NOTIS

RADIO KOBAT FM

Tuesday 1 January 2013

SAWIT MALAYSIA SEPATUTNYA TIADA MASALAH DENGAN GAJI MINIMA DI INDONESIA

Pelaksanaaan gaji minimum oleh pemerintah Indonesia tidak seharusnya dijadikan alasan syarikat-syarikat minyak sawit Malaysia menghadapi masalah berikutan pekerja mahir dari negara tersebut di ladang-ladang di sini mungkin akan pulang ke tanahair mereka kerana gaji yang lebih baik, kata Senator Syed Shahir Syed Mohamud.

Ahli Dewan Negara dari PKR itu menegaskan, gaji minimum adalah standard biasa yang digunapakai oleh majikan di seluruh dunia, malah menegaskan Malaysia seharusnya sudah memiliki teknologi penuaian hasil komoditi yang lebih baik kerana negara ini sudah lebih 100 tahun menanam kelapa sawit dan getah.

Syed Shahir turut berkata sepanjang tempoh itu, Malaysia masih lagi gagal menghasilkan teknologi sedemikian ekoran pengusaha yang enggan memperuntukkan modal yang besar bagi mengguna pakai teknologi seperti itu.

"Kita sudah lebih 100 tahun menanam kelapa sawit dan getah ... sepatutnya kita berupaya menghasilkan teknologi untuk menuai hasil yang lebih produktif.

"Tetapi kita masih guna cara lama ... kita tak boleh salahkan pemerintah Indonesia," katanya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Akhbar Wall Street Journal (WSJ) awal hari ini melaporkan tindakan Indonesia menetapkan gaji minimum itu akan turut menganggu ladang Malaysia di Indonesia, mendapati mereka bergelut dengan kos buruh lebih tinggi, yang boleh naik sehingga 49 peratus, bergantung kepada wilayah atau perbandaran.

WSJ menegaskan sektor minyak sawit dan getah Malaysia kini sudah kekurangan kira-kira 60,000 pekerja, akan tetapi apabila Indonesia menawarkan gaji lebih tinggi kepada penanam itu, penghijrahan buruh mahir Indonesia dari estet di sini tidak dapat dielakkan.

Akhbar tersebut menambah penanam sudah memberi amaran pelan gaji minimum, yang menjadi pusat bantahan lantang oleh pekerja-pekerja menuntut manfaat lebih baik, akan menandakan pengakhiran buruh dengan gaji berpatutan di Indonesia.

"Penyelidikan perlu dibuat ... kita perlu menggunakan teknologi untuk meminimumkan tenaga kerja dan memaksimumkan produktiviti," kata bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu.

Laporan WSJ turut berkata, firma Malaysia kini memiliki kira-kira satu perempat daripada semua ladang kelapa sawit di Sumatra dan Kalimantan di Indonesia, di mana terletaknya kebanyakan estet minyak kelapa sawit Indonesia.

Menurut WSJ, penghantaran minyak sawit menjumlahkan sembilan peratus dan 11 peratus daripada pendapatan untuk Indonesia dan Malaysia masing-masing, kedua-duanya adalah pengeksport utama dunia dalam komoditi tersebut.

Bercakap kepada WSJ, naib presiden eksekutif bahagian perladangan Sime Darby Bhd, Franki Anthony Dass bersetuju bahawa kenaikan gaji di Indonesia dan prospek pekerjaan lebih baik akan menambahkan kepada masalah bekalan buruh bagi penuai yang diperlukan di Malaysia.

Akhbar tersebut berkata memandangkan Malaysia kini memandu untuk meningkatkan pengeluaran dan memastikan bekalan domestik mencukupi untuk menambah nilai kepada pemprosesan hiliran komoditi, negara akan memerlukan setiap penuai yang boleh ditarik ke dalam industri.

"Tetapi kenaikan gaji dan ketersediaan buruh menurun boleh memaksa pengeluar untuk meningkatkan pergantungan mereka pada mesin," kata laporan WSJ.

Memetik penganalisis perladangan berpangkalan di Kuala Lumpur, Alan Lim Seong Chun dari Kenanga Investment Bank, WSJ menulis firma-firma perladangan di sini mesti bergerak ke arah meningkatkan menjenterakan proses penuaian bagi menghadapi kekurangan dalam tenaga kerja.

Akhbar menyatakan penanam telah memberi amaran kekurangan buruh boleh menyebabkan hasil tahunan purata minyak sawit hanya empat tan sehektar, jauh lebih rendah daripada hasil yang disasarkan oleh kerajaan iaitu enam tan sehektar menjelang 2020.

Selain kekurangan buruh, firma Malaysia di Indonesia juga akan melihat kos pengeluaran mereka meningkat secara drastik apabila upah meningkat.

Lebih ironi lagi, Firma seperti Sime Darby, Kuala Lumpur Kepong Bhd, IOI Corp Bhd dan FELDA meletakkan diri mereka di Sumatra dan Kalimantan tahun lalu dalam pencarian hartanah perladangan kerana pekerja bergaji rendah.

Menurut Dass, kos buruh di ladang tidak lama lagi boleh menyumbang sehingga 25 peratus daripada kos pengeluaran selepas kenaikan gaji, peningkatan yang ketara dari semasa sebanyak 20 peratus.

Tetapi penganalisis perladangan kanan di CIMB Investment Bank memberitahu WSJ bahawa kesan kos akan berbeza di lokasi yang berbeza kerana hanya mereka yang mempunyai operasi di kawasan-kawasan di mana kenaikan gaji lantai adalah lebih drastik, akan terjejas./MI

No comments:

Post a Comment