Pejabat Parlimen Indera Mahkota akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Era Baru 1.0 (KEB 1.0) pada 15 November 2014 (Sabtu) ini bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota (Bersebelahan Mc Donald) Indera Mahkota, Tingkat 1, B-170, Lorong IM 8/33, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.
Pendaftaran akan bermula jam 08.45 AM hingga 09.00 AM. Jadual kursus adalah seperti berikut:
Objektif kursus ini adalah seperti berikut:
1. Melahirkan kepimpinan yang berwibawa, berani dan sentiasa komited dengan perjuangan parti terutamanya di kalangan generasi muda.
2. Mendedahkan kepada para peserta cabaran-cabaran di alaf baru sepanjang menempuhi perjuangan di dalam parti.
3. Mewujudkan pemimpin yang lebih mengutamakan parti dari kelompok atau individu.
4. Membina sahsiah dan akhlak yang baik di kalangan kepimpinan.
5. Menyediakan pelapis kepimpinan yang berkualiti di dalam parti.
Kursus ini terbuka kepada semua ahli parti KEADILAN dan jumlah peserta adalah terhad. Kepada yang berminat, sila berhubung dengan pihak Urusetia Kursus KEB 1.0 sahaja seperti yang terdapat di banner di atas.
No comments:
Post a Comment