelajar / Mahasiswa masuk adalah percuma, sila buat pendaftaran kehadiran melalui http://inderamahkota.my/anakmuda

Bagi Professional bayaran masuk dikenakan sebanyak RM30. Sila berhubung dengan SHAH 016-961 8237 dan WONG 010-902 0925

Monday 19 August 2013

PELUANG UNTUK BERSAMA DS ANWAR PADA 31 OGOS INI


Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk bersama golongan muda dan Profesional di dalam satu Majlis Hi-Tea yang akan diadakan pada 31 Ogos 2013 bermula jam 5.30 petang bertempat di Sri Manja Boutique Hotel. Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Kepada sesiapa yang ingin mengambil kesempatan untuk bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim sambil minum petang dan bersantai, dijemput hadir dan anda hanya perlu menyumbang sebanyak RM 30 bagi golongan Profesional (bekerjaya/jawatan tinggi di sektor awam atau swasta) dan bagi pelajar pula hanya dikenakan RM 15 sahaja.

Mohon hebahkan program ini melalui Facebook serta maklumkan juga kepada rakan masing-masing.

Sebarang maklumat terperinci, sila berhubung dengan Sdr Shahnul (019-2297487)/Sdr Wong (010-9020925).

Friday 9 August 2013

SELAMAT HARI RAYA - SU KEADILAN PAHANG


Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Puasa 1434 Hijrah kepada semua rakan-rakan fb, salah dan silap harap dimaafkan, juga tidak lupa rakan-rakan sekerja saya dulu di LKPP Corporation seterusnya rakan-rakan dalam politik. Semoga semuanya bergembira dihari raya.

Ikhlas Dari:  

Kamarzaman bin Mohamed Yunus
SU KEADILAN Negeri Pahang/
Penyelaras Dun Lepar
 

Tuesday 30 July 2013

RAMADHAN BAKAL PERGI, SYAWAL BAKAL TIBA - SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Kita semakin hampir meninggalkan Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan semakin menuju ke Bulan Syawal di mana kita sebagai umat Islam akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidil Fitri.

Ertinya, selama sebulan kita telah menempuh ujian dengan berbagai bentuk selain dari menahan lapar dan dahaga.  Bulan Ramadhan juga menjadikan kita insaf terhadap nasib yang menimpa manusia yang kurang bernasib baik.  Justeru itu, wadah politik amat penting untuk kita ceburi kerana untuk merubah keadaan kepada yang lebih baik tiada jalan lain kecuali melalui kuasa politik.  Semuanya bergantung kepada kita untuk berada di wadah politik yang manakah yang kita rasa sesuai dan sejajar dengan apa yang Allah perintahkan.

KEADILAN Cabang Paya Besar dengan ini menyeru anda terutamanya yang berada di kawasan Paya Besar untuk bersama dengan wadah kami KEADILAN yang berjuang untuk semua.  Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.

Friday 26 July 2013

SPR berkokok lebih bising daripada ahli politik – Rafizi


KUALA LUMPUR 25 Julai: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menegaskan beliau telah mengulangi pendedahan mengenai pembekal dakwat kekal dan kaitannya dengan pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di luar dewan rakyat.

Rafizi mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof yang mencabarnya membuat pendedahan di luar parlimen sekiranya ‘beliau anak jantan’.

Menurut Rafizi, kenyataan dibuat di luar dewan sebelum ini mencukupi untuk pengerusi SPR dan timbalannya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

“Tidak timbul soal mengikut kehendak kedua-dua mereka yang cuba mengelak dari persoalan sebenar dengan menimbulkan perkara cabar-mencabar, “siapa lebih anak jantan” seperti yang dimainkan sekarang,” ujarnya,.

Rafizi, yang juga Pengarah Strategi KEADILAN berkata, isu cabaran tersebut membayangkan sikap berat sebelah pengerusi SPR dan timbalannya.

“Malah, perkataan-perkataan yang digunakan seperti “anak jantan”, “menipu” dan lain-lain tidak menunjukkan sikap profesional mereka yang kini berkokok lebih bising dari ahli-ahli politik,” tegas beliau.

Tegasnya, isu sebenar adalah kegagalan mereka mengendalikan pilihan raya dengan adil, bebas dan telus terutamanya mengenai pelaksanaan dakwat kekal.

“Apabila diselidiki, didapati ia berpunca dari kontrak pembekalan yang diberikan secara terus kepada individu tertentu yang turut membolot beberapa kontrak pembekalan lain,” katanya.

Rafizi turut mempersoalkan mengapa syarikat milik Mohamed Salleh Mohamed Alli dipilih secara rundingan terus untuk menjadi pembekal barang-barang pilihan raya termasuk dakwat kekal.

“Apakah penglibatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dalam urusan perolehan dan pembekalan bahan-bahan pilihan raya, terutamanya dakwat kekal yang menjadi penambahbaikan utama yang diwar-warkan oleh SPR dalam PRU13? ,” soalnya./KD

Wednesday 17 July 2013

MESYUARAT MPN PADA 20HB JULAI INI - PENGERUSI MPN TUNTUT KOMITMEN SEMUA

Seperti yang telah dimaklumkan di dalam Blog PKR Negeri Pahang dan juga di dalam blog ini serta melalui Face Book PKR Negeri Pahang, Mesyuarat MPN akan diadakan pada 20hb Julai 2013 ini bermula jam 4.45 petang bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota, Jalan Beserah, Kuantan.

Pemberitahuan ini juga telah dimaklumkan melalui email dan SMS kepada semua Ahli MPN dan AJK-AJK yang dilantik mewajibkan mereka hadir tanpa gagal.  Semua Ahli MPN/AJK mesti mengambil berat dan serius tentang Notis Mesyuarat yang telah dikeluarkan bagi membuktikan bahawa masing-masing masih mempunyai komitmen yang tinggi terhadap parti walaupun PRU 13 telah pun berlalu.

Kepada mereka yang mempunyai alasan atau sebab-sebab yang kuat untuk dikecualikan dari menghadiri mesyuarat penting ini, mereka mestilah memaklumkan terlebih awal kepada Setiausaha PKR Negeri secara bertulis untuk direkodkan.

Pengerusi MPN memandang serius kepada mana-mana Ahli MPN yang bersikap sambil lewa terhadap kepentingan Mesyuarat-Mesyuarat yang diatur oleh Pejabat Negeri.  Kerjasama semua amat-amat diperlukan agar PKR Negeri Pahang terus menunjukkan prestasi yang baik bagi meyakinkan rakyat bahawa parti ini adalah parti yang boleh mewakili suara rakyat sebilang masa.

Mesyuarat ini juga penting untuk melenyapkan suara-suara di belakang tabir yang kadangkala mengkritik kepimpinan negeri mahu pun kepimpinan Cabang mahupun AJK yang dilantik.  

 

Monday 15 July 2013

MESYUARAT MPN PADA 20HB JULAI INI

Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Negeri Pahang akan diadakan pada masa berikut:-


Tarikh    :     20 hb Julai, 2013 (Sabtu)
Masa     :     4.45 Petang
Tempat  :      Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota
                    Lot 1051, Jalan Beserah, Kuantan

Semua Ahli MPN/AJK di WAJIBKAN untuk menghadiri mesyuarat tersebut yang akan di Pengerusikan oleh Pengerusi MPN, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman.  Mohon maklumkan kehadiran terus kepada Setiausaha KEADILAN Negeri melalui SMS ataupun melalui Email.  Sekiranya terdapat keuzuran atau sebarang masalah, mohon nyatakan secara bertulis melalui Email kepada Setiausaha.

Mudah-mudahan semua Ahli MPN/AJK mengambil perhatian.

Selepas mesyuarat akan diadakan majlis berbuka puasa dan Solat Maghrib.  Sila beri maklum balas kehadiran.

Sumber:  SU PKR Negeri

Thursday 4 July 2013

MP Kuantan: Tarik TOL Lynas serta-merta

KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendesak Lesen Pengoperasian Sementara (TOL) yang dikeluarkan kepada Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) ditarik serta-merta.
Menurut Fuziah, semalam (2 Julai) genap 10 bulan dari tarikh akhir Lynas untuk mengenalpasti tapak pembuangan sisa kekal (PDF), radioaktif dan toksik.
Fuziah Salleh

Katanya, Setiausaha Eksekutif AELB pada 8 September 2012 menekankan, Lynas akan mengembalikan sisa tersebut ke Australia seperti dinyatakan dengan jelas oleh keputusan lembaga AELB.
“Kenyataan itu juga menyebut satu surat aku janji oleh Lynas Australia dan Lynas Malaysia Sdn Bhd akan membuang sendiri sisa tersebut daripada Malaysia.
“Maklumat berhubung PDF adalah berdasarkan kenyataan AELB dan juga Menteri bertanggungjawab (Mosti).
“Sekalipun Lynas merancang untuk \mengkomersialkan sisa pepejal WLP, Lynas masih terikat akan mengenal pasti PDF,” katanya kepada pemberita.
Fuziah menambah, sebelum tarikh TOL berakhir, sudah ada gembar-gembur mengenai pengurusan sisa radioaktif oleh Lynas serta pihak berkuasa Malaysia.
Namun, Lynas dengan licik berjaya menimbulkan isu radiasi kepada isu alam sekitar serta kesihatan orang ramai yang disebabkan sifat karsinogenik sisa radioaktif, iaitu thorium.
Justeru Fuziah menegaskan, kegagalan Lynas mengurus pembuangan baki (residue) dan mengenalpasti PDF sudah cukup untuk menarik semula TOL yang dikeluarkan kepada Lynas.
“Saya menggesa AELB membatalkan TOL di Lynas serta-merta,” tegas Fuziah./KD

Monday 1 July 2013

PENGERUSI SPR MAHU JAWAB APA LAGI ?

Jawapan Shahidan Kassim di Parlimen mengenai dakwat kekal yang sebenarnya hanya menggunakan pewarna makanan benar-benar memeranjatkan semua pihak. Ia seperti pukulan maut untuk SPR. Setelah SPR bertegang urat mempertahankan isu dakwat kekal yang banyak dipertikaikan sebelum ini, tetapi dengan jawapan Shahidan ini, kita rakyat Malaysia seperti diperbodohkan mengenai dakwat kekal itu.

Malah ramai yang mengeluh, ini rupanya bentuk Malaysia tanahairku setelah 56 tahun merdeka.
Penggunaan dakwat kekal yang didapati tidak kekal dalam pilihanraya lalu menjadi isu besar kepada rakyat. Setelah rakyat yang mengundi mendapati ia tidak kekal sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh SPR, ramai yang bising mengenainya. Ramai yang membuat laporan polis mengenainya demi untuk mempertahankan proses demokrasi, termasuk seorang anggota tentera yang kemudian dikenakan tindakan di peringkat jabatan atas perbuatan yang sebenarnya berniat murni itu.

SPR pula begitu pantas mempertahankan kekekalan dakwat itu setiap kali ia dibangkitkan. Kononnya ia sudah diuji dan ketidakkekalannya adalah kerana ia tidak digoncang sebelum diguna. Kononnya kalau digoncang betul-betul, ia akan tahan lama. Petugas yang mencalit dakwat diletakkan kesalahan kenapa dakwat itu mudah luntur.

Kemudian apabila ia terus dipertikaikan, SPR memberi jawapan lain pula. Kononnya bahan kimia yang digunakan iaitu nitrat perak dalam dakwat itu terpaksa dikurangkan atas nasihat Kementerian Kesihatan. Seorang timbalan menteri yang juga Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan, turut bercakap dengan hujah yang sama.

Namun kemudian SPR dimalukan pula apabila Menteri Kesihatan berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan laporan mengenai pengurangan nitrat perak dalam dakwat itu.

Apabila is terus dipertikaikan, SPR lalu menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat mengenai perkara itu untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Agak menghairankan, mereka yang menyediakan dakwat kekal itu, mereka juga yang mengujinya, mereka juga yang mempertahankannya tetapi akhirnya kerana tekanan rakyat, menubuhkan jawatankuasa pula.
Namun untuk mengaku kesilapan, jauh sekali. Rakyat pula terus keliru.

Sementara rakyat di bawah terus bercakap mengenai dakwat kekal yang tidak kekal ini dan mempertikaikan kewibawaan SPR, isu ini sering saja tenggelam timbul. Tetapi rakyat hairan dengan jawapan dolak-dalik dan tidak konsisten SPR mengenai isu ini. SPR seolah-olah memberi jawapan ikut sedap mulut saja dan bukan berdasarkan fakta sebenar.

Dalam ertikata lain, jawapan SPR seperti hujah politik seorang Ketua UMNO Cawangan saja layaknya.

Dengan jawapan Shahidan di Parlimen bahawa tiada bahan kimia digunakan dalam dalwat kekal itu, sebaliknya hanya pewarna makanan saja, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sepatutnya menghantukkan kepala masing-masing ke dinding jika mereka faham erti wibawa dan integeriti. Ini benar-benar memeranjatkan dan jelas bahawa pelbagai jawapan yang diberi selama ini bohong belaka. Ahmad Maslan pun turut menjadi pemimpin yang berbohong kepada rakyat.

Sudahlah hanya pewarna makanan yang digunakan, kos pembelian dakwat kekal yang menececah RM7.1 juta turut menjadi isu. Kalau hanya dakwat yang menggunakan pewarna makanan, bagaimana boleh harganya mencecah semahal itu?

SPR kini tidak boleh berdolak-dalik lagi. Jawapan Shahidan di Parlimen lebih dipercayai berbanding pelbagai hujah SPR di sidang media. Kewibawaan SPR sebagai pengendali pilihanraya yang bebas dan adil sudah berakhir. Rakyat berhak mempertikaikan pelbagai isu mengenai pengendalian pilihanraya oleh SPR memandangkan untuk menguruskan hal yang begitu mudah seperti dakwat kekal pun, mereka tidak mampu melakukannya dengan baik.

Rakyat juga hairan kenapa dakwat kekal di negara kita menjadi begitu kalut sedangkan penggunaannya di India dan Bangladesh tidak pernah timbul masalah dan sudah digunakan sejak puluhan tahun lamanya. Jika susah sangat, import saja dakwat yang sama yang digunakan di kedua-dua negara itu!

Dalam hal ini, memang tiada alasan lagi untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR mempertahankan diri mereka. Sudah sampai masanya mereka secara sukarela mengundurkan diri dan meletakkan jawatan. Tidak perlulah berdolak-dalik lagi mengatakan perlantikan mereka atas perkenan Yang Dipertuan Agong dan memaksa berundur kononnya mempertikaikan peranan dan perlantikan baginda itu.

Terus mempertahankan benang basah hanya mengeruhkan lagi keadaan. Letak jawatan dan biar orang lain yang lebih berwibawa memimpin SPR. Memandanfkan pilihanraya kecil Kual Besut akan diadakan tidak lama lagi, sebaiknya mereka mengundurkan diri sebelum pilihanraya itu berlangsung.

Ternampak sekarang, dengan pelbagai kemelut ini, merekalah yang sebenarnya sedang mencemar nama baik Yang Dipertuan Agong, sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan di negara ini dengan jawapan dan hujah yang entah apa-apa dan ikut sedap mulut saja mengenai dakwat kekal yang dipertaikaikan oleh seluruh rakyat Malaysia./anwaribrahim.blog

Thursday 27 June 2013

KES HIMPUNAN BLACKOUT 505 PAHANG - SU PKR PAHANG DI MAHKAMAH PAGI INI

Pengurusan Kes (Case Management) berkaitan program Suara Rakyat Suara Keramat (Blackout 505 Peringkat Negeri Pahang di Kuantan) terhadap Saudara Kamarzaman Mohamad Yunus (Setiausaha PKR Pahang) akan dibuat di Kompleks Mahkamah Kuantan, Bandar Indera Mahkota pada hari ini (Khamis - 27 Jun 2013) jam 9 pagi. 

Beliau dipertuduhkan di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana menganjurkan program Suara Rakyat Suara Keramat "Black Out 505" peringkat Negeri Pahang tanpa kebenaran pihak Polis.

Sdr Kamarzaman - SU PKR Pahang
Sdr Kamarzaman akan diwakili oleh peguam Irfan Abdullah.  Kepada yang berkesempatan, bolehlah hadir untuk memberikan sokongan moral kepada beliau. Sila berpakaian dengan kemas mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

Thursday 20 June 2013

CABANG PAYA BESAR KERAH AHLI TURUN KE KL PADA 22 JUN INI

Cabang KEADILAN Paya Besar dengan ini menyeru kepada seluruh ahli Cabang untuk turun beramai-ramai ke Padang Merbok, KL pada 22hb Jun ini nanti bagi menunjukkan sokongan kita terhadap tuntutan rakyat agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan segera di samping Pilihanraya semula perlulah diadakan di beberapa kawasan yang terang dan jelas berlaku penipuan.

Semua ahli diminta hadir lebih awal dari tarikh tersebut bagi mengelakkan kesesakan jalanraya dan pastikan tidak membawa sebarang senjata yang merbahaya di samping sentiasa mematuhi arahan keselamatan dari pihak penganjur perhimpunan pada hari tersebut.

Jangan lupa, malam ini (20 Jun 13) di Perkarangan Pejabat KEADILAN Temerloh, Taman Saga, Mentakab akan diadakan "Countdown" Suara Rakyat 622 di mana akan menampilkan beberapa pimpinan politik, NGO dan Mahasiswa.  Program anjuran SAMM ini merupakan 'warm-up' sebelum kita ke KL pada 22 Jun ini.




Tuesday 11 June 2013

SEMUA CABANG KEADILAN DI PAHANG DIKERAH TARIK AHLI UNTUK HADIR HIMPUNAN 505 PADA 22 JUN INI

Setiausaha KEADILAN Pahang, Sdr Kamarzaman Mohamad Yunus menyeru semua ahli KEADILAN khususnya di setiap Cabang untuk hadir ke Himpunan 505 yang bakal diadakan di Padang Merbok, KL pada 22 Jun ini nanti.  Jadual asal iaitu pada 15 Jun sepertimana surat yang telah diedarkan kepada semua Cabang hendaklah dipinda tarikh himpunan tersebut kepada 22 Jun 2013, tetapi lokasi tidak berubah.

Adalah menjadi tanggungjawab semua Ketua Cabang untuk meniupkan semangat perjuangan menentang penipuan SPR kepada seluruh ahli Cabang masing-masing agar objektif himpunan itu nanti akan tercapai.  Penyampaian maklumat serta kempen menggalakkan ahli masing-masing untuk hadir ke himpunan tersebut boleh diadakan dengan berbagai cara samada melalui program ceramah, edaran poster, banner, hebahan melalui media sosial seperti Face Book, Blog atau apa jua mengikut inisiatif kepimpinan Cabang.

Pakatan Rakyat telah membuat keputusan untuk turut bersama-sama dengan beberapa NGO untuk berhimpun secara aman pada tarikh tersebut.  Sehubungan itu, kita perlulah beranggapan bahawa menghadiri himpunan pada 22 Jun ini nanti adalah satu perjuangan dan tugas kita sebagai ahli parti.

Sunday 2 June 2013

SEMUA PARTI TIDAK PERCAYA DENGAN SPR, ELOKLAH MEREKA LETAK JAWATAN

Fail Petisyen: BN sendiri tak percaya SPR – Saifuddin

KUALA LUMPUR 1 Jun: Tindakan Barisan Nasional (BN) untuk memfailkan lebih 50 petisyen di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukti parti itu sendiri tidak percaya kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

 
 
Secara tidak langsung, ujarnya, tindakan Umno BN itu ibarat ‘meludah ke langit’ kerana mereka sebelum ini bersungguh-sungguh mempertahankan ketelusan SPR.

“Tetapi sekarang, Umno BN pun tidak percayakan kepada SPR. SPR harus ingat inilah padahnya apabila cuba mengkhianati amanah yang rakyat berikan untuk menikmati proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil,” ujarnya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tindakan itu juga mengesahkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa memang wujud kelemahan dan kecurangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Ini beban baru SPR yang perlu mereka jawab selepas Pakatan berjaya membuktikan segala kecurangan yang wujud dalam pelbagai segi, seperti senarai daftar pemilih, isu dakwat kekal, blackout semasa pengiraan undi dan sebagainya,” ujar Saifuddin.

Tegasnya, mana-mana parti politik hanya akan memfailkan petisyen selepas meragui keputusan pilihan raya yang dikendalikan badan seperti SPR.

“Jadi tindakan Umno BN ini akan memalukan SPR sebagai badan bertanggungjawab yang sebelum ini kerap kali mendakwa melaksanakan amanah dengan telus dan adil baik sebelum, semasa dan selepas pilihan raya,”.

“Kalau sebelum ini, SPR sekadar mencuci tangan sahaja dengan memberikan pelbagai alasan dangkal apabila Pakatan kemukakan bukti kecurangan, sekarang mereka tidak boleh ambil ringan lagi bukti yang rakyat berikan,” katanya./KD

Thursday 30 May 2013

"SEMANGAT SAYA BERTAMBAH KUAT" - KAMARZAMAN YUNUS (SU KEADILAN PAHANG)

Baru-baru ini (27 Mei 2013), Setiausaha KEADILAN Negeri Pahang, Sdr Kamarzaman bin Mohamad Yunustelah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kuantan di atas pertuduhan di bawah Sesyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman kerana menganjurkan perhimpunan yang menyalahi peraturan di bawah akta tersebut.

Perhimpunan yang dimaksudkan itu adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang "BLACK 505 - SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" yang telah diadakan di Dataran Rakyat, Markas Gerakan Parlimen Indera Mahkota, Beserah, Kuantan sebelum ini yang telah mendapat sambutan luar biasa tidak kurang dari 50 Ribu orang yang hadir bagi membantah penipuan Pilihanraya Umum Ke 13 pada 05 Mei yang lalu.

Tidak gentar....

Meskipun Sdr Karmarzaman telah menjadi mangsa di dalam perkara ini, namun ianya tidak sedikit pun melemahkan semangat beliau untuk memperjuangkan keadilan bersama majoriti rakyat di negara ini khususnya di Pahang.  Menyedari risiko yang bakal dihadapi, Sdr Kamarzaman tetap mahu program itu diadakan memandangkan hak untuk bersuara dijamin oleh Perlembagaan.  Hanya rejim yang gila untuk mengekalkan kuasa sahaja yang takut kepada suara rakyat.

"Suara Rakyat Suara Keramat".  "Ini lah hakikatnya sekarang di mana semakin kuat tekanan yang diberikan kepada kami, semakin menguatkan semangat kami untuk terus menentang kezaliman ini", Ujar Sdr Kamarzaman.  

Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama memberikan sokongan moral kepada Sdr Kamarzaman apabila beliau dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Seksyen Kuantan pada 27hb Jun ini nanti.  Beliau tidak wajar dibiarkan bersendirian menghadapi kezaliman ini.

 

Friday 24 May 2013

SELAMAT BERKONVENSYEN DAN SELAMAT BERHIMPUN SELAMATKAN DEMOKRASI

Cabang Paya Besar turut akan menghadiri Himpunan Rakyat "Blackout 505" pada 25hb Mei ini bertempat di Armcop Mall, PJ sejurus selesai Konvensyen KEADILAN di Petaling Jaya nanti.

Hampir semua AJK Cabang Paya Besar diketuai oleh Pemangku Ketua Cabang sendiri, Sdr Arman akan bergerak ke KL sebelum bermulanya Konvensyen.  Turut bersama beliau adalah Setiausaha KEADILAN Negeri Pahang, Sdr Kamarzaman serta Setiausaha Cabang dan beberapa AJK Cabang.



Cabang Paya Besar menyeru kesemua ahli agar turun beramai-ramai pada perhimpunan tersebut selain dari menghadiri Konvensyen KEADILAN yang dijadual bermula pada 24hb Mei (AMK/Wanita) dan 25hb Mei bagi seluruh perwakilan.  

Selamat Bersidang dan Selamat Berhimpun.

Monday 20 May 2013

MENGUNJUNGI "FLASHMOP" BEBASKAN ADAM ADLI OLEH ANAK MUDA DI TAMAN KERANG, KUANTAN

Anak-anak muda berdiri teguh menyokong tokoh muda dan aktivis pelajar Adam Adli yang masih ditahan oleh pihak berkuasa atas dakwaan di bawah Akta Hasutan. 

Sdr Kamarzaman (S/Usaha PKR Pahang) mengunjungi anak-anak muda di Taman Kerang
Sokongan anak-anak muda meluas sehingga ke Kuantan.  Malam kelmarin, bertempat di Taman Kerang, Kuantan, berhampiran Masjid Negeri, Kuantan Sdr Kamarzaman Yunus, Setiausaha KEADILAN Pahang sempat bersolidariti bersama anak-anak muda di situ yang mengadakan "flashmop" untuk menuntut pembebasan Adam Adli.

Syabas anak-anak muda.  Kamu adalah pewaris pimpinan negara tercinta ini.

Friday 17 May 2013

CABANG PAYA BESAR LAKUKAN 'REFORM'

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang bakal diadakan pada bulan Jul ini nanti.  Cabang Paya Besar bakal menyaksikan perubahan di mana kami telah bersedia untuk melakukan 'reform' di dalam Cabang yang 'bermasalah' menjelang PRU 13 baru-baru ini.

Waktu ini, Ketua Cabang dipangku oleh Timbalan Ketua Cabang iaitu Sdr Arman apabila Hj Zahari Mamat bertanding sebagai calon Bebas dan mengistiharkan dirinya keluar parti.  Difahamkan Sdr Arman sendiri berhasrat untuk lebih aktif di dalam Cabang Paya Besar walaupun PRU baru berlalu.  Kini, gerak kerja memulihkan Cabang Paya Besar telah bermula dan di dalam MATC akan datang sudah pasti akan berlaku pemilihan dan perlantikan AJK Cabang yang baru dan lebih efisyen.

Menyedari bahawa jentera parti harus diperkuatkan kerana selama ini kekuatan PKR Paya Besar tidak begitu menyerlah sehinggakan ada dakwaan yang menyatakan PKR bertanding di Paya Besar banyak menumpang jentera parti rakan di dalam PR.  Kita tidak boleh merasa tersinggung atas dakwaan ini, malahan kita anggap ianya satu cabaran di mana mulai saat ini kita mesti buktikan jentera kita tidak kalah dengan jentera rakan kita di Paya Besar.

Cabang Paya Besar akan wujudkan jawatan penting yang selama ini tidak berfungsi seperti jawatan Ketua AMK dan Wanita.  Beberapa program telah mula dirancang untuk Cabang ini bergerak terus ke akar umbi tanpa menanti saat-saat pilihanraya. 

Tuesday 14 May 2013

PR akan bentuk kerajaan pusat

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Pakatan Rakyat (PR) menjangka kemenangan daripada 20 hingga 30 petisyen yang akan mereka kemukakan selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 diwartakan bagi memberi laluan pembentukan kerajaan pusat baru, kata Lim Kit Siang.

Penasihat DAP tersebut berkata Gobind Singh Deo telah dilantik untuk mengendalikan satu jawatankuasa khas petisyen tersebut, tetapi tidak mendedahkan bantahan tersebut akan dibuat terhadap kerusi-kerusi secara spesifik.

“Kita tunggu keputusan PRU13 diwartakan, selepas itu dalam tempoh 21 hari, kita boleh buat petisyen. Kita jangka boleh kemuka petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi BN,” kata Lim yang dipetik berkata dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Sunday 12 May 2013

"SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" ANAK PAHANG PADA 14 MEI INI

Gerakkan semua rakyat.  Hebahkan di merata tempat.  Jadikan Himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" Peringkat Negeri Pahang pada 14 Mei 2013 (Selasa) ini jam 09.00 malam bertempat di Padang Awam, Taman Seri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, KUANTAN merupakan satu himpunan terbesar yang pertama di Pahang selepas kita ditipu di dalam PRU 13 baru-baru ini.


Seluruh rakyat Pahang samada di bandar, luar bandar, desa mahu pun warga Felda termasuk kaum Orang Asal mestilah turun seramai mungkin pada hari tersebut dengan berpakaian HITAM.  Kita mesti tunjukkan bahawa undi popular seluruh Malaysia yang melebihi 50 % menyokong Pakatan Rakyat itu adalah hakikat sebenar bahawa Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang rakyat pilih di dalam PRU 13 baru-baru ini.

Ayuh...turun beramai-ramai.  Semarakkan "Suara Rakyat Suara Keramat".

Saturday 11 May 2013

SABTU, HARI "GELAP" BUAT RAKYAT MALAYSIA !!

Sejajar dengan saranan Ketua Umum, DS Anwar Ibrahim sewaktu beliau berucap di malam Himpunan Rakyat "Suara Rakyat Suara Keramat" bertempat di Stadium Kelana Jaya baru-baru ini, kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia bermula hari ini (Sabtu) dan berterusan pada setiap hari Sabtu, kita berpakaian warna HITAM, sebagai tanda 'dukacita' dan bantahan terhadap penipuan Pilihanraya yang berlaku baru-baru ini.

Meskipun tindakan mengikut perundangan sedang dilakukan oleh pucuk pimpinan bagi melakukan petisyen Pilihanraya, namun rakyat perlu digerakkan agar mereka sedar bahawa penipuan di dalam Pilihanraya bakal mengugat keselamatan negara sekiranya dibiarkan berterusan.

Sebagai rakyat yang sayangkan negara dan bertanggungjawab, kita harus bangkit menentang kemungkaran ini.

Thursday 9 May 2013

SAMM DESAK PRU DIADAKAN SEMULA !!

Kenyataan Umum
8 Mei 2013

IMPLIKASI DAKWAT TIDAK KEKAL: SAMM DESAK PILIHANRAYA SEMULA

Himpunan BERSIH sejak 2007 lagi telah menggesa penggunaan dakwat kekal, diikuti dua lagi siri himpunan BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Malah himpunan KL112 yang menyaksikan lebih setengah juta rakyat berhimpun turut menekan supaya pilihanraya bersih dan adil dapat dilaksana, ia termasuklah dalam konteks menuntut penggunaan dakwat kekal.

Dakwat kekal hampir digunakan dalam PRU tahun 2008 namun diketepikan sejurus sebelum hari pengundian. Pelbagai pengorbanan, perlawanan antara rakyat dan penguasa pemerintah berlaku untuk tuntutan ini. Ada rakyat yang cedera, ada yang patah kaki, ada yang patah gigi. Malah ada yang mati terkorban dalam menuntut pilihanraya bersih dan adil, termasuklah dakwat kekal. Penggunaan dakwat kekal adalah satu perjuangan rakyat.

Akhirnya perjuangan rakyat untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil dalam konteks tuntutan dakwat kekal telah dipersetujui oleh SPR untuk digunakan dalam PRU-13. Ini kejayaan setelah tiga kali BERSIH.

Mengapa penggunaan dakwat kekal dititik-beratkan supaya diguna dalam pilihanraya?

Dakwat kekal dituntut penggunaannya untuk memastikan tiada pengundian berganda berlaku. Pernah dicadangkan penggunaan sistem matrix, namun sistem tersebut menimbulkan lebih banyak komplikasi untuk dilaksana dan dakwat kekal tetap jadi pilihan.

Setelah penggunaan dakwat kekal dipersetujui oleh SPR, ini bermakna dakwat kekal tersebut haruslah berfungsi dengan baik, tahan (kekal di jari) sekurang-kurangnya 7 hari kerana Hari Mengundi Awal (yang menggantikan undi pos) adalah 5 hari sebelum hari pengundian awam.

Dakwat kekal seharusnya menjadi medium penting yang menjamin 278 ribu pengundi awal, tidak mengundi lagi. Dakwat kekal juga harus menjamin 11 juta pengundi yang mengundi pada 5 Mei, tidak mengundi untuk kali kedua.

Dakwat kekal juga membolehkan kita mengesan warga asing yang jarinya dicalit, ini menunjukkan warga asing tersebut telah mengganggu demokrasi negara ini. Bayangkan, jika ditemui satu kilang yang penuh warga asing di mana jari mereka tercalit dakwat kekal.

Namun apabila dakwat kekal dikesan tidak kekal selepas hari pengundian awal, semua tertumpu kepada SPR. Sepatutnya dakwat kekal bertahan 7 hari, tetapi hanya dibasuh sabun cuci pinggan, dakwat hilang. Malah ada kes disapu pada rumput basah pun boleh tertanggal dakwatnya.

Apakah dakwat yang digunakan itu tidak berkualiti setelah jutaan RM digunakan? Atau ia disengajakan supaya pengundi awal 'terlepas' tapisan dakwat kekal.

SPR memberi alasan dakwat kekal itu perlu 'digoncang' terlebih dahulu untuk memastikan ia berkesan. Namun ia sudah terlambat apabila dakwat kekal tidak berkesan pada 30 April (hari mengundi awal), maka 278 ribu pengundi awal mampu 'transform' menjadi pengundi hantu.

SPR juga kemudian menjelaskan 'fiasco' dakwat tidak kekal tidak perlu dilayan kerana kononnya setiap pengundi tidak mampu mengundi dua kali. Perakuan ini adalah sama ertinya dengan apa yang berlaku tahun 2008, penggunaan dakwat kekal terus dinafikan pada PRU 2013.

Mengapa SPR meremehkan isu dakwat kekal? Ia tidak sepatutnya berlaku setelah penggunaan dakwat kekal dipersetujui. Tindakkan SPR tidak mengambil kisah perihal dakwat tidak kekal ini merupakan satu pengkhianatan dan penipuan dalam terang.

Harus diingat, ratusan ribu nama dalam senarai pengundi tidak dijumpai alamatnya kerana alamat tidak wujud, malah banyak kes yang dijumpai menunjukkan ratusan pengundi berkongsi alamat sama, dan alamat tidak lengkap. Di sinilah gunanya pengundi hantu, setiap nama yang tidak wujud itu perlu ada individu yang masuk ke saluran mengundi kononnya sebagai penama tersebut.

Penama orang yang telah mati juga tidak dibersih dari senarai pengundi, maka pengundi hantu diperlukan juga di sini. Banyak kes daftar undi untuk pengundi baru berlaku secara rahsia, ia hanya diketahui apabila seseorang yang ingin daftar mengundi mendapati namanya telah didaftarkan, di sini juga pengundi hantu diperlukan.

Begitulah banyaknya implikasi yang boleh berlaku sekiranya dakwat kekal tidak digunakan, kerana itu juga penggunaan dakwat kekal dituntut dan kerana itu juga SPR telah bersetuju dakwat kekal digunakan dalam PRU-13, akhirnya dinafi. Penafian penggunaan dakwat kekal (dakwat yang benar-benar kekal) ini menjadikan PRU-13 sebagai pilihanraya yang terkotor dalam sejarah, yang akhirnya kemenangan Pakatan Rakyat itu dirampas oleh SPR dan Umno.

Justeru itu, oleh kerana SPR telah khianat janjinya untuk penggunaan dakwat kekal, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menegaskan pilihanraya umum ke-13 harus dilakukan sekali lagi dengan dakwat yang mampu kekal 7 hari. SAMM mendesak keras pilihanraya semula mengambil tempat.

Seperti dijangka dari awal, SPR telah meluluskan beberapa tuntutan sebagai lakonan untuk beri laluan pilihanraya berlangsung. SPR juga telah menggunakan beberapa tuntutan BERSIH sebagai helah untuk lebih banyak penipuan disusun bagi mengekalkan regime Barisan Nasional. Antaranya ialah pemansuhan undi pos (diganti undi awal) dan juga penggunaan dakwat kekal yang akhirnya, tidak kekal.

Hari ini, akan berlaku himpunan besar 'Black505' di Stadium Kelana Jaya. Himpunan menifestasi kemarahan rakyat dan dijangka puluhan ribu akan hadir. SAMM beri jaminan, pasca himpunan 'Black505' bakal menyaksikan akan lebih ramai rakyat turun berhimpun. Sepertimana amaran yang telah dilaungkan, Tipu PRU Rakyat Bangkit Humban Kamu!

SAMM beri kata dua kepada kerajaan Najib dan konconya SPR, samada untuk mengadakan pilihanraya semula atau hadapi kemaraan rakyat!


EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)