NOTIS

RADIO KOBAT FM

Monday 4 February 2013

KAWASAN FELDA DIKATAKAN KUBU UMNO, MENGAPA KAMI TERUS BERLAWAN DI FELDA?

Sekiranya Pakatan Rakyat memasuki Pilihanraya hanya kerana mahu merebut kerusi Wakil Rakyat untuk kepentingan diri sendiri, maka Dun Lepar bukan lah kawasan yang sepatutnya PR bertanding.  Ini adalah kerana tidak mudah untuk merampas kerusi dari Umno/Bn yang mendapat majoriti melebihi 2 ribu seperti di Dun Lepar sekarang.

Namun, itu bukannya matlamat utama kami di dalam PR.  Kami tidak merasa rugi atau kesal kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk terus bersama warga Felda di dalam memperjuangkan nasib mereka.  Jika tidak PR yang melakukan sedemikian, siapakah lagi yang boleh membantu memberi kesedaran kepada warga felda tentang hak-hak dan kebajikan mereka?  Adakah hak-hak dan kebajikan warga Felda hanya wang bonus, saham atau pemberian secara 'One Off' semata-mata sedangkan hutang mereka terus bertambah?  Bagaimana pula dengan harga sawit yang semakin jatuh dan kos sara hidup yang semakin tinggi?

Justeru itulah, kami di dalam PR perlu bersama warga felda samada kami diterima atau tidak.  Di bandar-bandar besar yang mana masyarakatnya mendapat maklumat yang tepat dan kebanyakan dari mereka berpendidikan tinggi, mereka tidak lagi menaruh harapan kepada Umno/Bn.  Mengapa terjadinya sedemikian?  Mengapa semakin banyak para cendikiawan dan golongan profesional mereka memilih untuk bersama PR?  Tidak lain tidak bukan adalah kerana mereka tahu bahawa selama ini Umno/Bn hanya memberikan sedikit imbuhan kepada rakyat untuk mereka mengaut lebih banyak hasil mahsul negara ini.  Felda tidak terlepas dari perkara seperti ini.

Penyenaraian FGVH ke Bursa Saham semakin menampakkan kegagalan puak yang mahu memperdaya warga-warga felda.  Saham yang dilaburkan semakin menjunam dan para peneroka menambahkan hutang mereka.  Apa akan terjadi jika ini berterusan?  Bagaimana dengan nasib jenerasi felda di masa-masa akan datang?

Kami bertanding di kawasan felda hanya untuk menawarkan pilihan kepada para peneroka, samada mereka mahu terus dipergunakan seperti sekarang atau mahu berubah sebagaimana rakyat di kawasan bandar.  Sebab itu jangan hairan jika pihak berkuasa di dalam felda ini mengeluarkan arahan untuk menyekat PR dari menyampaikan maklumat kepada warga felda.  Mengapa mereka begitu takut?  Apa yang mahu mereka sembunyikan dari pengetahuan warga felda?  

Kami berharap agar warga felda berfikir dengan bijaksana.  Jangan hilang pemikiran yang waras tatkala melihat umpan di depan mata.  Kami di dalam PR akan terus bersama warga Felda samada sewaktu senang atau susah. 

1 comment:

  1. Rakan-rakan warga FELDA minta hebahkan perkara ini seramai mungkin, dijangkakan lebih 10,000 pengundi hadir pada ceramah perdana kali ini.

    ReplyDelete