NOTIS

RADIO KOBAT FM

Saturday, 7 November 2015

CABANG PAYA BESAR BAKAL MENDAPAT PEJABAT OPERASI DI LOKASI YANG BARU

KEADILAN Cabang Paya Besar, Kuantan kini giat memperluaskan pengaruh parti ini ke segenap lapisan masyarakat.  Buat permulaan, Pejabat KEADILAN Cabang akan didirikan di tempat yang baru yang lebih strategik iaitu di Jalan Sg Lembing, di Kampong Batu Sawar.  Kerja-kerja membersihkan kawasan tersebut telahpun dimulakan beberapa minggu yang lalu.

Di samping itu, kesemua AJK Cabang telah diarahkan untuk menumpukan kepada penambahan ahli di mana proses pendaftaran ahli secara Online kini lebih memudahkan dan mempercepatkan proses penambahan ahli.  Beberapa DM akan diberi tumpuan utama bagi mewujudkan Ranting-Ranting baru agar menjelang PRU 14 akan datang KEADILAN Cabang Paya Besar mampu menggerakkan jenteranya dengan lebih efisyen.

Sehubungan itu, sesiapa yang ingin mendaftar ahli boleh berhubung dengan mana-mana AJK Cabang atau terus hantarkan Nama Penuh, Alamat dan No Telefon Bimbit anda kepada SU Cabang di No Tel: 013-9410309 untuk segera diproses. 

Thursday, 8 October 2015

CABANG PAYA BESAR DESAK HUBUNGAN DENGAN PAS DAN BERKAITAN PAKATAN HARAPAN DIPUTUSKAN DI DALAM KONGRES

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) KEADILAN Paya Besar telah diadakan pada 03 Oktober 2015 baru-baru ini bertempat di Pejabat Ranting Taman Tas, Kuantan pada jam 08.00 malam.

Mesyuarat telah dihadiri oleh semua AJK dan ahli-ahli KEADILAN Cabang Paya Besar dan diresmikan oleh Ketua Cabang Rompin yang mewakili MPN Pahang, Sdr Rabidin Kasmawi.

Di antara usul-usul yang diluluskan sebulat suara di dalam mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

1.  Keputusan penting berkaitan hubungan KEADILAN dengan Pas, mahupun di dalam Pakatan Harapan hendaklah dibuat melalui Kongres yang dijangka akan diadakan pada penghujung Oktober atau November ini.  Akar umbi diberikan peluang untuk membahaskan isu tersebut bukannya ditentukan oleh beberapa kerat pimpinan atasan.

2.   Menyokong kepimpinan Presiden, Datin Seri Wan Azizah serta Timbalan Presiden, YAB Azmin Ali.

3.   Menyokong penuh keputusan Pakatan Harapan yang menamakan Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai PM sekiranya Pakatan Harapan berjaya mengambil-alih Putrajaya.

4.   Menyokong penuh kewujudan Pakatan Harapan yang terdiri dari KEADILAN, Dap dan Amanah serta mana-mana pihak yang ingin bersama.

5.   Mendesak Kerajaan Pusat dan Negeri agar menyelesaikan isu-isu pencemaran alam sekitar terutamanya di kawasan Sg Lembing, Bukit Goh dan lain-lain.

6.   Mendesak Kerajaan Negeri membaiki kerosakan jalan dan kebocoran paip di kawasan Taman Tas.

Mesyuarat telah berjalan dengan licin dan teratur.  Terima kasih di atas komitmen semua ahli Cabang KEADILAN Paya Besar.

Friday, 2 October 2015

MATC KEADILAN PAYA BESAR MALAM ESOK (SABTU - 03/10/2015)


Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) KEADILAN Paya Besar akan diadakan pada malam esok (Sabtu - 03 Oktober 2015) jam 08.00 malam bertempat di Pejabat Ranting KEADILAN Taman Tas seperti alamat di atas.

Sehubungan itu, semua ahli KEADILAN Cabang Paya Besar, Kuantan dijemput hadir bagi meraikan demokrasi serta menyempurnakan tuntutan Perlembagaan Parti kita.  Mesyuarat ini penting bagi memantapkan lagi keupayaan KEADILAN Cabang Paya Besar bagi menghadapi ujian dan cabaran yang semakin sengit sekarang ini.

Mohon hebahkan kepada semua ahli Cabang Paya Besar.


Friday, 4 September 2015

PROGRAM PEMERKASAAN ORGANISASI PARTI (POP) NEGERI PAHANG PADA 05 SEP 2015

Bagi memperkasakan organisasi setiap Cabang KEADILAN seluruh negeri Pahang, satu program berbentuk latihan iaitu Program Pemerkasaan Organisasi Parti (POP) akan diadakan di Indera Sempurna Resort, Jalan Kuantan-Pekan, Pahang pada 05 September 2015 (Sabtu) bermula jam 0830 pagi sehingga jam 06.00 petang.

Setiap Cabang akan menghantar sekurang-kurangnya 14 orang yang terdiri daripada Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang, Naib-Naib Ketua Cabang, Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua Komunikasi, Pengarah Pilihanraya, Setiausaha Pengelola, Ketua Wanita, Ketua AMK dan Pengarah Strategi.

Program ini akan dikendalikan oleh Pejabat Setiausaha Agong KEADILAN Pusat di bawah YB Rafizi Ramli serta akan dibantu oleh Pengarah Pilihanraya Pusat, Sdr Saifuddin Nasution.  Objektif utama program ini secara umumnya adalah untuk melatih setiap pimpinan Cabang serta organisasinya bagaimana untuk mentadbir dan mengurus Cabang masing-masing di dalam berbagai aspek bagi memantapkan gerak kerja Cabang.

Mereka yang terlibat di dalam program ini dikehendaki melapor diri di sekretariat pendaftaran mulai jam 08.30 pagi sehingga jam 09.00 pagi dengan berpakaian korporat parti, T-Shirt parti atau berbaju kemeja yang kemas.  Setiap peserta dikehendaki membawa alat tulis masing-masing serta buku catatan.

Tiada sesiapa di antara pemegang jawatan di atas dikecualikan tanpa alasan yang munasabah.  Kerjasama dari semua Ketua Cabang amat diperlukan bagi menjayakan program ini.  Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Setiausaha Pengelola Negeri, Sdr Arman di No Tel: 016-6892813.

Friday, 28 August 2015

RAKYAT PAHANG BERI KEMENANGAN KEPADA PR, BUKANNYA SEMATA-MATA KEADILAN, PAS MAHUPUN DAP

KEADILAN Pahang sentiasa berfikiran positif dengan apa jua yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat sekarang ini.  Kami masih yakin masih ada jalan untuk pimpinan menyelesaikan masalah yang timbul terutamanya jika ada yang melibatkan hubungan KEADILAN dan Pas mahupun Dap.  

Bagi kami di Pahang, kami sentiasa ingin memulakan sesuatu yang baik bagi menunjukkan keikhlasan kami untuk cuba memperbaiki keadaan.  Sebab itu, setiap program negeri yang diatur, kami tidak pernah abaikan rakan-rakan dari Pas dan Dap.  Kami sedar, adanya provokasi di media-media sosial yang mempersendakan keikhlasan kami kononnya kami terhegeh-hegeh memohon kerjasama Pas atau Dap.  Hakikatnya, kerjasama seperti ini sudah lama wujud sebelum krisis bermula.

Bagi KEADILAN Pahang kami hanya cuba dan usaha untuk memperbaiki keadaan ini.  Sekiranya kami menjemput rakan-rakan kami di dalam satu-satu program, kami tidak mampu untuk menentukan kehadiran mereka.  Begitu juga, arahan dari pimpinan KEADILAN negeri iaitu tiada larangan dari mana-mana pimpinan dari negeri ini untuk bekerjasama atau terlibat dengan program-program dari Pas mahupun Dap atau pihak-pihak lain yang mempunyai hasrat yang sama untuk memperjuangkan keadilan dan melawan kezaliman Umno/Bn.

Sehubungan itu, kami menyeru agar jangan ada mana-mana pihak ingin memprovokasi bagi membantutkan usaha pemulihan ini.  Kami sedar, Pakatan Rakyat adalah pilihan rakyat di mana-mana Kerusi yang kita menangi di negeri ini bukannya atas nama parti semata-mata.  Justeru itu, KEADILAN tidak pernah merasa parti ini semata-mata boleh menang tanpa dokongan dari rakyat yang bukan dari ahli parti.  Harapan kami, rakan-rakan kita juga berfikiran sedemikian.

Friday, 14 August 2015

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI KEADILAN PAHANG ESOK (15/8/15) DI BENTONG



ESOK, Sabtu (15/8/15) jam 4.00 Petang sehingga 07.00 petang, KEADILAN Negeri Pahang akan mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri KEADILAN Pahang, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Bandar Bentong.  Kehadiran tetamu undangan adalah Presiden KEADILAN Pahang, YB Datin Seri Wan Azizah serta Timbalan Presiden, YAB Azmin Ali dan pimpinan KEADILAN Pusat serta Negeri.  Kepimpinan Pas dan Dap Pahang juga turut dijemput bersama.

Seluruh rakyat Negeri Pahang khususnya serta NGOs, penyokong-penyokong mana-mana parti politik turut dijemput bagi meraikan Aidil Fitri yang kali ini Bentong dipilih sebagai Tuan Rumah.

Pada majlis tersebut turut akan disajikan dengan Deklamasi Puisi tentang perjuangan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di penjara Sg Buluh.  Sebelum itu, satu sesi taklimat tertutup oleh Presiden dan seluruh Ahli MPN KEADILAN Pahang akan diadakan sempena Program Jelajah Presiden. 

Pahang merupakan negeri terakhir di dalam Program Jelajah Presiden ke seluruh negeri bermula awal Julai yang lalu.

Friday, 31 July 2015

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI KEADILAN PAHANG DI BENTONG- 15 OGOS

Program terdekat KEADILAN Pahang adalah jamuan Hari Raya Aidil Fitri yang akan diadakan di Bentong pada 15 Ogos ini (lokasi dan waktu akan dimuktamadkan).  Pada tarikh yang sama juga siri Jelajah Presiden KEADILAN akan tiba di Pahang di mana Presiden akan memberikan amanatnya bertempat di Bentong juga pada hari tersebut.

Walau bagaimanapun, KEADILAN Pahang akan menghebahkan program terperinci Jamuan Hari Raya tersebut setelah dimuktamadkan di dalam masa yang terdekat.