NOTIS

RADIO KOBAT FM

Sunday 24 February 2013

Amalkan peraturan berbeza untuk pembangkang, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berat sebelah

Pada hari jumaat 22 Februari 2012, Pejabat Ahli Parlimen Kuantan di Jalan Beserah dikunjungi oleh pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang membawa arahan daripada Yang DiPertua (YDP) Majlis Perbandaran Kuantan, Datuk Haji Zulkifli Haji Yaacob: meminta pihak saya menurunkan bendera KEADILAN yang telah dipasang di tiang-tiang lampu disekitar Kuantan.

Alasan yang diberikan ialah bahawa bendera parti tidak dibenarkan dipasang di pusat bandar. Pihak kami juga diberi tempoh 2 hari untuk mencabut bendera tersebut dan kegagalan pihak kami mencabut akan mangakibatkan pihak MPK sendiri akan mencabut bendera tersebut.

Arahan ini tidak masuk akal sama sekali, memandangkan pihak Umno BN sudah pun memasang bendera mereka lebih awal sebelum ini dan dengan jumlah yang lebih banyak.

Datuk Zulkifli juga sebelum ini didalam kenyataan beliau yang diterbitkan oleh akhbar Sin Chew Edisi Timur telah dilaporkan membuat kenyataan seperti berikut apabila ditanya berkenaan dengan kehadiran bendera parti politik sekitar Kuantan.

Beliau dilaporkan berkata:

1) Pilihanraya Umum (PRU) sudah dekat, maka pihak MPK tidak akan mengambil tindakan mecabut bendera parti-parti.

2) Beliau juga di petik berkata : bendera-bendera jikalau tidak membahayakan dan tidak menghalang penglihatan, maka penguatkuasa MPK tidak akan mengambil tindakan terhadap mereka.

3)Antara alasan MPK tidak mencabut bendera ialah apabila Penguatkuasa MPK mengambil tindakan akan mengakibatkan kemarahan dan tidak puas hati penyokong-penyokong masing-masing, maka kenapa MPK harus berbuat demikian?

Kenyataan YDP MPK diatas jelas bertentangan dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak beliau sendiri terhadap KEADILAN semalam.

Maka dengan ini, saya ingin menegaskan dengan setegas-tegasnya bahawa pihak KEADILAN menolak amalan “double standard” yang di tunjukkan oleh pihak YDP MPK.

Persoalannya, adakah beliau mengalami tekanan oleh pihak pemerintah? Mengapakah juga beliau tidak boleh bertindak profesional dengan menggunakan satu set peraturan yang sama untuk parti pemerintah mahupun pembangkang?

Saya juga tegaskan bahawa kami tidak akan mencabut bendera kami dan sekiranya pihak MPK mengambil tindakan mencabut bendera PKR, maka saya cabar pihak MPK turut mencabut semua bendera di seluruh kawasan Parlimen Kuantan dibawah seliaan MPK.

Berkhidmatlah untuk rakyat dengan ikhlas dan berlaku adillah kepada semua, dan peganglah kepada kenyataan diri beliau sendiri. Rakyat pembayar cukai tuntut keadilan dan profesionalisma dari pihak MPK.

Sekian, Terima Kasih.

Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
Naib Presiden KEADILAN

No comments:

Post a Comment