NOTIS

RADIO KOBAT FM

Monday 7 January 2013

HIMPUNAN SEJUTA RAKYAT - JANGAN PERBODOHKAN RAKYAT

Nampaknya pemimpin Umno sudah mula gelabah dengan semangat rakyat untuk berhimpun pada 12 Januari ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.  Najib dengan slogan "Janji DiTepati" terperangkap dengan cadangannya awal tahun lalu apabila mahu rakyat menggunakan stadium sekiranya mahu mengadakan perhimpunan.

Nah, sekarang kita memilih untuk mencuba cadangan Najib.  Stadium Merdeka adalah pilihan kita untuk Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 12 Januari ini.  Apakah Najib masih kekal dengan slogan "Janji DiTepati" atau "Di Capati"?

Memetik laporan Malaysia Insider, Rais Yatim nampaknya mula bersuara seolah-olah mahu menggagalkan perhimpunan yang dirancang kali ini.  Kita memilih stadium sebagaimana saranan Najib, tetapi Rais Yatim memang kaki 'putar alam". Beliau berkata pembangkang harus “berunding” dengan polis terlebih dahulu sebelum mereka menentukan tempat perhimpunan. “Ini menunjukkan keangkuhan dan membelakangi undang-undang tanah air,” beliau berkata dalam satu sidang akhbar di sini. 

Perlu perundingan pula?  Andainya kita berunding, katakan lah pihak stadium atau pihak Polis 'ditekan' oleh Najib agar jangan dibenarkan berhimpun di stadium tersebut, apakah ini akan diterima oleh rakyat yang selama ini kenal siapa pemimpin Umno sekarang?   Apa akan jadi jika rakyat bertambah marah sekiranya Najib dan Rais cuba memperbodohkan rakyat?  

Yang pasti terjadi adalah rakyat akan berhimpun di luar stadium.  Apakah Najib seronok melihat sejuta rakyat berada di luar stadium dan berarak ke Putrajaya?  Kita mahu ingatkan Najib, cukup-cukuplah untuk memperbodohkan rakyat.  Kita telah tetapkan pilihan kita iaitu kita terima cadangan Najib bahawa stadium adalah tempat kita berhimpun, melainkan jika Najib ingin mengubah selera untuk melihat kita kembali ke Dataran Merdeka pada 12 Januari ini nanti.

Ayuh, kita turun beramai-ramai untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada 12 Januari ini nanti.  

No comments:

Post a Comment