NOTIS

RADIO KOBAT FM

Friday, 27 March 2015

CERAMAH ISU ANWAR DI SG LEMBING PADA SABTU (28/3/15) JAM 5 PTG


Pada sebelah petang jam 05.00 PM, satu program ceramah sempena siri kempen pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan membantah GST akan diadakan di Markas KEADILAN Ranting Bandar Sg Lembing, Kuantan (Parlimen Paya Besar). Penceramah-penceramah yang akan hadir adalah; 1. YB Rafizi Ramli (MP Pandan/SUA KEADILAN) 2. YB Nurul Izzah Anwar (MP Lembah Pantai/Naib Presiden) 3. YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (MP Indera Mahkota/Pengerusi MPN) 4. YB Lee Chean Chung (Adun Semambu/Exco AMK Pusat) 5. Nurul Nuha Anwar Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

Friday, 6 March 2015

REFORMASI DI ERA KAMI ATAU DI ERA KAMU LEBIH HEBAT ?

Bangkit wahai anak muda !!  Zaman kami telah jauh berlalu.  Kami tetap akan bangkit dan turun pada 07 Mac petang Sabtu ini di hadapan Sogo, KL.  Masa untuk anak muda jeritkan "reformasi !!  Reformasi !! Reformasi" seperti zaman kami di tahun 1998 dahulu.


Apakah kamu lebih hebat dari kami?  Kami ingin lihat anak muda bagaimanakah yang akan mewarisi perjuangan kami yang terdahulu.  Apakah anak-anak muda tidak pernah merasa cemburu melihat betapa hebatnya kami di era reformasi dahulu?  Mustahilkah kamu boleh melakukan seperti yang telah kami lakukan?

Sabtu ini penentu tahap keberanian kamu.  Bukan untuk menumbangkan kerajaan di jalanraya, tetapi untuk menunjukkan kekuatan anak-anak muda yang tidak mudah diperbodohkan.

Ayuh anak muda.   Kami cabar kamu untuk #KitaLawan !!

Thursday, 12 February 2015

PKR PAHANG ATUR GERAKAN BEBASKAN ANWAR

Menghukum Anwar Ibrahim ke penjara 5 tahun bukan satu taktik yang bijak untuk menenggelamkan sokongan rakyat kepada PKR khususnya dan PR, amnya.  Mereka telah lakukan satu kesilapan besar, mereka tidak belajar dari tindakan mereka beberapa tahun dahulu.

Yakinlah, para penyokong Anwar akan bangkit selepas ini.  Kami di PKR Pahang telah pun merancang gerakan menyeluruh ke seluruh negeri Pahang untuk menyedarkan rakyat mengapa kita mesti bebaskan insan bernama Anwar Ibrahim ini.  

Sekiranya rakyat dapat maklumat jelas dan penuh fakta, kami percaya tiada siapa yang sokong tindakan keji dan jahat ini.  Satu cara yang bukan sahaja menyalahi hukum Islam, bahkan bertentangan dengan tamaddun manusia.  Rejim akan terus bertindak kejam selepas ini.  Kami yakin Anwar bukan insan yang terakhir akan menjadi mangsa.  Masih ramai lagi yang menanti untuk menjadi mangsa rejim zalim ini.

Sehubungan itu, gerakan menentang kezaliman wajib diperhebatkan agar negara ini bebas dari pemimpin yang zalim lagi korup.

Monday, 19 January 2015

Bagaimana pembunuh Altantuya boleh ke luar negara?

Pengerusi Pemantau Jenayah MyWatch, Sri Sanjeevan mempersoalkan bagaimana suspek pembunuhan kes berprofil tinggi Altantuya Shaariibuu dibenarkan ke luar negara.

Menurutnya, pergerakan tertuduh, Koperal Sirul Azhar Umar yang juga bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) sepatutnya dipantau secara rapi selepas dibebaskan dengan ikat jamin.

“Bagaimanakah seorang suspek kes pembunuhan berprofil tinggi meninggalkan negara tanpa disedari? Ini mesti disiasat dan sepatutnya kita berasa malu dengan ketidakcekapan pihak berkuasa kita,” katanya dalam kenyataan.

Sirul dan seorang lagi anggota UTK, Azilah Hadri didaapti bersalah kerana membunuh Altantuya dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutan pada 13 Januari lalu.

Keputusan itu mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada Ogos 2013 yang membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh warga Mongolia berkenaan.

Bagaimanapun, Sirul tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan ketika keputusan perbicaraan dan peguamnya memaklumkan tidak dapat menghubungi tertuduh sejak enam bulan lalu.

Media kemudian melaporkan Sirul berada di Australia dan tidak mempunyai wang untuk kembali ke tanah air.

Kerajaan Australia bagaimanapun tidak membenarkan ekstradisi dibuat ke atas Sirul bagi menjalani hukuman gantung kerana tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.

Sanjeevan berkata, alasan kesempitan wang untuk tidak kembali ke Malaysia bagi menghadapi pendengaran di Mahkamah Persekutuan tidak dapat diterima sama sekali.

“Secara peribadi, saya ingin menawarkan tiket penerbangan percuma kepada Sirul untuk pulang ke Malaysia dari Australia,” ujarnya.

Menurutnya, jika alasan itu adalah benar dan tiada niat melarikan diri, beliau pasti tertuduh akan menerima tawaran berkenaan dan pulang ke Malaysia untuk dijatuhi hukuman./KD

Tuesday, 13 January 2015

BANTUAN BANJIR DI PAHANG - KEADILAN PAHANG BERGERAK AKTIF

Situasi banjir di Pahang nampaknya semakin menurun.  KEADILAN Pahang merasa amat bersyukur kerana dapat memberikan sedikit bantuan berupa barangan keperluan dan makanan di samping tenaga kerja yang digerakkan secara bersistematik bagi membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa kawasan.

Kerjasama dari setiap Cabang di negeri ini amatlah memuaskan.  KEADILAN Pahang juga bernasib baik kerana mendapat bantuan dan sokongan dari pelbagai pihak termasuk dari Kerajaan Negeri Selangor dan P.Pinang.  Beberapa NGO dan individu telah tampil membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.


Thursday, 18 December 2014

MEMANTAU SITUASI BANJIR DI SG LEMBING, KUANTAN

Dua tiga hari yang lalu, hujan telah mula turun tanpa henti di sekitar Kuantan termasuk juga di kawasan Paya Besar.  Beberapa kawasan di Indera Mahkota dan Kuantan telah mula dinaiki air, begitu juga di kawasan Sg Lembing dan Panching.  Namun demikian, setakat hari ini keadaan masih terkawal namun perlu berhati-hati dan bersiapsiaga sepanjang masa.

Pagi semalam (Rabu-17/12/14) saya selaku Ketua Cabang Paya Besar dan juga Setiausaha KEADILAN Negeri Pahang bersama beberapa ahli dari MPN Pahang telah melawat untuk memantau situasi banjir di sekitar Sg Lembing, Kuantan.  Turut bersama adalah KC Maran, Sdr Bostamin, KC Rompin Sdr Rabidin, Penyelaras KOBAT/Biro Komunikasi KEADILAN Pahang Sdr Wan Fauzudin, dan SUK KEADILAN Pahang, Sdr Adnan.

Kami sempat bertanyakan keadaan semasa penduduk di sekitar kawasan tersebut di samping sempat meninjau Pejabat Ranting KEADILAN Sg Lembing bagi mendengar sendiri sebarang permasalahan yang timbul dan persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Sehubungan itu, saya berharap agar semua penduduk di Sg Lembing khususnya sentiasa berwaspada sebilang masa sepanjang musim tengkujuh ini.  Sebarang keperluan dan masalah, sila berhubung dengan Ketua Ranting KEADILAN Sg Lembing atau menghubungi saya sendiri untuk tindakan yang perlu diambil.



 

Saturday, 13 December 2014

ANWAR GEGAR KUANTAN MALAM INI !!

SELAMAT DATANG kami warga Pahang ucapkan kepada tokoh reformasi, Sdr Anwar Ibrahim dan rombongan dari pimpinan KEADILAN Pusat ke bumu Pahang malam ini.

Program bermula petang ini mulai jam 3.00 petang, perjumpaan tertutup pimpinan KEADILAN di kawasan Pantai Timur bersama Sdr Anwar Ibrahim di Pusat Khidmat Adun Semambu, Jln Hj Ahmad, Kuantan.

Bermula jam 08.30, program ceramah bermula di Dataran Rakyat, tapak bekas Ibu Pejabat KEADILAN Pahang, berhadapan Poliklinik Beserah, Kuantan.  Beberapa tokoh hebat akan tampil bersama Sdr Anwasr Ibrahim.

Mohon hebahkan dan datanglah beramai-ramai.