Jangan lupa diri bila telah berada di puncak. Ini saja yang boleh dipesankan kepada sesiapa yang mempunyai sifat ego dan berasa hebat. Muhasabah diri, dari mana kita datang dan mengapa kita berada di puncak sekarang.
Amat dikesali apabila ada pemimpin yang bercakap lepas mulut tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Bicaranya jauh dari untuk mengajak rakyat melawan kezaliman tetapi cuba mencetuskan keraguan dan kontroversi di kalangan para penyokong sendiri. Ini semua PRK Dun Kajang punya cerita. Pemimpin di atas sebut lain, pemimpin lain pula cuba menonjolkan diri dengan membawa maksud yang lain.
Pemimpin kata bersedia untuk bantu kemenangan PR di PRK Dun Kajang dan "soal MB tidak timbul" kerana tumpuannya kemenangan di Kajang. Pemimpin lain pula buat tafsiran ikut selera dia. Dia menafsirkan "Soal MB tidak timbul" itu adalah bermaksud "Tidak sokong Anwar jadi MB Selangor". Tepatkah penafsiran ini? Mengapa lebih sudu dari kuah?
Inilah sikap yang menunjukkan betapa pemimpin ini perlu dapat 'tarbiyah politik" yang lebih lagi walaupun 'tarbiyah' ugama begitu tinggi. Hebat di bidang ugama, hukum hakam, belum tentu hebat berkata di dalam soal politik. Banyak orang yang tinggi ilmu agamanya tetapi sering tersasar apabila membicarakan soal politik. Politik tidak boleh dipisahkan dari agama, tetapi strategi politik bukannya semudah kamu menghukum di bidang agama.
No comments:
Post a Comment