NOTIS

RADIO KOBAT FM

Friday 21 December 2012

PROGRAM DI DUN LEPAR DAN GAMBANG SEMAKIN RANCAK

Dun Lepar bukanlah merupakan kawasan yang popular di dalam ramalan untuk PR tawan di dalam PRU nanti.  Tapi tidak mustahil kawasan seperti ini boleh kita rampas kerana terdapat sejarah kawasan yang dikatakan amat kuat Umno/Bn boleh kita rampas asalkan kita bersedia untuk bekerja keras dan jujur di dalam membela nasib rakyat di kawasan tersebut.

Selain dari program ceramah untuk memberikan penerangan berkenaan isu-isu semasa, program turun padang menemui masyarakat di akar umbi juga penting kerana tanpa turun padang kita tidak boleh menyelami perasaan dan masalah mereka.  

Semalam, 20hb Disember 2012 sekali lagi Penyelaras Dun Lepar, Sdr Kamarzaman bersama Ketua Cabang Paya Besar, Tuan Hj Zahari telah turun menemui penduduk setempat di Felda Lepar Hilir 2 dan di kawasan Gambang.  Turut bersama mengiringi adalah Ketua AMK Paya Besar, Sdr Fauzi.

Di kawasan-kawasan yang tersebut, satu perjumpaan telah diadakan bersama AJK Ranting Lepar Hilir 2 dan Gambang.  Perbincangannya tertumpu kepada permasalahan penduduk di samping persediaan bagi menghadapi PRU tidak beberapa lama lagi.

Kami yakin Dun Lepar khususnya akan melakukan perubahan besar di dalam PRU akan datang.  Kami akan terus mempergiatkan aktiviti turun padang untuk menemui rakyat agar mereka memahami tentang hala tuju perjuangan kita di dalam PR.

Menikmati buah-buahan selepas berbincang dengan AJK Ranting Lepar Hilir 2.  Turut Kelihatan Tn Hj Zahari (berdiri), Ketua Cabang Paya Besar
Bersama Ketua AMK Paya Besar, Sdr Fauzi
Di antara gambar yang sempat dirakam dalam pertemuan dengan penduduk

Di Gambang, bertemu Sdr Mohan, AJK Ranting Gambang


No comments:

Post a Comment