NOTIS

RADIO KOBAT FM

Thursday, 13 November 2014

KURSUS KEPIMPINAN ERA BARU 1.0 (KEB 1.0) PADA 15 NOV 2015 (SABTU)



Pejabat Parlimen Indera Mahkota akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Era Baru 1.0 (KEB 1.0) pada 15 November 2014 (Sabtu) ini bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota (Bersebelahan Mc Donald) Indera Mahkota, Tingkat 1, B-170, Lorong IM 8/33, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.
 
Pendaftaran akan bermula jam 08.45 AM hingga 09.00 AM.  Jadual kursus adalah seperti berikut:
 
 
Objektif kursus ini adalah seperti berikut:
 
1. Melahirkan kepimpinan yang berwibawa, berani dan sentiasa komited dengan perjuangan parti terutamanya di kalangan generasi muda.
 
2.  Mendedahkan kepada para peserta cabaran-cabaran di alaf baru sepanjang menempuhi perjuangan di dalam parti.
 
3.  Mewujudkan pemimpin yang lebih mengutamakan parti dari kelompok atau individu.
 
4.  Membina sahsiah dan akhlak yang baik di kalangan kepimpinan.
 
5.  Menyediakan pelapis kepimpinan yang berkualiti di dalam parti.

Kursus ini terbuka kepada semua ahli parti KEADILAN dan jumlah peserta adalah terhad.  Kepada yang berminat, sila berhubung dengan pihak Urusetia Kursus KEB 1.0 sahaja seperti yang terdapat di banner di atas.

 

Wednesday, 5 November 2014

MANA MUNGKIN SAYA DITUDUH, SAYA PULA PERLU TUNJUK BUKTI DNA ? - ANWAR

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kewibawaan peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang menurutnya harus belajar undang-undang semula.

Beliau mendakwa, peguam berkenaaan yang dilantik kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan itu membuat ucapan politik di mahkamah dan bukannya menjawab hujah pembelaan.

Anwar berkata, Shafee gagal menjelaskan kehadiran DNA pihak ketiga dan mengandaikan bahawa ia mungkin milik doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid.

“Tiba-tiba, fokusnya pada doktor pertama yang memeriksa (Saiful) dan pendakwaan mahu mencabar reputasinya?

“Jika DNA pihak ketiga itu daripada Dr Osman, ambillah DNA beliau,” katanya, lapor Malaysiakini.

Menurut Anwar, beban pembuktian sepatutnya terletak di bahu pendakwa, dan bukan peguam bela.

“Shafee juga memberitahu mahkamah bahawa jika saya ingin membuktikan saya tidak bersalah, saya mesti tunjukkan DNA saya.

“Beliau meletakkan beban bukti ke atas saya, meminta saya mengemukakan sampel saya kepada pusat DNA antarabangsa mana, untuk membutikan saya bukan ‘Lelaki Y’.

“Ini adalah kes jenayah, beban pembuktian pada pendakwaan (untuk membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah).

“Saya bukan pendakwa dan seluruh kepura-puraan ini diketahui seluruh dunia. Saya adalah mangsa konspirasi yang jijk dan sekarang anda kata Anwar tiada bukti (DNA), maka Anwar bersalah?,” katanya.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63912

Monday, 3 November 2014

HARI SELASA INI (ESOK) - ANWAR KITA BEBASKAN !!

Hati kecil tetap menyatakan DS Anwar Ibrahim akan bebas Selasa (04/11/14) ini.  Pertamanya, sepanjang kes berjalan dari mula, ternyata terlalu banyak keterangan yang meragukan dan kadangkala melucukan diwujudkan oleh Saiful dan pihak Pendakwa.  Manakala di pihak Anwar pula, segala hujah amat mantap dan penuh dengan fakta yang meyakinkan.

Sampai sekarang siapa boleh jawab mengapa Saiful boleh mengadu pada PM tentang Liwat yang waktu itu belum pun berlaku?  Siapa tahu mengapa begitu mudah Saiful dapat bertemu Najib bukan saja di Pejabatnya bahkan di rumahnya juga?  Siapa boleh jawab mengapa Saiful terlalu lemah untuk melawan Anwar yang berumur sekiranya benar beliau dipaksa?  Lojikkah Saiful boleh menyimpan DNA yang kononnya air mani Anwar di dalam duburnya selama dua hari?  

Terlalu banyak keterangan dan persoalan yang timbul dan melucukan.  Itu belum kira soal beberapa peraturan yang dilanggar sepanjang proses ini.  Prosedur menyimpan bahan bukti DNA pun dilanggar begitu saja, bukan oleh kakitangan Hospital tetapi oleh Pegawai Penyiasat itu sendiri.  Bayangkan jika Pegawai Penyiasat kes yang terang-terang melanggar prosedur mudah itu, adakah kita boleh beri harapan untuk keadilan?

Oleh tu, marilah kita beramai-ramai ke Putrajaya pada hari Selasa (04/11/2014) ini untuk membuktikan kepada Umno/Bn bahawa fitnah dan kezaliman ini ditentang oleh rakyat.  Anwar pasti bebas...Anwar akan terus memimpin kita !!

Monday, 27 October 2014

AYUH, BERAMAI KITA KE MAHKAMAH PUTRAJAYA PADA 28 OKT DAN 29 OKT INI MENANDAKAN KITA BENCI KEZALIMAN



Tiada sebab Anwar perlu dipenjarakan.  Seluruh dunia tahu kes Anwar adalah konspirasi politik paling jijik dan jahat untuk menguburkan kerjaya politik Anwar.  Justeru itu, konspirasi ini terus menerus berlaku selagi Anwar memimpin PR.

Seandainya Anwar memilih untuk bersara di dalam politik tanahair, yakinlah tiada lagi gangguan kepada Anwar.  Tetapi Anwar tetap memilih jalan paling sukar ini demi janjinya kepada rakyat untuk menegakkan keadilan dan melawan kezaliman biarpun dirinya dikorbankan.

Oleh itu, wajarkah rakyat membiarkan Anwar sewenang-wenangnya dipenjarakan?  Apakah kita mahu ketidakadilan dan kezaliman ini terus berlaku selepas mereka berjaya mengurung Anwar? Biarkan mereka yang tidak lagi peduli tentang jihad melawan kezaliman.  Suatu hari nanti mereka akan kenal apa itu ketidakadilan apabila menimpa diri atau keluarga mereka.

Islam mengajar kita melawan kezaliman dan kemungkaran.  Tiada upaya melawan dengan tangan, kita nyahkan dari hati kita terhadap pihak yang berlaku zalim ini.  Anwar tidak meminta kita bersamanya ke dalam penjara.  Kita cuma boleh hadir ke Mahkamah Putrajaya pada 28 Okt dan 29 Oktober ini nanti untuk membuktikan kita benci kezaliman.  

Saturday, 11 October 2014

BAJET - BANTUAN PERSEKOLAHAN RM 100 TIDAK BERBALOI DENGAN KENAIKAN BERBAGAI KOS YANG MENDATANG

Najib telah umum Bajet 2015 semalam,  Di dalam Bajet berkenaan, kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucar buku RM250 kepada setiap pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini, tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sebanyak RM540 juta disediakan untuk bantuan persekolahan itu yang akan disalurkan mulai Januari 2015 kepada seramai 5.4 juta pelajar.  "Sebagai langkah meringankan beban perbelanjaan awal persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga pelajar khususnya golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan," katanya ketika membentangkan "Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat hari ini.

Tahukah anda mulai tahun hadapan, dijangka tambas bas sekolah termasuk van sekolah mungkin akan dinaikkan berikutan kenaikan hara minyak baru-baru ini?  SPAD pula telah menyatakan mulai tahun hadapan pihaknya hanya memantau sahaja tambang bas sekolah dan terpulanglah kepada ibu-bapa, pihak sekolah dan pengusaha bas sekolah atau van sekolah untuk berbincang bagi menentukan kadar tambang tahu hadapan.  Ertinya, SPAD sudah tiada kekuatan lagi untuk menentukan harga tambang siling bagi pengangkutan persekolahan.  Lepas tangan nampaknya.

Apabila harga minyak naik, tidak dapat dielakkan meningkatnya harga barang-barang keperluan dan ini sudah semestinya mempengaruhi kadar harga makanan di kantin sekolah.  Tambahan pula khabarnya TNB turut akan menaikkan harga letrik mulai tahun hadapan.  Adakah dengan naiknya harga minyak, diikuti dengan kenaikan harga letrik dan mungkin berlaku selepas ini kenaikan harga gas memasak maka pihak kantin mampu bertahan dengan harga yang ada sekarang?

Sehubungan itu, amat tidak wajar sekali kerajaan masih menetapkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 sahaja dan juga baucher buku RM 250.  Berbaloikah dengan kenaikan kos harga barang dan tambas bas sekolah seperti yang disebutkan di atas?

Sekali lagi rakyat terus dipersendakan.

Tuesday, 30 September 2014

BERIKAN KEPERCAYAAN KEPADA AZMIN KERANA ITU ADALAH MANDAT DAN AMANAH PARTI

Krisis MB Selangor sudah selesai dengan baik.  Perlantikan Exco juga telah dibuat dengan mendapat perkenan Tuanku.  KEADILAN khasnya menerima keputusan Tuanku memilih Azmin dan menolak DS Wan Azizah untuk menjadi MB Selangor walaupun Azizah mendapat majoriti dan selayaknya untuk dipilih.

KEADILAN tidak mahu dianggap derhaka kepada Tuanku maka pilihan Tuanku iaitu Azmin telah diiktiraf kemudiannya oleh Presiden dan MPP.  Tahniah di atas langkah yang bijak ini dan terbukti KEADILAN bukan parti yang suka berguling-guling di hadapan Istana.

Apabila Azmin telah menetapkan senarai Exconya dengan mendapat perkenan Tuanku, diharapkan semua pihak mencontohi KEADILAN untuk menerima perkenan Tuanku.  Jangan ada suara-suara mempertikaikan pembahagian Kerusi Exco yang telah diperkenankan itu.  KEADILAN boleh mengalah berkaitan Kerusi MB, masakan pihak-pihak tertentu yang masih tidak berpuas hati itu tidak boleh mengalah hanya dengan Kerusi Exco?  

Kita perlu pandang ke hadapan selepas ini.  Tutup mulut dari memberikan kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi sesama kita.  Kita harus terima kenyataan bahawa tidak semua pemimpin itu sempurna tetapi kita wajib memberikan kepercayaan dan sokongan kepada pemimpin pilihan parti dan Pakatan bersama.  

Semoga MB Selangor yang baru, YAB Azmin Ali akan diberikan taufik dan hidayah oleh Allah agar dapat mentadbir negeri dengan baik dan penuh ketelusan.


Monday, 8 September 2014

Bank Islam Perlu Telus Tentang Pelupusan Hutang TS Khalid Ibrahim

September 2, 2014 · 
by Azlie F. Rahman

Ketika artikel ini ditulis, Sultan Selangor telah pun bersetuju dengan perletakkan jawatan TS Khalid. TS Khalid kini bertugas sebagai MB peralihan sementara menunggu perlantikan MB Selangor yang baru.

Semasa TS Khalid bertegas untuk kekal sebagai MB, PKR mengemukakan ‘keraguan munasabah’ terhadap integritinya. Antara ‘keraguan munasabah’ yang dikemukakan adalah mengenai penyelesaian hutang Bank Islam beliau yang berjumlah RM 70 juta di luar mahkamah.

Yang menjadi keraguan PKR adalah – mengapa secara mengejut, Bank Islam memutuskan untuk tidak meneruskan kes tuntutan hutang TS Khalid? Walhal, proses perundangan tersebut sudah berlanjutan beberapa tahun. Bahkan, tiada petunjuk bahawa ia mampu diselesaikan segera.

Timing kepada pelepasan hutang tersebut turut mengundang tanda tanya. Mengapa sesudah TS Khalid diminta berundur dan diberitahu perihal Langkah Kajang, kes hutangnya diselesaikan dengan pantas oleh Bank Islam di luar mahkamah? Bukan itu sahaja, ura-ura penglibatan tokoh korporat bernama TS Rashid Manaf yang dikenalpasti sebagai ‘orang Daim’ dalam penyelesaian kes tersebut, menambah kesangsian. Keraguan PKR memuncak apabila sebulan selepas pelupusan hutang TS Khalid, 300 lebih ekar tanah milik kerajaan Selangor dipindah-milik kepada Ecoworld Berhad yang dikuasai TS Rashid Manaf.

TS Khalid juga berkelakuan janggal selepas penyelesaian hutang Bank Islam-nya. Secara unilateral, yakni tanpa merujuk kepada pimpinan Pakatan Rakyat, beliau menandatangani MOU air bersama kerajaan pusat. Beliau juga secara tiba-tiba menjadi ‘bintang kesayangan’ media pro kerajaan dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dari pendirian Pakatan Rakyat.

Bukan soal Menteri Besar Selangor

Perlu ditegaskan bahawa artikel ini bukan bertujuan untuk mengeruhkan kemelut MB Selangor. Bagi penulis, kemelut MB Selangor sudah meleret-leret dan merugikan. Ianya mengaburi perhatian umum dari permasalahan sebenar – iaitu, kesempitan rakyat akibat kenaikkan kos sara hidup. Kadar jenayah turut meningkat, ketegangan sosial membarah, dan macam-macam lagi. Rakyat memerlukan Pakatan Rakyat untuk kembali menjuarai permasalahan mereka.

Artikel ini juga bukan mengenai TS Khalid. TS Khalid sudah ‘merdeka’ dari hutang puluhan juta ringgit yang menghantui beliau selama ini. Beliau juga bebas dari tekanan perebutan kerusi MB Selangor. Sesuai dengan statusnya sebagai wakil rakyat bebas, beliau tidak lagi terlibat dengan politik kepartian. Tiada lagi orang yang berbeza pendapat, memberi nasihat atau mengarah beliau. Kini, TS Khalid adalah tuan dirinya sendiri. Kesimpulannya, TS Khalid meraih laba yang besar dari kemelut politik di Selangor.

Sebaliknya, artikel ini adalah mengenai persepsi terhadap integriti sebuah bank yang menggunakan label Islam – Bank Islam. Artikel ini juga merupakan pantulan suara rakyat yang ingin tahu mengapa TS Khalid boleh dilupuskan hutangnya sedangkan sebagai rakyat biasa, keistimewaan tersebut tentunya tidak akan diperolehi mereka.

Integriti, keadilan dan Islam

Apakah itu integriti? Integriti pada sesebuah organisasi boleh ditafsirkan sebagai – perlaksanaan set-set nilai dan etika unggul seperti ketelusan, keadilan, amanah dan kebertanggungjawaban secara konsisten sehingga prinsip-prinsip tersebut menjadi budaya organisasi.

Apabila sesebuah organisasi itu tidak telus atau amanah, organisasi tersebut dikatakan tidak berintegriti. Begitu juga jika perlaksanaan prinsip-prinsipnya tidak konsisten atau double-standard. Contohnya, pada satu masa ia telus, manakala pada masa lain ia berahsia. Ataupun, ia berlaku adil kepada sesetengah individu, tetapi tidak kepada individu yang lain. Ini semua adalah pencemar integriti sesebuah organisasi.

Dalam kes penyelesaian hutang TS Khalid, selagi mana Bank Islam berdiam diri terhadap ‘keraguan munasabah’ yang dikemukakan oleh PKR, selagi itu integriti Bank Islam menjadi persoalan. Bank Islam perlu mempertahan integritinya dengan membuat penjelasan tentang penyelesaian kes hutang TS Khalid. Sikap berdiam hanya akan ‘mengiyakan’ persepsi masyarakat terhadap pertuduhan tersebut.

Soal integriti adalah penting terutamanya kepada institusi kewangan kerana ia (dalam kes ini – Bank Islam) dipertanggungjawabkan menjaga amanah, iaitu wang dan harta – penyimpan, peminjam dan pelabur. Kepercayaan rakyat terhadap sesebuah institusi kewangan dipengaruhi oleh persepsi kebolehan dan integritinya. Tindakan Bank Islam berdiam diri ‘mengkhianati’ kepercayaan tersebut. Lama-kelamaan, rakyat akan sangsi terhadap integriti sistem kewangan negara keseluruhannya.

Rakyat juga tertanya-tanya mengapa TS Khalid mendapat layanan istimewa oleh Bank Islam. Kalaulah kerana TS Khalid seorang MB, maka ianya tidak adil. Ini kerana rakyat terutamanya golongan miskin yang ketika ini bergelut untuk hidup, perlu diberi keutamaan. Bukan itu sahaja, kemurungan ekonomi melihatkan kenaikkan peratusan kes muflis negara. Diberitakan bahawa 60 orang diisytihar muflis setiap hari. Sejak 2007 hingga September 2013, seramai 116,488 orang diisytihar bankrap. Punca utama kepada angka yang menakutkan ini adalah – kegagalan melunaskan pinjaman kenderaan dan perumahan (baca seterusnya). Mereka ini adalah rakyat biasa. Mungkin jiran, saudara atau kenalan kita. Walaupun tekun bekerja, siang dan malam, perolehan mereka masih tidak cukup untuk melunaskan pinjaman rumah dan kenderaan yang merupakan keperluan asas – bukannya perlaburan saham jutaan ringgit untuk lebihan kekayaan, seperti TS Khalid. Mengapa rakyat biasa dibiarkan susah hingga ada yang muflis, sedangkan TS Khalid diberi perlepasan oleh Bank Islam?

Akhir sekali, Bank Islam perlu telus kerana label Islam pada jenamanya. Ketelusan, amanah, keadilan dan akauntibiliti adalah perkara pokok dalam muamalat, iaitu urusan sesama manusia dalam Islam. Sebagai sebuah institusi yang memperdagangkan jenama Islam, Bank Islam wajib menekankan soal integriti – lebih dari institusi kewangan konvensional. Kegagalannya berbuat demikian akan memburukkan persepsi masyarakat terhadap agama Islam.

Harapan

Seperti rakyat kebanyakkan, penulis bukanlah pakar ekonomi ataupun pakar perundangan untuk membuat spekulasi. Maklumat yang ada juga terhad. Oleh itu, penulis berharap agar Bank Islam dapat tampil menjelaskan keraguan tentang integritinya. Seruan ini berlatar-belakangkan situasi hidup rakyat yang susah akibat kemurungan ekonomi. Dari sudut moral, merekalah yang harus diberi perlepasan, bukannya ahli politik yang juga tokoh korporat seperti TS Khalid.

Secara peribadi, sebagai seorang muslim, penulis kesal dengan sikap membisu Bank Islam yang boleh mencemar nama baik agama Islam.

Wallahu a’lam