NOTIS

RADIO KOBAT FM

Saturday, 11 October 2014

BAJET - BANTUAN PERSEKOLAHAN RM 100 TIDAK BERBALOI DENGAN KENAIKAN BERBAGAI KOS YANG MENDATANG

Najib telah umum Bajet 2015 semalam,  Di dalam Bajet berkenaan, kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucar buku RM250 kepada setiap pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini, tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sebanyak RM540 juta disediakan untuk bantuan persekolahan itu yang akan disalurkan mulai Januari 2015 kepada seramai 5.4 juta pelajar.  "Sebagai langkah meringankan beban perbelanjaan awal persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga pelajar khususnya golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan," katanya ketika membentangkan "Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat hari ini.

Tahukah anda mulai tahun hadapan, dijangka tambas bas sekolah termasuk van sekolah mungkin akan dinaikkan berikutan kenaikan hara minyak baru-baru ini?  SPAD pula telah menyatakan mulai tahun hadapan pihaknya hanya memantau sahaja tambang bas sekolah dan terpulanglah kepada ibu-bapa, pihak sekolah dan pengusaha bas sekolah atau van sekolah untuk berbincang bagi menentukan kadar tambang tahu hadapan.  Ertinya, SPAD sudah tiada kekuatan lagi untuk menentukan harga tambang siling bagi pengangkutan persekolahan.  Lepas tangan nampaknya.

Apabila harga minyak naik, tidak dapat dielakkan meningkatnya harga barang-barang keperluan dan ini sudah semestinya mempengaruhi kadar harga makanan di kantin sekolah.  Tambahan pula khabarnya TNB turut akan menaikkan harga letrik mulai tahun hadapan.  Adakah dengan naiknya harga minyak, diikuti dengan kenaikan harga letrik dan mungkin berlaku selepas ini kenaikan harga gas memasak maka pihak kantin mampu bertahan dengan harga yang ada sekarang?

Sehubungan itu, amat tidak wajar sekali kerajaan masih menetapkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 sahaja dan juga baucher buku RM 250.  Berbaloikah dengan kenaikan kos harga barang dan tambas bas sekolah seperti yang disebutkan di atas?

Sekali lagi rakyat terus dipersendakan.

No comments:

Post a Comment