NOTIS

RADIO KOBAT FM

Tuesday 10 September 2013

PEMBUNUHAN ALTANTUYA - SIASATAN BARU TIDAK PERLU?

KUALA LUMPUR 9 SEPTEMBER: Keengganan polis membuat siasatan baru kes pembunuhan Altantuya Shariibuu, menunjukkan sikap lepas tangan pihak berkuasa itu dalam memberi keadilan kepada mangsa.

“Mereka tidak minat untuk cari siapa yang bunuh Altantuya. Nampaknya, Ketua Polis Negara (KPN) tidak endah ada pembunuhan walaupun jelas beberapa orang terlibat.

 
 
“Mereka tidak nampak keperluan untuk melihat siapa yang membunuh dan mendapatkan satu keadilan terhadap mangsa pembunuhan.

“Nampak sangat mereka lepas tangan, tak ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku, ini merupakan cara menutup jenayah,” kata Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, dipetik TV Selangor.

KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menyatakan siasatan baru tidak perlu dan mahu semua orang menghormati keputusan mahkamah.

Latheefa menyifatkan, siasatan tidak profesional polis boleh memberi kesan terhadap sesuatu kes di mahkamah.

“Kerja polis tak mantap, tak complete (selesai) dan memberi satu penyiasatan yang tidak sempurna kepada mahkamah.

“Sudah tentu mahkamah perlu melepaskan seseorang itu kalau tak cukup bukti. Yang salahnya polis kerana siasatan tidak profesional,” katanya./KD

1 comment:

  1. Hari ini (10/09/2013)Peguam Latheefa Koya, Silvarasa dan T. Kumar hadir di Mahkamah Kuantan kerana perbicaraan kes tuntutan perahan minyak (KPG)

    ReplyDelete