Sunday, 17 February 2013
Thursday, 14 February 2013
Monday, 11 February 2013
Thursday, 7 February 2013
MARI BERSAMA DS ANWAR PADA 08 FEB 2013 (JUMAAT) INI
Marilah beramai-ramai kita menghadiri Program Ceramah oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 08 Februari 2013 (Jumaat) ini di lokasi-lokasi yang tersebut di atas.
Kepada bekas-bekas tentera, ingin dimaklumkan bahawa Stesen Radio KOBAT FM (Kor Bekas Angkatan Tentera) akan diresmikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim di Taman Impian, Kuantan pada malam tersebut.
Tuesday, 5 February 2013
CERAMAH PR DI KAWASAN FELDA DIGANGGU LAGI, MENGAPA TAKUT SANGAT?
CERAMAH PENGERUSI ANAK SDR MAZLAN ALIMAN DI FELDA SUNGAI TENGI,SABAK BERNAM, SELANGOR DIGANGGU GABUNGAN SAMSENG-SAMSENG UMNO/PERKASA DAN MIC!!!!
Ceramah Saudara Mazlan Aliman Pengerusi ANAK Diganggu Oleh Samseng India Dan Geng PERKASA Suasana tegang berlaku di Felda Sg Tengi malam tadi.
Buat pertama kali dalam sejarah, samseng-samseng UMNO/PERKASA berganding bahu, bersatu bersetia dan berkhimat dengan penyangak MIC buat ganggu kacau ceramah Pakatan Rakyat.
Sdr Mazlan Aliman ketika baru beri salam, tiba-tiba hampir 200 orang yang dimaklumkan kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh.
Mereka baling botol air, kerusi dan menjerit-jerit mahu beliau keluar dari tapak ceramah.
Syukur Alhamdulillah, petugas keselamatan dan Unit Amal Malaysia dapat mengawal suasana dengan begitu baik dan tertib sekali.
Oleh kerana, samseng-samseng dan penyangak-penyangak tidak mau beredar, dan bimbang akan keselamatan hadirin, maka ceramah terpaksa di batalkan.
Mengalah bukan ertinya kalah.
Provokasi samseng-samseng/penyangak-penyangak ini berjaya dirakamkan.
Gelagat biadap tidak bertamadun mereka disaksikan kira-kira 300 orang penduduk Felda Sg Tengi.
BUKTI JELAS KAWASAN RANCANGAN FELDA BUKAN LAGI KUBU KUAT UMNO....UMNO TIDAK MAMPU HUJAH LAWAN HUJAH MAKA TERPAKSA GUNA CARA POLITIK SAMSENG DANGAN BUAT KERJA TERJAH./omakkau.blogspot
Monday, 4 February 2013
KAWASAN FELDA DIKATAKAN KUBU UMNO, MENGAPA KAMI TERUS BERLAWAN DI FELDA?
Sekiranya Pakatan Rakyat memasuki Pilihanraya hanya kerana mahu merebut kerusi Wakil Rakyat untuk kepentingan diri sendiri, maka Dun Lepar bukan lah kawasan yang sepatutnya PR bertanding. Ini adalah kerana tidak mudah untuk merampas kerusi dari Umno/Bn yang mendapat majoriti melebihi 2 ribu seperti di Dun Lepar sekarang.
Namun, itu bukannya matlamat utama kami di dalam PR. Kami tidak merasa rugi atau kesal kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk terus bersama warga Felda di dalam memperjuangkan nasib mereka. Jika tidak PR yang melakukan sedemikian, siapakah lagi yang boleh membantu memberi kesedaran kepada warga felda tentang hak-hak dan kebajikan mereka? Adakah hak-hak dan kebajikan warga Felda hanya wang bonus, saham atau pemberian secara 'One Off' semata-mata sedangkan hutang mereka terus bertambah? Bagaimana pula dengan harga sawit yang semakin jatuh dan kos sara hidup yang semakin tinggi?
Justeru itulah, kami di dalam PR perlu bersama warga felda samada kami diterima atau tidak. Di bandar-bandar besar yang mana masyarakatnya mendapat maklumat yang tepat dan kebanyakan dari mereka berpendidikan tinggi, mereka tidak lagi menaruh harapan kepada Umno/Bn. Mengapa terjadinya sedemikian? Mengapa semakin banyak para cendikiawan dan golongan profesional mereka memilih untuk bersama PR? Tidak lain tidak bukan adalah kerana mereka tahu bahawa selama ini Umno/Bn hanya memberikan sedikit imbuhan kepada rakyat untuk mereka mengaut lebih banyak hasil mahsul negara ini. Felda tidak terlepas dari perkara seperti ini.
Penyenaraian FGVH ke Bursa Saham semakin menampakkan kegagalan puak yang mahu memperdaya warga-warga felda. Saham yang dilaburkan semakin menjunam dan para peneroka menambahkan hutang mereka. Apa akan terjadi jika ini berterusan? Bagaimana dengan nasib jenerasi felda di masa-masa akan datang?
Kami bertanding di kawasan felda hanya untuk menawarkan pilihan kepada para peneroka, samada mereka mahu terus dipergunakan seperti sekarang atau mahu berubah sebagaimana rakyat di kawasan bandar. Sebab itu jangan hairan jika pihak berkuasa di dalam felda ini mengeluarkan arahan untuk menyekat PR dari menyampaikan maklumat kepada warga felda. Mengapa mereka begitu takut? Apa yang mahu mereka sembunyikan dari pengetahuan warga felda?
Kami berharap agar warga felda berfikir dengan bijaksana. Jangan hilang pemikiran yang waras tatkala melihat umpan di depan mata. Kami di dalam PR akan terus bersama warga Felda samada sewaktu senang atau susah.
Friday, 1 February 2013
08 FEB 2013 - WARGA FELDA WAJIB TURUN BERSAMA DS ANWAR DI KUANTAN
Seluruh warga Felda terutamanya yang berhampiran dengan Kuantan diseru untuk turun beramai-ramai ke Program Ceramah DS Anwar Ibrahim pada 08 Februari 2013 (Jumaat) iaitu bertempat di Kempadang dan akan berakhir di Taman Impian, Kuantan.
Sudah semestinya Ketua Pembangkang pada malam itu akan menyentuh beberapa isu dan dasar Pakatan Rakyat yang juga melibatkan nasib dan masa hadapan para Peneroka. Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama untuk mendengar sendiri dari mulut DS Anwar Ibrahim apakah tawaran dari PR sekiranya berjaya ke Putrajaya kerana kesemua ini tidak akan disiarkan oleh mana-mana media di bawah kawalan Umno/Bn.
Subscribe to:
Posts (Atom)




