Thursday, 4 April 2013
Tuesday, 26 March 2013
KUNJUNGAN ANWAR KE LEPAR HILIR 1 PADA 28 MAC INI DI TANGGUHKAN !!
Sebelum ini kami telah siarkan berita tentang kunjungan Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Felda Lepar Hilir 1 pada 28 Mac 2013 (Khamis) ini, namun di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan dan juga di atas komitmen Ketua Umum tersebut, program kunjungan beliau ke sini ditunda kepada 30 Mac 2013.
Walau bagaimanapun, sebarang perubahan selepas ini akan kami maklumkan. Maaf di atas sebarang kesulitan.
KUNJUNGAN ANWAR KE LEPAR HILIR 1 PADA 28 MAC (KHAMIS) INI, JANGAN CUBA LAKUKAN PROVOKASI
Pada 28 Mac 2013 (Khamis) ini, Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan Markas Gerakan Dun Lepar serta memberikan amanat penting kepada para peneroka bertempat di Felda Lepar Hilir 1, kawasan Dun Lepar, Parlimen Paya Besar, di Tapak Bazar Ramadhan Lepar Hilir 1.
Beliau dijangka sampai ke Lepar Hilir 1 mulai jam 10.30 malam dan akan terus merasmikan Markas Gerakan Dun Lepar dan akan menyampaikan sedikit amanat buat para peneroka Felda. Sehubungan itu, warga felda dijemput hadir beramai-ramai pada tarikh tersebut bagi mendapatkan maklumat terkini serta mengetahui lebih mendalam tentang dasar Pakatan Rakyat khususnya berkaitan Felda.
Penting diingatkan, kita mengharapkan tiada provokasi atau tindakan samseng di luar batasan demokrasi dilakukan oleh mana-mana pihak. Pihak penganjur telah meminta kerjasama pihak berkuasa untuk memantau program yang akan diadakan ini di samping telah menyediakan kawalan keselamatan untuk membantu pihak berkuasa sekiranya terdapat gangguan dari puak yang tidak bertamaddun atau pihak yang diupah untuk mengganggu program ini.
Rakyat sekitar Paya Besar khususnya diminta turun beramai-ramai agar dapat menyekat sebarang percubaan provokasi pada tarikh tersebut.
Monday, 25 March 2013
Tauke judi, arak bersama Umno BN reka fitnah demi pertahan kuasa
RAWANG 24 MAC: Pimpinan Umno BN akan melakukan apa sahaja muslihat untuk mempertahan kuasa kerana mereka mahu terus mengekalkan kekayaan masing-masing yang dibolot dari rakyat , kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, Ketua Umum KEADILAN itu mengingatkan perjuangan rakyat bukan semudah yang disangka kerana Pakatan Rakyat melawan tauke besar dan pelbagai agensi kerajaan yang diperalat mereka.
“Kita lawan siapa? Mereka ini golongan terkaya, korporat puluh-puluh bilion. Kita lawan bank terbesar di Malaysia, tauke besar, tauke judi, dengan syarikat arak terbesar, San Miguel yang ahli keluarga (Dr) Mahathir (Mohamad) punya.
“Mereka akan guna cara muslihat apa sahaja. Fitnah ada macam-macam. Ingat dulu, tahun 1998 (air) mani atas tilam, 2008 (air) mani di dalam. Aduhai, tapi ada juga yang percaya. Hanya kemudian dibuktikan (ia) fitnah sampai bapa Saiful Bukhari pun datang sokong kita.
“Selepas itu, gambar perut buncit, kemudian tukar pula perut kempis. Sekarang saya pun tak berani komen, cakap nampak muscle (berotot) lebih, nanti dibuat satu lagi (gambar/video) ada muscle pula,” katanya.
Beliau berkata demikian depan ribuan rakyat pada Jelajah Merdeka Rakyat di Bandar Tasik Puteri di sini, Jumaat lalu.
Sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, bekas Pemangku Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan, kata Anwar, beliau juga mengetahui banyak rekod dan masalah ramai pemimpin Umno BN termasuk Datuk Seri Najib Razak.
“Banyak saya tahu. Saya kenal, saya tahu masalah Najib. Apakah saya sanggup bongkar cerita dia? Tidak (sebab) saya tahu asas akhlak, etika. Saya tak mahu berdosa depan Allah swt.
“Adakah kita mahu menang? Ya, tapi apakah kita hendak menang dengan cara mencarut, telanjangkan orang, aibkan orang. Mahu menang dengan itu? Saya kata, tak ada barakah menang cara itu,” katanya./KD

Thursday, 21 March 2013
PENGESAHAN AGBIMUDIN KIRAM KAKITANGAN KERAJAAN TIMBULKAN PERSOALAN BERAPA RAMAI PEMEGANG KAD PENGENALAN BIRU TERLIBAT
PENGESAHAN AGBIMUDIN
KIRAM KAKITANGAN KERAJAAN TIMBULKAN PERSOALAN BERAPA RAMAI PEMEGANG KAD
PENGENALAN BIRU TERLIBAT
Pengesahan oleh jurucakap kumpulan yang
menggelarkan diri mereka Kesultanan Sulu yang dibuat di Manila bahawa Agbimudin
Kiram pernah menjadi pegawai kerajaan di negeri Sabah terus menimbulkan
persoalan mengenai latar belakang sebenar konflik pencerobohan di Lahad Datu.
Pengesahan itu mengiyakan kerisauan banyak
pihak bahawa kumpulan bersenjata di Lahad Datu turut melibatkan rakyat Malaysia
berasal dari Filipina yang memegang kad pengenalan biru. Perkara ini
mendedahkan kemungkinan ancaman keselamatan yang timbul akibat dari tindakan
pihak tertentu yang dituduh berkait dengan Tun Mahathir Mohamad memberikan
kerakyatan tanpa melalui proses yang sah.
Pendirian KEADILAN adalah jelas bahawa perkara
ini memerlukan siasatan segera untuk menentukan perkara-perkara berikut:
1. Apakah
Agbimudin Kiram adalah rakyat Malaysia yang telah diberikan kad pengenalan
biru?
2. Berapa
ramai dari kalangan penceroboh bersenjata yang mempunyai kad pengenalan biru?
3. Berapa
ramai dari kalangan mereka yang mempunyai kad pengenalan biru mendapat kad
pengenalan biru di bawah Projek IC?
Ini adalah soalan-soalan asas yang wajib
dijawab oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, memandangkan beliau seharusnya
berterus terang mengenai latar belakang konflik ini dengan rakyat.
Pengesahan mengenai kedudukan Agbimudin Kiram
itu juga membayangkan banyak perkara yang masih belum dibongkarkan oleh
Suruhanjaya Diraja Mengenai Kerakyatan yang terhenti seketika.
Oleh itu, saya mencadangkan supaya pertimbangan
diambil untuk memulakan serta merta prosiding Suruhanjaya Diraja Mengenai
Kerakyatan yang tergendala bagi memastikan semua aspek berhubung pemberian kad
pengenalan di Sabah tanpa melalui proses yang sah diteliti dan dibongkar
sepenuhnya.
Sementara itu, KEADILAN masih lagi menunggu
jawapan dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir Mohamad bagi menjawab ketiga-tiga
soalan yang dilontarkan.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
21 MAC 2013
Monday, 18 March 2013
Nik Aziz: Mereka belum puas 'cincang' Anwar
Menteri
Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata gambar kontroversi
mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang giat diedarkan di kalangan blog
penyokong Umno merupakan cubaan untuk menyerang peribadi dan mengaibkan
ketua pembangkang itu.
"Mereka belum puas cincang Anwar. Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Akhbar yang sama turut menampilkan ulasan Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha yang menyifatkan gambar itu sebagai taktik yang diketahui umum kerana kerap digunakan menjelang pilihan raya.
"Ia sudah jadi tidak relevan lagi. Biar mereka (individu tidak bertanggung jawab) buat selalu (perkara begini). Kelak rakyat sendiri akan jemu dan menolak mereka.
"Tindakan mereka itu ibarat sudah musnahkan masa depan politik sendiri," kata ADUN Taman Medan itu seperti dipetik Sinar Harian.
Sementara itu ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dalam laporan sama berkata beliau sudah menjangka serangan terhadap Anwar itu akan dilakukan pihak tidak bertanggung jawab menjelang pilihan raya umum ke-13.
"Ini kerana, beliau (Anwar) yang kita Pakatan tonjolkan sebagai ketua umum dan bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya membentuk kerajaan dalam PRU akan datang.
"Sejak 15 tahun lalu, beliau sudah jadi sasaran utama parti politik, penulis blog dan NGO yang tidak memihak kepada Pakatan untuk menyerang beliau antaranya isu Liwat I dan Liwat II, kemudian dikait dengan video seks bersama seorang wanita," katanya.
Anwar semalam menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam gambar yang diolah sebagai video tersebut. "Ini fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya," katanya./MK

Sunday, 17 March 2013
Gambar lucah fitnah jijik Umno BN menjelang PRU 13 – Anwar
“Itu fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk perbuatan blogger pro-Umno yang menyebar gambar lucah menyerupai Ketua Umum KEADILAN itu di rangkaian media sosial.
Ketua Umum KEADILAN memberi reaksi ringkas itu kepada Keadilan Daily apabila diminta mengulas fitnah itu pada program Dialog Bersama Anwar Ibrahim di One World Hotel, Bandar Utama anjuran kelab Anwar Ibrahim (AIC) hari ini.
KEADILAN yang diterajui Anwar bersama gabungan parti dalam Pakatan Rakyat diyakini menang PRU 13 berikutan sokongan padu pelbagai pihak, malah ramai individu yang dulu menyebelahi Umno BN kini beralih arah hingga menimbulkan kegusaran di kalangan pemimpin Umno BN.
Apatah lagi, Parlimen dijangka bubar bila-bila masa, malah sebahagian pemerhati politik mengagak, ia dibubar paling awal Isnin ini.
Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.
Bagaimanapun, individu dalam gambar berkenaan kelihatan tegap dan terlalu muda tanpa kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun seperti Anwar.
Ia mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada rakaman video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit./KD

Subscribe to:
Posts (Atom)