NOTIS

RADIO KOBAT FM

Tuesday 30 September 2014

BERIKAN KEPERCAYAAN KEPADA AZMIN KERANA ITU ADALAH MANDAT DAN AMANAH PARTI

Krisis MB Selangor sudah selesai dengan baik.  Perlantikan Exco juga telah dibuat dengan mendapat perkenan Tuanku.  KEADILAN khasnya menerima keputusan Tuanku memilih Azmin dan menolak DS Wan Azizah untuk menjadi MB Selangor walaupun Azizah mendapat majoriti dan selayaknya untuk dipilih.

KEADILAN tidak mahu dianggap derhaka kepada Tuanku maka pilihan Tuanku iaitu Azmin telah diiktiraf kemudiannya oleh Presiden dan MPP.  Tahniah di atas langkah yang bijak ini dan terbukti KEADILAN bukan parti yang suka berguling-guling di hadapan Istana.

Apabila Azmin telah menetapkan senarai Exconya dengan mendapat perkenan Tuanku, diharapkan semua pihak mencontohi KEADILAN untuk menerima perkenan Tuanku.  Jangan ada suara-suara mempertikaikan pembahagian Kerusi Exco yang telah diperkenankan itu.  KEADILAN boleh mengalah berkaitan Kerusi MB, masakan pihak-pihak tertentu yang masih tidak berpuas hati itu tidak boleh mengalah hanya dengan Kerusi Exco?  

Kita perlu pandang ke hadapan selepas ini.  Tutup mulut dari memberikan kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi sesama kita.  Kita harus terima kenyataan bahawa tidak semua pemimpin itu sempurna tetapi kita wajib memberikan kepercayaan dan sokongan kepada pemimpin pilihan parti dan Pakatan bersama.  

Semoga MB Selangor yang baru, YAB Azmin Ali akan diberikan taufik dan hidayah oleh Allah agar dapat mentadbir negeri dengan baik dan penuh ketelusan.


No comments:

Post a Comment