NOTIS

RADIO KOBAT FM

Saturday, 20 June 2015

KEADILAN TERPAKSA AMBIL MASA KERANA MASIH SAYANGKAN DAP DAN PAS

Ada dakwaan yang menyatakan bahawa KEADILAN terlalu berlembut di dalam menghadapi krisis yang dihadapi oleh rakan-rakan di dalam PR.  Benarkah begitu?  

Isunya, perbalahan yang berada di hadapan kita sekarang adalah di antara Pas dengan Dap.  Dap pernah memutuskan hubungan dengan Presiden Pas sahaja, bukan parti Pas.  Dap Sarawak, contohnya mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Pas di Sarawak.  Ertinya, Dap masih tidak memutuskan hubungan dengan Pas Pusat.  Walaupun agak ganjil dan sepatutnya tidak terjadi, namun itulah faktanya.

Krisis ini lebih serius apabila Pas sendiri bertindak balas dengan lebih efisyen dan lebih jauh lagi.  Pas lebih berani dari Dap apabila di dalam muktamarnya, usul memutuskan hubungan dengan Dap yang dibawa oleh Dewan Ulamak telah diluluskan tanpa bahas.  Setelah menyedari risiko yang bakal dihadapi hasil dari keputusan ini merugikan Pas, maka berbagai tafsiran terhadap usul ini mula kedengaran.  Pas menyatakan usul yang diluluskan oleh Dewan Ulamak itu belum sah kerana Majlis Syura belum putuskan.  Semua tahu di dalam Dewan Ulamak yang meluluskan usul tersebut adalah majoritinya berada di dalam Majlis Syura.  Secara lojiknya, tidak munasabah Majlis Syura yang majoritinya berada di dalam Dewan Ulamak akan menolak usul yang mereka terima sebulat suara sebelum ini.  Itulah yang menyebabkan Dap anggap bahawa memang Pas serius untuk memutuskan hubungan dengan Dap.

Pas pula tetap dengan pendiriannya untuk terus bersama PR, dan KEADILAN masih ada untuk dijadikan kawan oleh Pas, katanya.  Begitu juga Dap, yang masih ingin bersama PR kerana KEADILAN masih ada untuk dijadikan rakan bersama.  Ertikata lain, KEADILAN kini betul-betul berada di tengah-tengah.

Mana satu pilihan KEADILAN?  Pas atau Dap?  Sebelum memutuskan mana satu yang perlu dipilih oleh KEADILAN, tentunya perlu melihat siapa yang setia bersama selama ini.  Namun, kita jangan lupa bahawa tidak majoriti sebenarnya di dalam Pas yang ingin memutuskan hubungan dengan Dap.  Masih ramai pimpinan atau tokoh-tokoh berpengaruh di dalam Pas yang masih sayang kepada PR.  Oleh kerana itulah, KEADILAN terpaksa memikirkan kembali samada adilkah untuk kita putuskan hubungan dengan Pas yang kita ketahui di dalam Pas itu masih ramai yang mahu bekerjasama dengan kita dan PR.  

Sehubungan itu, KEADILAN terpaksa mengambil masa sedikit agar permasalahan ini boleh diselesaikan.  Berat untuk berpisah sebenarnya kerana bukan sedikit masa yang kita habiskan untuk membina penyatuan di dalam PR.  Amat malang sekali kerana pulut, santan binasa.  Kini, KEADILAN mungkin sedang menunggu sejauh mana mereka serius untuk berpisah atau untuk teruskan kerjasama seperti dulu.


2 comments:

  1. salam ukhwah saudara-saudaraku,dulu dua adun pas kamu curi dari bahteranya,sekarang hampir puluhan pimpinan pas kamu cuba pisahkan dari bahteranya,sepatutnya kamu jadi penasihat agar bahtera sahabatmu kembali stabil,namun kamulah menjadi duri dalam dagingnya agar bahtera sahabatmu tenggelam,takda sedikit jasakah bahtera buruk dan kolot kami,bukankah bahtera ini menjadi tempat persinggahan dato seri anwar apabila bahteranya mencampaknya ke laut dahulu,bahtera kolot kami menyambut dato seri dgn tangan terbuka,walaupun ada didalam bahtera kami menggelar dato seri aljuburi,ingatkah kalian? tetapi dunia begitu cepat berputar,yg menghina telah menjadi sanjungan bahtera kamu sekarang,yg menolong telah kamu singkirkan secara amat sinis,takpalah....kami bahtera kolot,malu bersama kami gamaknya,saya mendoakan bahtera baru yg pemimpin kami yg kalah bina,tidak melanggar bahtera kamu pula nanti,kami dah ada pengalaman dgn mereka ini,kamu berwaspadalah,kelak jika mereka kalah lagi sesame mereka,mungkin satu lagi bahtera akan dibina,maka penuhlah lautan kita dgn bahtera,mungkin akan berlanggar sesame sendiri,putrajaya makin jauh dari pandanagn.....

    ReplyDelete
  2. Dah dua Adun Pas itu mahu sokong calon dari PR, tak mahu sokong calon MB dari Bebas....curi apa plak?

    ReplyDelete