NOTIS

RADIO KOBAT FM

Tuesday, 15 January 2013

UMNO SEMAKIN TERTEKAN SEKARANG

UMNO nampaknya semakin hilang punca.  Serba serbi yang dilakukan semakin tidak betul dan kelihatannya seperti 'orang hilang akal'.  Ini adalah kerana tekanan yang semakin hebat diberikan oleh Pakatan Rakyat terhadap parti sekutu Apco ini.


Bayangkan. sudah menjadi satu kesalahan buat sesiapa sahaja yang cuba-cuba meramalkan Umno/Bn hilang kuasa di dalam PRU akan datang.  Meramalkan Umno kalah satu jenayah besar tetapi jika mengampu maka itu adalah yang terbaik jika mahu selamat.

Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwa Ahmad Tajuddin digantung tugas dipercayai kerana meramalkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.  Ini satu contoh bagaimana daya intelektual seseorang cuba diperbodohkan oleh sekutu Apco ini.  Sebelum ini, Prof Dr Aziz Bari pun dikenakan tindakan hanya kerana tidak mahu 'mengampu' parti peninggalan penjajah ini.  Contoh pengampu terkuat yang mendapat RM2 Juta adalah seperti seorang Guru Pondok di Kelantan yang hanya mempunyai murid seramai 15 orang sahaja, tetapi berjaya mendapat imbuhan kerana 'ampu'nya walapun terpaksa menjual agamanya.

Kita harus bangkit menggandakan usaha menekan Umno sekarang.  Percayalah, Umno kini teramat tertekan sebab itu mereka sering melakukan kesilapan-kesilapan yang mendedahkan keburukan diri mereka sendiri.  Maka, wajarlah Umno ini dikuburkan segera.

Sunday, 13 January 2013

BERMULA DI KG BARU, KEMUNCAK HKR DI STADIUM MERDEKA SEMALAM

Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan sewaktu menjelang HKR -KL112 yang bermula pada awal 11 Januari 2013 dengan Program Ceramah oleh berpuluh-puluh tokoh, pimpinan NGO, Artis, pimpinan politik dan ramai lagi di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu, KL.

Kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat 1 Juta pula adalah pada 12 Januari 2013 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Di Kg Bharu - Bergambar bersama Sdr Hatta (Penyelaras SAMM Pahang), rakan beliau dan Penyelaras KOBAT Sdr Wfauzdin NS (Biro Komunikasi PKR Pahang)
Naib Presiden PAS, Tuan Hj Mat Sabu dan Pelakon Abby Abadi juga berucap di Kg Bharu
Di antara yang hadir di Kg Bharu

Di Kg Bharu - Dari Kiri, Tuan Hj Mohd Musa (Setiausaha PKR Pahang),  Sdr Kamarzaman (Pen. S/Usaha PKR Pahang/Penyelaras Dun Lepar), Sdr Wfauzdin (Penyelaras KOBAT) dan Sdr Suhaimi (JuruteknikPenyiaran)
Radio KOBAT FM mengadakan Siaran Langsung di Kg Bharu
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HKR - KL112 Di Stadium Merdeka
Suasana dalam stadium
Di luar stadium
Kebangkitan Rakyat

Friday, 11 January 2013

KALIMAH ALLAH - BAGAIMANA RAKYAT BUKAN ISLAM DI JOHOR MAHU NYANYI LAGU KEBESARAN NEGERI MEREKA?

Benarkah orang-orang bukan Islam dilarang sebut nama 'Allah'.  Jika begitu selama ini rakyat Johor yang tidak berugama Islam tidak pernah menyanyikan lagu ini Kebesaran Negeri Johor?  

Lagu Kebesaran Negeri Johor - Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

Thursday, 10 January 2013

WARGA FELDA WAJIB TURUN PADA 12 JAN INI

Kepada warga felda, kami menyeru kepada anda semua untuk turun beramai-ramai ke Stadium Merdeka, KL pada 12 Januari 2013 (Sabtu) ini bagi menunjukkan perpaduan sesama kita untuk memberitahu rejim Umno/Bn bahawasanya rakyat kini sudah muak dan jemu dengan dasar dan pemerintahan Umno/Bn.

Warga Felda diumpan dengan wang ringgit namun taraf kehidupan warga felda masih ketinggalan.  Mereka seolah-olah cuba di`buli' sesuka hati dengan umpanan wang saham dan sebagainya tetapi warga felda yang bijak sahaja yang tahu samada pemberian wang ringgit secara bermusim itu boleh menjamin kesejahteraan mereka.

Oleh itu, marilah kita beramai-ramai ke Stadium Merdeka pada tarikh tersebut.  Isu saham FGVH yang tidak menunjukkan apa-apa kesan kepada peningkatan taraf hidup warga felda sepatutnya ditolak.  Penolakan terhadap saham yang mendatangkan hutang ini boleh kita terjemahkan pada 12 Januari ini nanti.

Ayuh semua....KL112# menanti kita....

Monday, 7 January 2013

HIMPUNAN SEJUTA RAKYAT - JANGAN PERBODOHKAN RAKYAT

Nampaknya pemimpin Umno sudah mula gelabah dengan semangat rakyat untuk berhimpun pada 12 Januari ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.  Najib dengan slogan "Janji DiTepati" terperangkap dengan cadangannya awal tahun lalu apabila mahu rakyat menggunakan stadium sekiranya mahu mengadakan perhimpunan.

Nah, sekarang kita memilih untuk mencuba cadangan Najib.  Stadium Merdeka adalah pilihan kita untuk Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 12 Januari ini.  Apakah Najib masih kekal dengan slogan "Janji DiTepati" atau "Di Capati"?

Memetik laporan Malaysia Insider, Rais Yatim nampaknya mula bersuara seolah-olah mahu menggagalkan perhimpunan yang dirancang kali ini.  Kita memilih stadium sebagaimana saranan Najib, tetapi Rais Yatim memang kaki 'putar alam". Beliau berkata pembangkang harus “berunding” dengan polis terlebih dahulu sebelum mereka menentukan tempat perhimpunan. “Ini menunjukkan keangkuhan dan membelakangi undang-undang tanah air,” beliau berkata dalam satu sidang akhbar di sini. 

Perlu perundingan pula?  Andainya kita berunding, katakan lah pihak stadium atau pihak Polis 'ditekan' oleh Najib agar jangan dibenarkan berhimpun di stadium tersebut, apakah ini akan diterima oleh rakyat yang selama ini kenal siapa pemimpin Umno sekarang?   Apa akan jadi jika rakyat bertambah marah sekiranya Najib dan Rais cuba memperbodohkan rakyat?  

Yang pasti terjadi adalah rakyat akan berhimpun di luar stadium.  Apakah Najib seronok melihat sejuta rakyat berada di luar stadium dan berarak ke Putrajaya?  Kita mahu ingatkan Najib, cukup-cukuplah untuk memperbodohkan rakyat.  Kita telah tetapkan pilihan kita iaitu kita terima cadangan Najib bahawa stadium adalah tempat kita berhimpun, melainkan jika Najib ingin mengubah selera untuk melihat kita kembali ke Dataran Merdeka pada 12 Januari ini nanti.

Ayuh, kita turun beramai-ramai untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada 12 Januari ini nanti.  

Thursday, 3 January 2013

DEMONTRASI TANDANYA 'KURANG AJAR' - KENYATAAN AHMAD MASLAN YANG DANGKAL

Semenjak bila pemimpin Umno suka kepada demontrasi oleh Pembangkang?  Umno bukan tidak setuju atau menolak samasekali demontrasi aman kerana parti itu juga adalah salah satu pelopor kepada kaedah menunjuk perasaan seperti itu. 

Sejarah telah membuktikan Umno banyak terlibat dengan demontrasi.  Tetapi mengapa apabila Pembangkang melakukan demontrasi maka pemimpin-pemimpin Umno mengulas seperti orang hilang akal? 

Apa yang dinyatakan oleh Ahmad Maslan tentang demontrasi jelas menunjukkan ceteknya pemikiran beliau.  Seperti yang dipetik melalui Malaysiakini, beliau berkata "Demonstrasi haram, mogok, perhimpunan, bantahan, protes dan sebagainya, secara langsung menggalakkan rakyat bersikap kurang ajar dan tidak menghormati undang-undang dan persoalannya mengapa pembangkang gemar menganjurkannya? Ia untuk menarik perhatian orang ramai," katanya.
 
Kita ingin bertanya Ahmad Maslan, demontrasi apakah yang tidak memerlukan perhatian orang ramai?  Nama pun sudah demontrasi atau menunjuk perasaan, maka sudah tentu lah para peserta demontrasi mahu menunjukkan perasaan mereka samada menyokong atau membantah sesuatu perkara. Kepada siapa mereka mahu tunjukkan?  Sudah tentu kepada orang ramai yang mungkin tidak memahami apa perasaan mereka.
 
Kita merasa malu kerana pemimpin seperti Ahmad Maslan ini masih ketinggalan jauh ke belakang.  Beliau tidak ada kemahiran atau pengetahuan lain selain dari membodek membuta tuli ketua atau pemimpinnya.  Kita tidak pelik kerana beliau berada di dalam Umno dan semua kenal Umno tidak pernah berani untuk berdepan dengan kebangkitan rakyat.

Tuesday, 1 January 2013

SAWIT MALAYSIA SEPATUTNYA TIADA MASALAH DENGAN GAJI MINIMA DI INDONESIA

Pelaksanaaan gaji minimum oleh pemerintah Indonesia tidak seharusnya dijadikan alasan syarikat-syarikat minyak sawit Malaysia menghadapi masalah berikutan pekerja mahir dari negara tersebut di ladang-ladang di sini mungkin akan pulang ke tanahair mereka kerana gaji yang lebih baik, kata Senator Syed Shahir Syed Mohamud.

Ahli Dewan Negara dari PKR itu menegaskan, gaji minimum adalah standard biasa yang digunapakai oleh majikan di seluruh dunia, malah menegaskan Malaysia seharusnya sudah memiliki teknologi penuaian hasil komoditi yang lebih baik kerana negara ini sudah lebih 100 tahun menanam kelapa sawit dan getah.

Syed Shahir turut berkata sepanjang tempoh itu, Malaysia masih lagi gagal menghasilkan teknologi sedemikian ekoran pengusaha yang enggan memperuntukkan modal yang besar bagi mengguna pakai teknologi seperti itu.

"Kita sudah lebih 100 tahun menanam kelapa sawit dan getah ... sepatutnya kita berupaya menghasilkan teknologi untuk menuai hasil yang lebih produktif.

"Tetapi kita masih guna cara lama ... kita tak boleh salahkan pemerintah Indonesia," katanya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Akhbar Wall Street Journal (WSJ) awal hari ini melaporkan tindakan Indonesia menetapkan gaji minimum itu akan turut menganggu ladang Malaysia di Indonesia, mendapati mereka bergelut dengan kos buruh lebih tinggi, yang boleh naik sehingga 49 peratus, bergantung kepada wilayah atau perbandaran.

WSJ menegaskan sektor minyak sawit dan getah Malaysia kini sudah kekurangan kira-kira 60,000 pekerja, akan tetapi apabila Indonesia menawarkan gaji lebih tinggi kepada penanam itu, penghijrahan buruh mahir Indonesia dari estet di sini tidak dapat dielakkan.

Akhbar tersebut menambah penanam sudah memberi amaran pelan gaji minimum, yang menjadi pusat bantahan lantang oleh pekerja-pekerja menuntut manfaat lebih baik, akan menandakan pengakhiran buruh dengan gaji berpatutan di Indonesia.

"Penyelidikan perlu dibuat ... kita perlu menggunakan teknologi untuk meminimumkan tenaga kerja dan memaksimumkan produktiviti," kata bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu.

Laporan WSJ turut berkata, firma Malaysia kini memiliki kira-kira satu perempat daripada semua ladang kelapa sawit di Sumatra dan Kalimantan di Indonesia, di mana terletaknya kebanyakan estet minyak kelapa sawit Indonesia.

Menurut WSJ, penghantaran minyak sawit menjumlahkan sembilan peratus dan 11 peratus daripada pendapatan untuk Indonesia dan Malaysia masing-masing, kedua-duanya adalah pengeksport utama dunia dalam komoditi tersebut.

Bercakap kepada WSJ, naib presiden eksekutif bahagian perladangan Sime Darby Bhd, Franki Anthony Dass bersetuju bahawa kenaikan gaji di Indonesia dan prospek pekerjaan lebih baik akan menambahkan kepada masalah bekalan buruh bagi penuai yang diperlukan di Malaysia.

Akhbar tersebut berkata memandangkan Malaysia kini memandu untuk meningkatkan pengeluaran dan memastikan bekalan domestik mencukupi untuk menambah nilai kepada pemprosesan hiliran komoditi, negara akan memerlukan setiap penuai yang boleh ditarik ke dalam industri.

"Tetapi kenaikan gaji dan ketersediaan buruh menurun boleh memaksa pengeluar untuk meningkatkan pergantungan mereka pada mesin," kata laporan WSJ.

Memetik penganalisis perladangan berpangkalan di Kuala Lumpur, Alan Lim Seong Chun dari Kenanga Investment Bank, WSJ menulis firma-firma perladangan di sini mesti bergerak ke arah meningkatkan menjenterakan proses penuaian bagi menghadapi kekurangan dalam tenaga kerja.

Akhbar menyatakan penanam telah memberi amaran kekurangan buruh boleh menyebabkan hasil tahunan purata minyak sawit hanya empat tan sehektar, jauh lebih rendah daripada hasil yang disasarkan oleh kerajaan iaitu enam tan sehektar menjelang 2020.

Selain kekurangan buruh, firma Malaysia di Indonesia juga akan melihat kos pengeluaran mereka meningkat secara drastik apabila upah meningkat.

Lebih ironi lagi, Firma seperti Sime Darby, Kuala Lumpur Kepong Bhd, IOI Corp Bhd dan FELDA meletakkan diri mereka di Sumatra dan Kalimantan tahun lalu dalam pencarian hartanah perladangan kerana pekerja bergaji rendah.

Menurut Dass, kos buruh di ladang tidak lama lagi boleh menyumbang sehingga 25 peratus daripada kos pengeluaran selepas kenaikan gaji, peningkatan yang ketara dari semasa sebanyak 20 peratus.

Tetapi penganalisis perladangan kanan di CIMB Investment Bank memberitahu WSJ bahawa kesan kos akan berbeza di lokasi yang berbeza kerana hanya mereka yang mempunyai operasi di kawasan-kawasan di mana kenaikan gaji lantai adalah lebih drastik, akan terjejas./MI