NOTIS

RADIO KOBAT FM

Friday 17 May 2013

CABANG PAYA BESAR LAKUKAN 'REFORM'

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang bakal diadakan pada bulan Jul ini nanti.  Cabang Paya Besar bakal menyaksikan perubahan di mana kami telah bersedia untuk melakukan 'reform' di dalam Cabang yang 'bermasalah' menjelang PRU 13 baru-baru ini.

Waktu ini, Ketua Cabang dipangku oleh Timbalan Ketua Cabang iaitu Sdr Arman apabila Hj Zahari Mamat bertanding sebagai calon Bebas dan mengistiharkan dirinya keluar parti.  Difahamkan Sdr Arman sendiri berhasrat untuk lebih aktif di dalam Cabang Paya Besar walaupun PRU baru berlalu.  Kini, gerak kerja memulihkan Cabang Paya Besar telah bermula dan di dalam MATC akan datang sudah pasti akan berlaku pemilihan dan perlantikan AJK Cabang yang baru dan lebih efisyen.

Menyedari bahawa jentera parti harus diperkuatkan kerana selama ini kekuatan PKR Paya Besar tidak begitu menyerlah sehinggakan ada dakwaan yang menyatakan PKR bertanding di Paya Besar banyak menumpang jentera parti rakan di dalam PR.  Kita tidak boleh merasa tersinggung atas dakwaan ini, malahan kita anggap ianya satu cabaran di mana mulai saat ini kita mesti buktikan jentera kita tidak kalah dengan jentera rakan kita di Paya Besar.

Cabang Paya Besar akan wujudkan jawatan penting yang selama ini tidak berfungsi seperti jawatan Ketua AMK dan Wanita.  Beberapa program telah mula dirancang untuk Cabang ini bergerak terus ke akar umbi tanpa menanti saat-saat pilihanraya. 

1 comment:

  1. Terbaik ada hasrat dan gerak kerja....sedih kita apabila orang yang jadi ketua nak jadi calon...bila tak dipilih tak tanya kenapa dan apa kelemahan diri dan memperbaiki...tetapi bertanding menentang parti..akibatnya sendiri kalah baru tau...huyooo i am a loser..

    ReplyDelete