NOTIS

RADIO KOBAT FM

Monday, 3 February 2014

APAKAH KESANNYA DI DALAM KEPUTUSAN PRK DUN KAJANG NANTI JIKA ADA TINDAKAN BOIKOT?

PRK Dun Kajang tidak beberapa lama lagi adalah ujian buat PR.  Ujian buat rakan-rakan di dalam PR samada mereka sanggup atau tidak senang dan susah bersama.  Jika kali ini kita lihat ada rakan kita yang tidak sanggup susah bersama, jangan menyesal di kemudian hari.

Kita tahu tidak semua setuju Dun Kajang itu dikosongkan Kerusinya oleh Wakil Rakyat dari PKR.  Namun, penjelasan telah diberikan atas sebab musababnya dan pimpinan dari PR telah pun mengetahuinya.  Kini, tiba masa untuk tumpukan kerja untuk membantu calon kita di Dun Kajang atau memilih mahu memboikotnya.  Jika memilih untuk memboikot, terpulanglah tetapi kita jangan lupa kita ada banyak Pilihanraya lagi selepas ini samada PRK mahu pun PRU.  

Apakah jika Umno/Bn menang di Dun Kajang, maka kita merasa bangga sekali kerana usaha boikot kita berjaya?  Jika kita telah bekerja kuat di Kajang, namun rakyat menolak kita maka tentunya kita berpuas hati kerana kita telah berusaha sedaya upaya.  Kita tidak boleh pandang mudah PRK Dun Kajang ini walaupun kita memiliki majoriti lebih 6 Ribu di dalam PRU 13 yang lalu.  Kita harus ingat, kita bakal berdepan bukan dengan Umno/Bn sahaja tetapi dengan seluruh jentera kerajaan mungkin termasuk juga SPR.

Jika kita menang tanpa ada boikot dari rakan-rakan, pastinya di mana sahaja PRK atau PRU akan datang sikap bantu membantu pasti lebih kuat.  Sebaliknya, samada calon kita di Dun Kajang menang atau tewas tetapi ada puak yang boikot, kesannya amat besar kemudian hari.  Jadi, berfikirlah dengan matang.  Gunalah kaedah Fekah iaitu apabila berdepan dengan dua mudharat, pilihlah mudharat yang paling kurang atau minima.  Apatah lagi tiada kemudharatan langsung melainkan jika kita tidak mengetahuinya atau tidak mahu mengambil tahu.


No comments:

Post a Comment