Difahamkan sejumlah RM 2.6 Juta telah dihabiskan untuk membayar kepada bekas-bekas pembantu MB Selangor terdahulu iaitu TS Khalid Ibrahim (TSKI). Jumlah ini bukan kecil, ianya merupakan satu jumlah yang besar tambahan pula yang hanya mendapat bayaran beberapa kerat sahaja yang hampir dengan TSKI, tentunya Faekah Hussin orang kuat dan harapan beliau di MBI.
Kita bukan tidak setuju mereka dibayar sebagai mengenang jasanya sepanjang berkhidmat di bawah TSKI, tetapi kita meragui samada proses pembayaran itu mematuhi peraturan atau telah mendapat kelulusan dari Exco-Exco terdahulu. Jumlah yang banyak itu juga diragui sehingga khabarnya Faekah sahaja telah mendapat lebih kurang RM 700 Ribu. Satu jumlah yang terlalu besar menghampiri RM 1 Juta.
Bayangkan jika sejumlah wang itu dibelanjakan untuk rakyat Selangor terutamanya di luar bandar yang masih terhimpit dengan masalah sara hidup di dalam keadaan ekonomi negara yang tidak baik. Harga minyak dan barang-barang keperluan asas semakin tinggi, mana mungkin kita boleh benarkan mereka mendapat melampau apa yang sepatutnya.
TSKI mesti bertanggungjawab untuk menjawab isu ini. Beliau dikenali sebagai seorang yang agak kedekut dengan perbelanjaan apatah lagi dengan wang tunai seperti itu. Bak kata seorang Exco wanita dari PAS di zaman TSKI iaitu Dr Halimah, satu sen pun TSKI amat berkira untuk berbelanja. Jika ini benar, ternyata kata-kata Exco itu amat menyimpang sekali.
Jika skandal ini benar-benar berlaku dan kini mulai terdedah, maka tepatlah apa yang dikatakan Langkah Kajang itu amat berjaya. Apa pun, demi keadilan kepada semua, maka siasatan yang adil perlulah dibuat agar TSKI tidak teraniaya. Kita masih menghormati mantan MB Selangor itu, sebab itu kita mahu beliau segera membersihkan namanya dari dakwaan tersebut.
Menteri Besar Azmin Ali
berkata jelas wujud salah guna kuasa terhadap pemberian pampasan RM2.6
juta daripada Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) kepada bekas
pembantu pendahulunya Tan Sri Khalid Ibrahim.
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Menteri Besar Azmin Ali
berkata jelas wujud salah guna kuasa terhadap pemberian pampasan RM2.6
juta daripada Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) kepada bekas
pembantu pendahulunya Tan Sri Khalid Ibrahim.
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
No comments:
Post a Comment