Mengikut perancangan, Cabang KEADILAN Paya Besar berhajat untuk mengadakan Majlis Jamuan Makan Tengahari bersama YB Nurul Izzah pada 14 Mei 2016 ini bertempat di Perkarangan Pejabat KEADILAN Cabang Paya Besar, Kg Batu Sawar, Jln Sg Lembing, Kuantan.
Memandangkan pada tarikh tersebut terlalu banyak program penting melibatkan YB Nurul Izzah dan juga Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman, maka program tersebut terpaksa dibatalkan. Walau bagaimanapun, KEADILAN Cabang Paya Besar bercadang akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya selepas Aidil Fitri nanti.
Sebarang program melibatkan Cabang Paya Besar akan kami maklumkan dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment