NOTIS

RADIO KOBAT FM

Wednesday, 5 November 2014

MANA MUNGKIN SAYA DITUDUH, SAYA PULA PERLU TUNJUK BUKTI DNA ? - ANWAR

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kewibawaan peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang menurutnya harus belajar undang-undang semula.

Beliau mendakwa, peguam berkenaaan yang dilantik kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan itu membuat ucapan politik di mahkamah dan bukannya menjawab hujah pembelaan.

Anwar berkata, Shafee gagal menjelaskan kehadiran DNA pihak ketiga dan mengandaikan bahawa ia mungkin milik doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid.

“Tiba-tiba, fokusnya pada doktor pertama yang memeriksa (Saiful) dan pendakwaan mahu mencabar reputasinya?

“Jika DNA pihak ketiga itu daripada Dr Osman, ambillah DNA beliau,” katanya, lapor Malaysiakini.

Menurut Anwar, beban pembuktian sepatutnya terletak di bahu pendakwa, dan bukan peguam bela.

“Shafee juga memberitahu mahkamah bahawa jika saya ingin membuktikan saya tidak bersalah, saya mesti tunjukkan DNA saya.

“Beliau meletakkan beban bukti ke atas saya, meminta saya mengemukakan sampel saya kepada pusat DNA antarabangsa mana, untuk membutikan saya bukan ‘Lelaki Y’.

“Ini adalah kes jenayah, beban pembuktian pada pendakwaan (untuk membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah).

“Saya bukan pendakwa dan seluruh kepura-puraan ini diketahui seluruh dunia. Saya adalah mangsa konspirasi yang jijk dan sekarang anda kata Anwar tiada bukti (DNA), maka Anwar bersalah?,” katanya.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63912

No comments:

Post a Comment