NOTIS

RADIO KOBAT FM

Friday 12 April 2013

PR BOLEH DAPAT 2/3 MAJORITI DI PARLIMEN MENURUT SATU KAJIAN

Kajian sebut Pakatan boleh menang 215 kerusi Parlimen – Khalid

CHERAS 11 APRIL: Calon Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan satu kajian menunjukkan Pakatan Rakyat bakal memenangi 215 kerusi Parlimen termasuk Sabah dan Sarawak pada PRU 13.

“Petang tadi (semalam), saya terima emel daripada beberapa rakan saya yang membuat tinjauan (survey) secara teliti.

“Mereka merupakan kumpulan universiti yang membuat kajian dan tiada kepentingan dalam politik, termasuk Sabah dan Sarawak.

 
 
“Mereka kata jika strategi Pakatan seperti yang ada sekarang, kita sekurang-kurangnya akan memenangi 215 kerusi Parlimen,” katanya disambut sorakan gemuruh.

Pendedahan itu dibuat depan lebih 5,000 orang dalam ceramah di padang bola di Jalan Jujur, Bandar Tun Razak 10 April lalu.

Ada 222 kerusi Parlimen di Malaysia dan kajian itu – jika benar – menunjukkan Pakatan memiliki majoriti dua pertiga, sekaligus membentuk sebuah kerajaan yang kuat.

Tanpa menyebut identiti kumpulan yang melakukan kajian berkenaan, Khalid berkata, penyelidikan dibuat melalui tiga peringkat iaitu antaranya Jun dan Disember tahun lalu dan Mac 2013.

“Kajian menunjukkan peningkatan. Dan saya rasa ini cabaran kita sekarang bagaimana kita hendak tumpukan supaya kita capai kemenangan yang kita perjuangkan dalam reformasi semasa berbelas-belas tahun.

“Saya yakin reformasi ini akan lahir semula dan dilaksanakan seperti cita-cita kita. Jadi, angka-angka itu menunjukkan peluang kita untuk menang, nampak jelas,” katanya./KD

No comments:

Post a Comment