Media sekarang cuba bermain dengan isu Kalimah Allah. Semua ini tidak lain hanya kerana untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu atau skandal di dalam Laporan Ketua Audit Negara yang secara jelas dan berfakta kukuh menunjukkan kegagalan Kerajaan berlaku telus di dalam pentadbirannya.
Oleh yang demikian, kita jangan terperangkap dengan isu Kalimah Allah. Mari kita bahaskan semula atau hangatkan semula isu Laporan Ketua Audit Negara. Kita perlu turun ke akar umbi memberitahu rakyat betapa wang rakyat telah banyak dipergunakan secara tidak betul, di mana si kaya bertambah kaya dan si miskin terus menunggu BR1M.
Laporan Ketua Audit Negara sebenarnya merimaskan Kerajaan Umno/Bn sekarang. Najib tentunya hilang arah bila berdepan dengan segala fakta yang ada. Maka, isu Kalimah Allah perlu dicanangkan agar kita semua lupa tentang skandal yang berlaku. Kita akan lupa tentang kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan. Kita akan lupa tentang banyak janji-janji Bn sewaktu kempen PRU 13 yang lalu tidak ditunaikan.
No comments:
Post a Comment